Khamis, 16 Mei 2013

BUANG KERAKYATAN ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY DAHULU





Buang Kerakyatan: GPMS Tersasar

Merujuk kenyataan laporan akhbar kosmo bertarikh 13 mei 2013, dilaporkan Setiausaha Agong GPMS Zambri Isa telah menggesa dilucutkan kerakyatan penunjuk perassan di Singapura baru baru ini. Demonstrasi yang diadakan di Singapura itu adalah kesinambungan dari beberapa himpunan besar di bumi Malaysia bagi menolak keputusan PRU-13.
Kenyataan ini jelas menunjukkan GPMS hanya alat regim penguasa, dengan idea lapok dan tua. Ketahui atau tidak Zambri bahawa lebih dari setengah dari mereka yang keluar mengundi, bermaksud majoriti pengundi PRU13 menolak Barisan Nasional. Idea untuk penunjuk perasaan ini dibuang kerakyatan adalah idea pengampu yang ketandusan modal fikiran. Perlu diingat juga, dalam keadaan menipu Bn hanya mampu peroleh 46% sokongan sahaja.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) gesa GPMS tumpu kerja membela pelajar melayu yang mana merupakan aspirasi penubuhannya.
Idea untuk membuang kerakyatan warga Malaysia yang mencari nafkah di Singapura ini adalah idea kuno yang akan menyebabkan GPMS ditertawakan oleh kelompok muda. Perkara yang memalukan negara dan menjarakkan pelabur dari negara bukan demonstrasi tetapi budaya rasuah dan penyelewengan termasuk 'makan' komisyen yang melampau. Juga yang menyebabkan pelabur lari ialah sistem perundangan yang dwi-standard.
Mengambil contoh di negara Korea, hampir setiap minggu demonstrasi besar tetapi kadar pelaburan jika dibeza dengan malaysia bagaikan langit dengan bumi. Maka jelas saranan GPMS jauh tersasar.
Sekian,

ROSLEE MOHD SHARIFF
Penyelaras SAMM Kebangsaan





DEKLARASI 13 MEI
Kami yang berhimpun di Dewan China
Jalan Maharaja Lela pada malam 13 Mei 2013
sebulat suara :

1 - menjadikan tarikh 13 Mei Hari Perpaduan Negara

2 - menolak keputusan PRU13

3 - menuntut diadakan pemilihan baru
di kawasan-kawasan yang dimenangi 
dengan cara tipu

4 - akan mengadakan himpunan besar-besaran
untuk menyokong tuntutan kami

------

1 ulasan:

tokio_rain berkata...

TT, kenapa ada Content Warning diblog ini? Takde gambar pompuan bogel pun..hehehe