Khamis, 10 Oktober 2013

MENUNGGU JAWAPAN MAT BANGANG





Hasan Malek masih belum jawab – kenyataan beliau yang mana boleh rakyat pakai?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek masih belum memberi respon terhadap kenyataan bercanggahnya tentang harga tepung dan gula yang telah saya bangkitkan 7 Oktober lalu.

Laporan terbaru Malaysian Insider menyebut beliau mengumumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan harga barangan tersebut demi menjaga kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-gula-dan-tepung-naik-untuk-kesejahteraan-rakyat-kata-menteri):

“Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara…”

Namun sebelum ini pada 20 September 2013 Utusan Malaysia melaporkan (http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130921/dn_07/Elak-percaya-khabar-angin-harga-gula-tepung-naik):

“Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan pihak- pihak tertentu menerusi blog atau laman sosial kononnya kerajaan akan memperluaskan pengurangan subsidi ke atas barangan terkawal seperti gula dan tepung.

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu sengaja dilakukan untuk mewujudkan suasana panik dalam kalangan rakyat bagi memburukkan kerajaan.”

Pada 6 Oktober, Menteri yang sama Hasan Malek telah memberi nada yang berbeza: beliau telah dilaporkan oleh New Straits Times sebagai berkata bahawa ada kemungkinan berlaku kenaikan harga gula dan tepung sebagai sebahagian daripada rasionalisasi subsidi Kerajaan UMNO-BN (http://www.nst.com.my/nation/general/prepare-for-price-hikes-1.370150).

“Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry said there is a possibility of price hikes in sugar and flour as part of the government's subsidy rationalisation.

“Minister Datuk Hasan Malek said it would be announced during the tabling of the 2014 Budget on Oct 25.”

Sekali lagi, soalan saya mudah – kenyataan Hasan Malek yang mana boleh diguna pakai? Jika harga gula dan tepung dinaikkan, mengapa Menteri memberi jaminan pada September yang lepas? Ini bukan soal khabar angin ‘pihak-pihak tertentu’ tetapi kenyataan beliau sendiri!

Adakah jaminan beliau selepas ini tidak lagi boleh dipakai oleh rakyat?

Alasan bahawa kenaikan harga tepung dan gula boleh menjaga kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup rakyat juga teramatlah dangkal. Laporan New Straits Times pada 6 Oktober lalu turut menyebut Hasan Malek menyatakan kenaikan harga ini perlu untuk mengelak senario kerajaan Amerika Syarikat yang ditutup berikutan belanjawan yang tidak diluluskan Kongres. Hasan cuba mengaburi mata rakyat dengan membawa suasana antarabangsa tanpa melihat situasi dan realiti di Malaysia.

Persoalannya, mengapa rakyat harus menjadi mangsa? Berapa banyakkah wang dibazirkan untuk projek mega yang menguntungkan kroni-kroni atau hilang dalam ketirisan dan rasuah seperti dilaporkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini, tetapi kerajaan langsung tidak berbuat apa-apa. Lebih banyak subsidi disalurkan kepada pihak korporat gergasi yang diteruskan sehingga hari ini. Begitu banyak syarikat-syarikat antarabangsa diberikan insentif pengecualian cukai jangka panjang.

Namun dasar-dasar anti rakyat itu dibiarkan begitu sahaja.

Apabila melibatkan rakyat, subsidi cepat dikurangkan. Ini tambah serius ketika kadar gaji dan upah masih pada tahap yang rendah. Struktur ekonomi Malaysia masih dipacu oleh keuntungan yang memanfaatkan sekelompok kecil rakyat, bukannya gaji dan upah yang diperoleh ramai rakyat. Pada tahun 2005, gaji dan upah membentuk hanya 28 peratus komponen KDNK berbanding keuntungan sebanyak 67.1 peratus. Namun komponen gaji dan upah di negara-negara maju seperti Singapura, Korea, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat semuanya melebihi 40 peratus.

Pelaksanaan dasar gaji minima juga selepas begitu lama desakan rakyat tidak sempurna. Banyak sektor mendapat pengecualian selepas tekanan daripada MCA.

Oleh itu, saya meragui sama ada kenaikan harga tepung dan gula benar-benar untuk kepentingan negara ataupun untuk kepentingan pihak lain?

Jangan kita lupa, ini juga Menteri sama yang minta rakyat tukar selera bila harga ayam naik dahulu!

NIK NAZMI NIK AHMAD
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
ADUN SERI SETIA

--------

1 ulasan:

DDKB berkata...

Mulai hari ini,hamkahchan malek perlu menyediakan flatform agar rakyat dapat melontarkan kemarahan kepadanya....ada dua cadangan dari pemuda umno pulau chrismas......1.buat 1 gambar besar hamkachan malek didataran meredeka diatas lantai padang......sediakan bilik bilik kecil atas gambar tu .agar kami dan rakyat boleh berak beramai ramai diatas gambar tu serentak untuk mencipta rekod dunia...berak ramai ramai atas muka hamkachan malek......lepas berak selesai....alihkan bilik bilik aurat tadi...kita rap besar gambar tu dan suruh alam flora hantar ke parlimen gambar dengan bladyshit tu.....2. Buat patung hamkhachan malek sebesar tugu negara....tanam ke tanah sampai paras leher patung tu di sebelah lot 10.....dan letak sign bord sebelah kepala patung tu....JANGAN BENCI UMNO...BENCILAH SAYA...LUDAHI AKU.....benda ni jika hamkachan malik tahu....kome tahu apa dalam benak si hamkhachan ni....pasti dia berdetik....SATU ID3A YANG MENARIK...MUNGKIN BOLEH PAKAI DIMASA HADAPAN IDEA NI DEMI KELANGSUNGAN KARIER POLITIK AKU.....hamkahchan malik kan sewel...mana dia dapat feel semua tu.....hehehehehehehe......