Sabtu, 26 Julai 2014

KHALID IBRAHIM SILA UNDUR






IKATAN PRIHATIN SELANGOR
(GABUNGAN NGO-NGO SELANGOR)
 
KENYATAAN MEDIA
25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435
TAN SRI KHALID MESTI MELEPASKAN JAWATAN MB SEBAGAIMANA KEPUTUSAN PAKATAN RAKYAT

Ikatan Prihatin Selangor (PRIHATIN) sebuah badan gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor menuntut agar Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) dengan rela hati mengundur diri dan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor. PERIHATIN membuat gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mana TSKI menjadi anggotanya , serta keputusan Pakatan Parti yang menjadi gabungan bagi tertubuhnya kerajaan campuran di Negeri Selangor ini iaitu Pakatan Rakyat (PR).

Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar TSKI dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail. Maka berdasarkan keputusan ini  PERIHATIN mengesa agar TSKI akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh KEADILAN dan PR.

PRIHATIN memohon agar TSKI tidak mengheret Rakyat kedalam kacah politik dalaman parti politik. Amalan sistem demokrasi di Malaysia adalah dengan memberi kuasa kepada rakyat mengundi memilih wakil rakyat, parti atau gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti berhak menubuhkan kerajaan. Parti yang memerintah mempunyai hak mutlak menamakan ketua kerajaan. Bagaimana beliau TSKI menjadi Menteri Besar Selangor (MB) adalah melalui proses iaitu bilamana nama beliau dicadangkan oleh PR seterusnya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan MB. Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat , ianya adalah hak parti pemerintah. Sewajarnya TSKI dengan aman dan relahati mengundur diri tanpa perlu membuat pelbagai alasan serta helah. Sekiranya proses menukar MB perlu mendapat sokongan rakyat maka sudah tentu ketika menamakan TSKI sebagai MB perlu merujuk kepada rakyat. Samada PR ataupun BN tidak pernah merujuk kepada rakyat ketika mencalonkan indivudu sebagai MB atau PM.

PRIHATIN sebagai badan NGO berpegang kepada prinsip dimana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan Tataetika serta Tatakelola badan pertubuhan, dimana setiap  NGO sepertimana parti politik mempunyai Jawatankuasa,  keputusan Jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli. Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan Ahlijawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tanggungjawab.

Kita tidak mahu melihat TSKI mengakhiri rekod baiknya sepanjang menjadi MB Selangor dengan titik hitam sebagaimana MB-MB Selangor terdahulu seperti Dato’ Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar juga Dato’ Seri Khir Toyo.
PRIHATIN juga dapat merasionalkan keputusan KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT untuk menukar TSKI kerana beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya;        
  
1.     Isu  Air yang berterusan
2.     Isu Kenaikan Caj Fee Perniagaan yang melambung hingga 500%
3.     Isu Kegagalan meningkatkan kualiti Unisel dan KUis
4.     Isu kegagalan menyelesaikan ribuan Hak Milik Tanah 
5.     Isu kegagalan menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai
6.     Isu Kegagalan Membina Rumah Mampu Milik yang ditunggu-tunggu rakyat
7.     Isu Kegagalan Membuka Peluang Pekerjaan kepada anak muda
8.     Isu Kegagalan membuka ruang dan peluang baru perniagaan
9.     Isu pengurusan sampah dan kebersihan kawasan
10.  Isu senggaraan dan baikpulih jalan dan longkang
11.  Isu kegagalan membasmi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan Selangor menjadi negeri tertinggi yang diserang wabak denggi  
12.  Isu KIDEX - pembinaan lebuhraya yang mendapat bantahan daripada ribuan penduduk setempat
13.  Isu Kegagalan meningkatkan pendapatan Golongan Petani dan Nelayan
14.  Isu kegagalan membantu Pelajar Miskin di Unisel dan Kuis
15.  Isu kegagalan meningkatkan taraf sekolah Agama Rakyat
16.  Isu kegagalan meningkatkan taraf Pembangunan Agama Islam
17.  Isu Peribadi yang menjadi pertanyaan umum, bagaimana TSKI dapat menyelesaikan tanggungan hutangnya dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
 
  
DATO’ HAJI MAT GHAZALI BIN ABD RAKIM
PENGERUSI
IKATAN PRHATIN SELANGOR 
merangkap Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor)
No Tel: 012-2839957

Bersama Gabungan NGO-NGO dalam Negeri Selangor
1.     DPIM Selangor
2.     Pusat Khidmat Islah
3.     Jaringan Amal Kerohanian Selangor
4.     Rakan Muafakat Bisnes Selangor
5.     Kelab Anak Muda Bersatu Selangor
6.     Pusat Khidmat Wanita Tg Karang
7.     Kelab Cinta Alam Nusantara
8.     Persatuan Peniaga Alatulis Negeri Selangor
9.     Persatuan Pengail Kuala Selangor
10.  Kelab Pengusaha IKS Negeri Selangor
11.  Gabungan Persatuan Penduduk Hulu Selangor
12.  Kelab Seniman Alam
13.  Kelab Pelukis Kajang
14.  Persatuan Penulis Kuala Langat
15.  Kelab Dinamik Anak Muda Hulu Langat
16.  Persatuan Tamilan Kuala Selangor
17.  Persatuan Pembuat Pau Kelang
18.  Ikatan Pengguna IMPAK
19.  Persatuan Pengamal Perubatan Islam Al Baraqah
20.  Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Selangor
21.  Persatuan Pengusaha dan Pemilik Perniagaan Restoran Muslim
22.  Kelab Sukan Rakyat Harmoni
23.  Yayasan Ikatan Masyarakat Malaysia
24.  Yayasan Pembangunan Ummah
25.  Yayasan Budi Penyayang Malaysia


------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT biar betoi..ada lagi satu NGO nombor 26.. Persatuan Melancap Selangor. Kenapa persatuan ini digugurkan drpd senarai?? Ini amat2 tidak adil..

Tanpa Nama berkata...

Oiii KDB lubuk emas. Tempat menantu n d gang sauk duit. Misti sokong MB jangan jatuh. Nanti miss soru menantu

Tanpa Nama berkata...

Senarai yg disembunyikan di at as:
1.persatuan pemuda umno
2.persatuan pemudi umno
3.persatuan putera um no
4.persatuan jkkk umno tg karang
5.persatuan wanita felda
6.persatuan nelayan umno kajang
7.persatuan peniaga keropok wanita umno

Tanpa Nama berkata...

Dah macam BN.BAnyak sangat NGO berbayar tumbuh bagai cendawan.rakyat dah muak dengan isu penggantian mb.anwar Ibrahim tolong tumpu tawan negeri2 lain .rakyat Selangor tak mahu kamu menyibuk

Tanpa Nama berkata...

Rafizi mengatakan bahawa membina kilang rawatan air Langat 2 dan projek Pemindahan Air Pahang bermakna pengguna akhirnya akan membayar harga yang lebih tinggi untuk air. Biar saya tanya anda Rafizi ini, anda mahu tarif yang lebih tinggi untuk air tetapi bekalan air yang selamat dan tidak terganggu atau anda mahu air percuma tapi tidak ada air dan perlu diangkut? Dan dengan cara itu, k'jaan Persekutuan membiayai majoriti kedua2 projek - bukan Kerajaan Negeri. Juga, apa yg salah dngn tarif yg lebih tinggi utk air jika ia membantu memulihara dan menggalakkan penggunaan yg lebih cekap daripada air? Tokong Lim Guang Eng telah menaikkan tarif air 3 kali dlm 4 tahun yg lalu dngn tujuan utk menggalakkan penggunaan air yg lebih baik dan cekap?

Jadi, adakah Rafizi salah atau Tokong LGE salah? Dan Rafizi telah meminta agar harga yg perlu dibayar utk "kroni UMNO" SYABAS dan Puncak Niaga dikurangkan TETAPI dlm masa yg sama meningkatkan harga "kroni PKR" SPLASH supaya negeri Selangor akan membelanjakan lebih wang? Adakah anda berani mengatakan bahawa pemilik 30% daripada SPLASH, Wan Azmi bukan sekutu/kroni lama yg setia dgn Anwar sejak zaman UMNO lg? Adakah anda berani mengatakan bahawa Wan Azmi tidak meminta tolong Anwar untuk membantu bercakap dgn MB Khalid utk naikkan harga SPLASH. Apa kegilaan ini?

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat sudah kena Hadik... lagi tebal seban, lagi labuh jubah... lagi tebal hitam hatinya.... munafik itu dalam erti kata lain ialah cakap tak serupa bikin.Ego itu maknanya "pilih bulu. din ayam"... ada faham tak Hadi... kalau Presiden Pas tak boleh jamin dirinya sendiri masuk surga, jadi nak bawak pengikut2 dia masuk ke mana? ikut keadaan semasa ni macam bawak beramai2 masuk neraka... satu lagi, neraka dan surga bukan perkataan melayu... ada faham tak hadi... orang zionis pun pandai dan fasih cakap Arab.. bukan bermakna mereka itu islam dan alim... Hadi Awang itu tidak mempunyai pendirian sendiri tetapi bergantung kepada pihak ketiga.. Khalid, ko jangan kedekut.. jangan fikir untung poket kau saja.. bersihkan hati, kayakan budi pekerti bukan kayakan diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat2 Anwar undurkan Khalid...mesti ada sebab Anwar ambil tindakan sedemikian...Khalid tak cerdik dlm politik...musuh senang cucuk...