Khamis, 7 Ogos 2014

TAK ADA SIAPA SOKONG KHALID







 658 9 0 673

Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat

 | August 6, 2014
Menurut Hishamuddin, Khalid tidak lagi mewakili sesiapa dan PKR juga tidak lagi menyokongnya. Hanya tinggal Hadi dan 'Din Ayam' yang setia menyokong Khalid.
NOTA
inilah yang
gwa cakapkan
tak kan susah nak faham

PETALING JAYA: Pemerhati politik, saka hishamuddin raisHishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam.

“Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din Ayam’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan.

“Kalau parti tidak lagi menyokong kamu, kamu mewakili beruk mana?”soalnya.

Dalam majlis yang sama, Hishamuddin turut menyatakan bahawa beliau sering mendapat surat yang mempersoalkan kenapa masalah rasuah dan sebagainya tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Respon beliau berkenaan hal tersebut adalah kerana SPRM hanya senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah.

“Kenapa tuan-tuan semua tidak faham, kalau SPRM menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin semuanya kini duduk di Kajang,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya.

“Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka.”

Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti.

“Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat.

“Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu,”ujarnya.

Jelasnya, jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat.
“Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan,” katanya.


--------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TV 3 suku dan RTM memang jahat laknatullah.Penyebar fitnah dan Dajjal yang paling nyata.Aku dah tak buka semua saluran penipu tu sejak tahun 1998.Nasib baik ada Astro.

Tanpa Nama berkata...

"tak ada siapa sokong khalid" lu tak tengok fasbuk ke brader...tengah malam waktu lu sunyi pegi baca comment

Tanpa Nama berkata...

orang PR ni tak baca undang2 tubuh negeri selangor ke? mana ada siapa layak pecat MB..lupa sejarah Perak zaman dulu yg Sultan tak potong jambang sebab dia tak ada kuasa lucutkan jawatan MB perak masa tu..korang buat ajelah undi tak percaya dalam DUN dan undi adalah secara rahsia...

Tanpa Nama berkata...

Khalid ini sudah jadi nama Bad Luck !!!!

Anjing pun tak gigit tangan Tuan tau... dia cari Mc Dougal dulu tau...

2014 feng shui memang suweiii.

KHALAS!

Tanpa Nama berkata...

Bagus kalau dun dibubarkan ...sbbnya aku dah meluat tengok pkr kongker selangor. Aku jamin dgn izin allah 190% pakatan akan kalah. Sbb kita dh buat survey dlm selangor. Ahli pakatan dah 50 - 50 skrg ni. Ahli bn mmg solid sokong BN. Oleh t.t jgn sombong dok Komen sana sini. Aku cabar t.t Komen khalid kau2 punya dan cabar dia bubar dun.
Aku mau tengok betul ka analisa aku.kah...kah...kah aku cabar kau TT.

Tanpa Nama berkata...

Kau orang ni bodoh ke apa. Yang sokong khalid semua UMno dalam komen tu dan geng geng Din Ayam.

Lagi satu, memang la undang udnang tubuh takleh pecat MB. PKR suruh letak jawatan bukan nak pegi pecat. Yang Khalid sayaaaamg sangat dengan kerusi MB Selangor sebab masyuuuuukkk.

Ermmmm Kat Terengganu dulu halal je kan kalau tukar MB. kalau negeri PR. UMNO yang sibuk. Terliur tengok Selangor ke?

Tanpa Nama berkata...

Puak puak kelakar... Serupa main pondok pondok

Tanpa Nama berkata...

Ko tak boikot asetero pulak jang?
Makan mekdi y@?