Jumaat, 17 Oktober 2014

PAGI ESOK KOLUMPO KITO PUNYO







KUALA LUMPUR ZINE FEST 2014
Kuala Lumpur Zine Fest 2014 (KLZF14) bakal diadakan pada 18 Oktober 2014 di Dataran Undgrnd, Dataran Merdeka Kuala Lumpur bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Acara ini diadakan dibawah acara utama iaitu Kuala Lumpur Writers and Readers Festival atau nama komersilnya Kolumpo Kita Punya!

Antara mereka yang akan berdagang di acara kali ini adalah penerbit-penerbit zine seperti Norifumi, Fragranfrantik, Psychotic Art Zine, Mosh dan lain-lain. Beberapa kolektif penerbit zine juga bakal turut serta seperti Geng Gelabah, 321 Go Create dan Serak-serak.

Disamping itu, pelbagai karya DIY/independen yang lain akan dijual seperti hasil seni, muzik dan juga pakaian. Kebanyakannya adalah hasil buah tangan pengusaha DIY tempatan.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik dan puisi dari artis-artis independen tempatan seperti The Mindless Show, Orkes Rakyat Tertindas, Jabatan Audio dan Petak Daud. 

MENGENAI KUALA LUMPUR ZINE FEST
KLZF kali ini adalah kali keempat penganjurannya. Ia mula diadakan pada tahun 2010, kemudian pada tahun 2012 dan 2013 di tempat-tempat yang berlainan. Sambutan untuk KLZF pada tahun lepas di MIA Arts Center sangat menggalakkan, jadi ia diteruskan tahun ini dan diharapkan berterusan di tahun-tahun mendatang.

APA ITU ZINE?

Zine merupakan publikasi amatur yang diterbitkan sendiri oleh penulis. Kebiasaannya ia dibuat dirumah dan dicetak/diperbanyak dengan menggunakan teknik yang murah seperti fotostet. Topik dan tema zine yang popular diketengahkan dalam zine-zine di Malaysia adalah seperti muzik, literature, puisi, politik dan komik.

Tarikh: 18 Oktober 2014
Tempat: Dataran Undrgrnd (bawah Dataran Merdeka)
Masa: 10 pagi-10 malam
Masuk percuma

Hubungi: 017-963-93-16 (Nizam)


atau 012-254-37-14 (Atiqah)



------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lama gua tak turun bawah dataran merdeka... Ada lagi ke makhlok yang duduk kat bawah turr?

Fuck U babe...