Rabu, 28 Januari 2015

LAGI PROJEK KRONI







PERBELANJAAN BAS PLKN SEMASA SESI PENANGGUHAN PLKN TAHUN 2015 SEPATUTNYA HANYA RM 1.3 JUTA
Saya merujuk kepada jawapan  Mohamed Asri Yusof, Ketua Pengarah PLKN (Kontrak bas PLKN 'RM167j' belum muktamad, Malaysiakini,  26 Januari 2015) yang menyatakan bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) masih belum membuat keputusan muktamad mengenai kontrak basnya yang dikatakan bernilai RM165 juta. Beliau juga memberi gambaran bahawa skop dan bilangan bas PLKN akan berubah.
Bagi membantu pihak PLKN membuat keputusan, saya ingin merujuk kembali kepada pengumuman syarikat Gunung Capital kepada Bursa Malaysia bertarikh 29 Disember 2014 (Lampiran A) seperti yang didedahkan sebelum ini bagi perkara 2(d) iaitu:
PROVISION OF TRANSPORTATION (BUS) SERVICE FOR THE NATIONAL SERVICE TRAINEE PROGRAM

(d) Transportation of National Service Staff & Coaches

This scope involves the allocation of up to twenty (20) buses to the National Services HQ to transport staff and coaches of the National Service program to relevant nominated events.

Mengikut terma dan syarat dalam pengumuman tersebut, pihak PLKN hanya dibenarkan maksima sebanyak 20 buah bas untuk kegunaan kakitangan dan jurulatih. Berdasarkan nilai kontrak RM 165 juta yang dianugerahkan kepada Gunung Capital bagi penyediaan 416 buah bas untuk tempoh 3 tahun, perbelanjaan yang dibenarkan untuk 20 buah bas bagi kegunaan kakitangan dan jurulatih sepanjang tempoh penangguhan PLKN tahun 2015 adalah hanya RM 1,321,729.85.
Seterusnya, saya ingin bertanya kepada Hishamuddin Hussein, Menteri Pertahanan yang jelas amat bersungguh-sungguh memberi jaminan kepada operator-operator kem serta jurulatih bahawa pendapatan mereka tidak akan terjejas walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan. Berapakah jumlah semua kakitangan dan operator-operator yang akan dijamin pendapatan mereka dan berapakah kosnya walaupun PLKN tahun 2015 ditangguhkan?
Selaku Menteri Pertahanan,  Hishammuddin Hussein juga seharusnya mengambil langkah proaktif untuk menjelaskan mengapa hanya RM400 juta iaitu 65% daripada anggaran perbelanjaan sebanyak RM 612 juta seperti yang disebut dalam bajet 2015, mampu dijimatkan akibat penangguhan PLKN tahun 2015. Ke manakah perginya lebihan RM 212 juta? Saya pasti ramai yang bersedia untuk membantu meneliti perbelanjaan PLKN bagi menjimatkan lagi wang rakyat.
AKMAL NASIR
Pengarah Strateji
Angkatan Muda Keadilan

28 Januari 2015

PEMIMPIN MELAYU ISLAM
DI HINA
-------------

2 ulasan:

Naza berkata...

Alaaa....tanya buat penat mulut ja. Nanti Hishamudin jawab, "Rahsia negara, OSA"... tutup kes

Tanpa Nama berkata...

Tanya pada hisappudin seperti tanya pada seorang yang dah mati...kah...kah..kah..

Tanya bila nak kena guiness stout?yam seng kah..kah..kah..