Sabtu, 21 Mac 2015

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN







#KitaLawan lancar Kempen Pecat IGP


KUALA LUMPUR 19 MAC : Bagi menyatakan protes terhadap Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung penangkapan peserta himpunan aman, satu kempen ‘Pecat IGP’ dilancarkan Sekretariat KitaLawan hari ini.


Wakilnya, Chang Lih Kang berkata, Ketua Polis Negara itu harus bertanggungjawab atas tindakan polis yang mencabuli hak asasi rakyat dan didakwa tidak profesional serta menghina mahkamah.
“Di bawah pimpinan Khalid Abu Bakar, pihak polis telah dijadikan alat penguasa untuk menindas musuh politik. Dalam penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah, IGP berbohong dalam kenyataan rasminya.
“Beliau telah hilang kredibiliti dan kelayakan untuk memimpin Polis Diraja Malaysia dan Khalid Abu Bakar harus dipecat dari jawatan IGP,” tegasnya.
Kempen aman itu akan dijalankan selama tujuh hari bermula 21 Mac hingga 28 Mac.
Orang ramai dijemput berkumpul di Dataran Merdeka bermula jam 4 petang untuk menyertai himpunan duduk bantah itu secara santai.
Lih Kang berkata, kempen itu juga akan menyaksikan persembahan dan aktiviti anak muda selain menayangkan filem-filem berkaitan semangat perjuangan #KitaLawan selepas himpunan aman mingguan di Sogo.
Dalam pada itu, Adun Teja itu turut memberi jaminan kempen itu dijalankan secara aman.
“Kalau ada tangkapan dibuat, itu membuktikan bahawa polis mengingkari proses Perlembagaan dan undang-undang sedia ada kerana secara jelas kita tidak akan mencetuskan sebarang provokasi atau apa-apa sentimen yang boleh mengunggat keharmonian rakyat,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan membawa satu usul di Dewan Rakyat untuk memecat Ketua Polis Negara itu.  Namun, katanya, ia masih berada di peringkat perbincangan dan akan diumumkan kelak.





-----------

Tiada ulasan: