Sabtu, 4 Julai 2015

BOLEH BUKTIKAN





AMBANK DAN BANK NEGARA MALAYSIA BOLEH SAHKAN BAHAWA KEWUJUDAN AKAUN “NAJIB  RAZAK”

Ekoran dari pendedahan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan Sarawak Report (SR) bahawa sejumlah RM2.6 bilion (pada kadar tukaran matawang terkini) atau USD692 juta telah dipindahkan dari 1MDB dan anak syarikat 1MDB ke akaun peribadi milik Najib Razak, kedua-dua pihak sekarang saling mempertahankan fakta dan pendirian masing-masing.

AWSJ dilaporkan menyatakan di dalam satu temuramah di Hong Kong bahawa maklumat yang mereka perolehi adalah tepat dari satu siasatan rasmi mengenai 1MDB. Najib Razak pula dilaporkan menafikan pernah mengambil wang bagi tujuan peribadi.

Perkara ini boleh diputuskan dengan mudah melalui satu kaedah iaitu mengesahkan sama ada akaun di Ambank di bawah nama “ Najib  Razak” itu benar-benar wujud atau tidak.

Sebelum ini, saya telah menyebut bagaimana 3 kakitangan pengurusan tertinggi Ambank telah ditukarkan kerana pemegang saham bank itu tidak puas hati dengan keterlibatan Ambank di dalam isu-isu membabitkan 1MDB. Pendedahan AWSJ dan SR bahawa Najib  Razak mempunyai satu akaun di bank itu yang menerima pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion menimbulkan kembali persoalan sejauh mana keterlibatan Ambank di dalam urusan berkenaan 1MDB dan Najib Razak.

Oleh yang demikian, untuk membersihkan namanya Ambank perlu mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang didedahkan oleh AWSJ di bawah nama Najib  Razak itu benar-benar wujud. Ini akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Najib Razak benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu.

Saya pasti jika Najib  Razak tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009.

Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja  Najib Razak boleh menghentikan isu terbaru ini.

Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.

Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan.

Jika ia wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Najib  Razak perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan sepenuhnya diadakan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN










-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jauh panggang dari api takkan berlaku PM direhatkan dan siasatan takkan berlaku, the whole system is intertwine and there is no hope to see justice done. May Allah save us all from major and bigger catastrophes. Keep up your sensor of humour to keep us from worrying about the difficult situations we are in now because of two person who unfortunately holds vast power in the country and they decided to plundered the country's wealth.

Tanpa Nama berkata...

all talk oni no cock
cakap cakap mudah
sapa ambik peduli pun
kah kah kah
semua jenis nato
no action talk oni
talk cock.kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ini kan RAHSIA

Mana boleh SIAR BAGI RAKYAT TAHU

Kalau semua Bank JUJUR sudah lama UMNO Dan BN LINGKUP

Segala JENIS LAHANAT bangsa negara semua kaya raya lah

Kerja makan gaji buta dan PAU PAU PAU sana sini sampai PEROT BOROI MACAM KHINZIR mana ada kerja betul punye pon

Standard Lahanat BANGSA dengan BADAN BESAR , MUKA BAHALOL , CAKAP BODOH

Semua nya sama saja penipu penipu sampai KIOK PON MENIPU

Kalau BANK BANK bagi tau habis lah kena TUTUP pulak

Ingat Orang Orang Bank tu TOLOL tahap ULAMAK PAS ke ?????