Isnin, 13 Julai 2015

MARA HABIS DUIT



KERANA

 RASUAH

MARA HABIS


 DUiT




MARA TIDAK WAJAR BATALKAN BIASISWA KE UNITED KINGDOM DAN IRELAND

Saya telah mendapat aduan dari ibu bapa pemegang-pemegang biasiswa MARA bagi kursus perubatan yang sepatutnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di United Kingdom dan Ireland tetapi telah ditukar pada saat akhir.

Pelajar-pelajar tajaan MARA yang berjumlah 31 orang sebelum ini telah menjalani kursus International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting di bawah Skim Pelajar Cemerlang. Tawaran asal ialah bagi menjalani kursus ijazah perubatan di universiti-universiti di United Kingdom dan Ireland sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat berikut:

1.    Mendapat keputusan purata 33 dari markah keseluruhan 45 di dalam peperiksaan IB
2.    Mendapat tawaran di universiti-universiti yang diluluskan MARA bagi kursus ijazah perubatan di United Kingdom dan Ireland

Saya dimaklumkan bahawa setelah mereka selesai menjalani peperiksaan dan memenuhi dua syarat di atas, baru-baru ini pelajar-pelajar ini telah dimaklumkan bahawa MARA tidak lagi mampu untuk menghantar mereka melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di United Kingdom dan Ireland seperti perjanjian asal penajaan. Alasan yang diberi adalah MARA tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi memandangkan keadaan ekonomi negara dan tukaran wang yang tidak baik.

Mereka diminta untuk menguruskan sendiri urusan membuat permohonan kemasukan ke universiti-universiti di negara lain. Oleh kerana permohonan ke universiti-universiti di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Canada telah ditutup, maka pelajar-pelajar cemerlang ini hanya ada pilihan di universiti-universiti di India, Indonesia dan Malaysia.

Sudah tentu pelajar-pelajar cemerlang ini dan keluarga mereka tidak boleh menerima alasan MARA mengenai keadaan kewangan bila mana MARA terlibat di dalam pembelian hartanah bernilai RM375 juta di Australia. Dari jumlah itu, RM129 juta dipercayai melibatkan urusniaga yang meragukan sehingga MARA terpaksa membayar lebih dari harga pasaran.

Oleh kerana pelajar-pelajar cemerlang ini telah memenuhi syarat-syarat penajaan, maka wajarlah pihak MARA dan Kerajaan Persekutuan menunaikan janji seperti syarat-syarat penajaan iaitu untuk menghantar mereka melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di United Kingdom dan Ireland.

Saya akan menghantar aduan secara rasmi kepada YB Datuk Nurjazlan Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan ahli-ahli PAC supaya membawa perkara ini apabila MARA dipanggil memberi keterangan mengenai pembelian-pembelian hartanah di Australia.

Saya juga menyeru supaya YB Dato’ Seri Shafie Afdal dengan segera menyelesaikan perkara ini dengan mengekalkan program penajaan pelajar cemerlang ke United Kingdom dan Ireland sebelum kredibiliti MARA di mata rakyat terus jatuh.

Saya akan membantu keluarga pelajar-pelajar terbabit dengan membawa isu ini sehinggalah mereka mendapat tempat seperti perjanjian penajaan mereka dengan MARA. 

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


-------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak cipta JUTAWAN SEGERA MELAYU MESTI ADA KEBAKTIAN OLEH RAKYAT

TAK APA ANAK ANAK BANGSA DI KETEPI UNTUK MENCIPTA JUTAWAN SEGERA MELAYU

Melayu MESTI ADA kaya ber gaya setanding bangsa dunia yang lain.....

Kepala Otak !!!!!!!!!!!!!

azam berkata...

Oi Rafizi
buat apa kau nak tolong orang pandai ni tapi sanggup membiarkan orang bodoh ditipu UMNO
kalau mereka berjayapun, mereka takkan jadi aktivis.
Bila mereka dianiaya barulah nak ajak orang lain melawan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Aku seorang usahawan dan mohon pinjaman RM150k dari MARA tapi hanya diluluskan RM30k. Tapi berjuta-juta boleh pula dihabiskan untuk beli hartanah di Australia?

Tanpa Nama berkata...

Adoiii TT, anak aku pun akan pergi kesana setahun dua lagi, nampaknya memang celaka betul puak-puak ni. Rembat duit orangramai lepas tu bagi alasan macam celaka.

Tanpa Nama berkata...

Penyamun tarbus curi sampai papa kedana. Duit budak habis dirembat. cilaka

panglimo potaseh berkata...

Aku kerja banyak deal dongan gomen. Aku perasan bila lepas era chedet, ramai pegawai kerajaan mula nyeleweng dgn "up" kan harga LO. Belen antara LO dgn Sebuthargo masuk poket depa, hingga ratus ribu siot. Duit tu la dia buat makan bini, entot dan pegi Mekah. Habih camno bilo dah kopalonyo penyamun.

Tanpa Nama berkata...

Masalah utama dlm masyarakat melayu ialah 'play safe' kalo tk kena btg hidung dia , tk mna dia nk berkata kata, duduk di membisu dn brharap ada org lakukn bgi pihak dia: jgn lh harap puak2 ni nk ambil risiko berdemo : brsuara pun tknak: kepentingn diri adalah segalanya..sayang yg jenis ni Ramai: cakap pasal politik allergic. Bab agama polih2...nnti d akhirat kena soal apa yg kau dh lakukan mncegah kemumgkaran??? Dlm agama semua balanced : lakikan amal dn cegah kemngkaran... No tknk buat sbb takut tk popular / miss shoru