Rabu, 9 September 2015

PERANG DALAMAN



KOMENTAR
suasana politik untuk rakyat
semakin indah berseri
ada dua perang sedang berjalan
pertama : serangan dari luar
kedua : serangan dari dalam

dalam strateji perang
dua dua serangan sama penting
tanpa serangan dari luar
serangan dalaman tidak muncul
serangan dari dalam
memperkuatkan lagi 
serangan dari luar

kota temasik runtuh
apabila sang rajuna tapa belot
dan mula sabotaj dari dalam
ini sedang berlaku




Hamidah tidak takut dipecat, terus desak Najib berundur

 | September 9, 2015
Hamidah Osman mendedahkan beliau pernah menerima surat tunjuk sebab kerana menjemput Mahathir untuk forum Harapan Malaysia.


SUBANG: Ketua Wanita UMNO Gopeng,  Hamidah Osman berkata, beliau tidak gentar apabila ura-ura namanya dan beberapa pemimpin UMNO akan dipecat daripada parti itu.
Beliau berkata, jika benar dipecat, semangatnya untuk terus mendesak Najib Razak supaya berundur tidak akan luntur.
“Saya terima jika dipecat, namun semangat perjuangan saya tidak akan luntur kerana saya rasa Najib perlu undur,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Lapangan Terbang Subang, pada Rabu.
Mengulas lanjut, bekas EXCO Perak itu mendedahkan beliau sebelum ini pernah menerima surat tunjuk sebab susulan penganjuran forum ‘Harapan Malaysia’ di Perak yang juga menjemput mantan  Mahathir Mohamad.
Hamidah turut merayu agar Najib tidak mengutamakan kepentingan peribadi sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat.
“Najib sebagai Presiden selalu berucap pengorban perlu didahulukan dan ketepikan kepentingan peribadi.
“Kali ini saya nak merayu pada Najib, ketepikan kepentingan peribadi dan berkorban demi kepentingan rakyat Malaysia dan UMNO sendiri,” katanya sambil menambah tindakan kurang bijak jika UMNO memecatnya.

KAH KAH KAH
woit
semua tepok tangan
sokong wanita gagah perkasa ini
semua wajib sokong
semua wajib sanjung
musuh yang melawan musuh kita
adalah kawan kita

KAWAN KiTA

-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SOKONG HAMDAH....

HIDUP HAMIDAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mana Beg Besar tuk Hamidah????????

BON BON dah curi ke?????

Ha ha ha ha ha ha

panglimo potaseh berkata...

Mak Midah ni tak dapat beg. Jadi dia meracau racau. Kak Rosmah yg dulu dia kata canteek macam bangau, sekarang dilihat macam kerbau.

No probelem kita boleh jadi kawan. Walaupun kita tahu sebab beg, Mak Midah melawan. Kita hanya sebijik busut lepas hujan yang ditumbuhi cendawan. Kita tak perlu beg, setakat nasik sepinggan berlaukan ikan dengan kopi secawan , sekali sebulan entot di Hotel Raja Chulan kira oklah tu.

Tanpa Nama berkata...

Suruh Najib bunuh diri?? Ini mmg kerja gila. Camana Najib nak selamat jika dia sudah tiada kuasa lagi? Duit derma kena kasi kat Presiden baru..

MT sudah kenyang.. sbb tu Najib selamat.