Jumaat, 13 November 2015

KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN CHINA









MANA DiA

KETUANAN

MELAYU

LETERiK 100%

MiLIK CHiNA




USUL TERGEMPAR DI PARLIMEN MENGENAI PENJUALAN ASET IPP 1MDB KEPADA KONSORTIUM CHINA-QATAR: PERDANA MENTERI PERLU BUAT KENYATAAN SEGERA

Sejak tarikh bidaan pembelian aset penjana bebas (“IPP”) 1MDB tamat Jumaat lalu, sehingga kini Perdana Menteri, Najib Razak belum mengeluarkan satu kenyataan bagi menyangkal kenyataan saya dan laporan media bahawa pentadbiran beliau telah secara senyap-senyap membatalkan had pegangan ekuiti sektor elektrik negara (iaitu syarikat asing hanya boleh memegang maksimum 49% pegangan dalam syarikat yang terlibat di dalam sektor elektrik negara).

Saya dimaklumkan bahawa pembatalan had pegangan ekuiti ini dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga sahaja tanpa dibawa berbincang di peringkat Jemaah Menteri. Malah, menteri yang terbabit iaitu  Maximus Ongkili iaitu Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA) juga dilaporkan membantah keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti tersebut.

Saya mendapat maklumat bahawa pentadbiran  Najib Razak akan mengumumkan pembida asing iaitu konsortium syarikat gergasi China (China General Nuclear Power Corp Ltd) dan syarikat gergasi Qatar (Nebras Power QSC) akan diumumkan sebagai pembida yang berjaya dalam tempoh seminggu ini sedangkan perkara-perkara kontroversi berikut belum dijawab:

1.    Bidaan konsortium China-Qatar itu dilaporkan tidak menepati syarat bidaan kerana ia milik 100% syarikat asing yang bertentangan dengan had pegangan ekuiti. Oleh itu, sewajarnya bidaan itu terbatal secara automatik kerana tidak menepati syarat

2.    Sebarang keputusan untuk membuka sektor elektrik kepada syarikat asing perlu dibawa ke Jemaah Menteri dan Parlimen kerana ia membawa kesan besar kepada kedaulatan negara dan kebajikan rakyat

Saya perlu mengingatkan  Najib  Razak bahawa jika beliau berkeras membatalkan had pegangan ekuiti asing demi untuk menyelamatkan 1MDB, ini akan membawa gelombang kemarahan baru rakyat terhadap beliau. Rakyat faham bahawa keputusan tersebut akan membawa kesan-kesan buruk berikut:

1.    Membenarkan syarikat asing mengawal sepenuhnya operasi penjanaan elektrik yang menjadi pembekal utama bekalan elektrik negara akan mengundang risiko besar. Jika ada sebarang masalah di masa hadapan, bekalan elektrik negara boleh terganggu dan kenaikan tarif elektrik adalah tertakluk kepada pengaruh dan kehendak syarikat-syarikat asing ini

2.    Syarikat-syarikat gergasi dari negara China mempunyai struktur kos yang berbeza dan lebih murah kerana mereka akan menggunakan sepenuhnya perkhidmatan, tenaga kerja, kontraktor dan pembekal dari China. Ini akan memberikan kelebihan kepada mereka membida kontrak-kontrak penjana bebas (IPP) baru di masa hadapan kerana besar kemungkinan harga yang mereka tawarkan untuk membina IPP ini adalah lebih murah

3.    Namun kesannya kepada rakyat dan negara adalah besar – secara langsung ini akan melemahkan industri tenaga negara kerana syarikat-syarikat tempatan seperti TNB dan syarikat tenaga tempatan lain tidak mampu bersaing. Saya menjangkakan jika ini berlaku, dalam tempoh 10 tahun TNB akan menjadi sebuah syarikat elektrik biasa dan bukan lagi gergasi tenaga yang boleh diamanahkan menjaga kepentingan rakyat dan negara seperti sekarang

4.    Ini akan menyebabkan lebih ramai pekerja tempatan rakyat Malaysia yang kini berkhidmat di dalam sektor tenaga hilang pekerjaan kerana kerja mereka diambil oleh pekerja dari China yang dibawa masuk oleh syarikat-syarikat gergasi China ini

Saya menjangkakan jumlah rakyat Malaysia yang terbabit di dalam sektor tenaga ini adalah sekurang-kurangnya 40,000 orang. Sebahagian besar dari mereka adalah kakitangan TNB dan selebihnya dengan penjana bebas dan khidmat sokongan industri. Mereka mewakili 40,000 keluarga Malaysia yang mempunyai pengaruh besar dalam pilihanraya akan datang.

Oleh yang demikian, kepentingan dan kebajikan mereka perlu dibela dan tidak boleh dikesampingkan hanya kerana 1MDB perlu menutup lubang hutang yang dibuat sebelum ini.

Oleh kerana  Najib  Razak enggan memberi sebarang penjelasan dan tiada sebarang pengesahan bahawa had pegangan ekuiti syarikat asing akan dikekalkan, saya tidak ada pilihan lain kecuali memfailkan satu usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 Dewan Rakyat untuk menangguhkan sidang dewan pada hari Selasa (17 November 2015) bagi membincangkan perkara ini.

Usul tergempar itu akan difailkan pada hari Isnin, 16 November 2015 iaitu 24 jam sebelum usul tergempar boleh dibahaskan seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan Mesyuarat.

Saya dimaklumkan keseluruhan tenaga kerja TNB akan mengadakan solat hajat pada hari ini di seluruh negara ekoran dari perkembangan yang membimbangkan ini.  


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN






---------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan China
Bukan Arab


Ni bukan nya pasal foreign ownership
Ni semuanya pasal Kommisen paling banyak...

Tanpa Nama berkata...

Melayu Bahalol

BEWAK LAKI BINI nak di dokong jugak walau KARI KEPALA BEWAK haram di makan

Bahalol saja

Tanpa Nama berkata...

Teringat dulu ada staff TNB terkinja2 mcm kera kena belacan kerana dpt lihat Najib melawat tempat derang sambil bangga dengan kenaikan tariff baru yg semakin membebankan rakyat.

Nak solat hajat kepalabutuh haper? Patut bersyukur la TNB kene jual mcm filem 3 Abdul tu. Najib kan PM baik..

FOUR WIRE berkata...

Dh sampai ketahap paling hina dan keji demi utk membiayai 1MDB yang sarat dengan hutang sehingga sanggup mengadai negara...
Ya Allah ya tuhan ku...beri lah pertunjuk kepada orangW yang zalim