Selasa, 24 November 2015

PROJEK BOOODEK









PERGi 

NEW YORK

KETiKA PM

DISANA iALAH

PROJEK

BOOODEK





BENARKAH YaPEIM TURUT KE NEW YORK?
PERLU PENDEKATAN MENYELURUH PULIHKAN KEWIBAWAAN YaPEIM
 Saya berpeluang menonton sedutan penjelasan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di televisyen dimana Ketua Pengarah dan seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM telah disoal jawab mengenai YaPEIM dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW).
Ini merupakan satu pendekatan yang sihat walaupun banyak perkara yang ditanya tidak mendapat penjelasan yang sewajarnya manakala jawapan-jawapan yang diberikan mengundang lebih banyak persoalan termasuklah mengenai penganjuran program-program di luar negara.
Sehingga kini pihak berkenaan telah mengesahkan kebenaran mengenai perjalanan ke Sydney, Melbourne dan Brisbane pada April 2014; Washington DC, Iowa dan Minnesota pada Mei 2014 dan Paris pada Disember 2014.
Terdapat satu lagi dokumen yang menunjukkan bahawa YaPEIM dikatakan telah terlibat dengan Program Kembara Santun ke New York, Amerika Syarikat bersempena lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ke Amerika Syarikat.
Program ini telah berlangsung pada 17 September 2014 sehingga 27 September 2014 dengan sasaran penglibatan 100 orang peserta di New York. 
Butiran terperinci menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi tujuan ke New York mengikut agensi adalah seperti berikut:-
        i.            Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) – RM 66,960.00
      ii.            YaPEIM – RM 101, 720.00
Maka jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah dianggarkan sebanyak RM 168,680.00.
Ini sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai kewajaran penganjuran lawatan ke luar negara yang boleh dirumuskan seperti berikut:-
1.      Benarkah lawatan ini telah diadakan oleh YaPEIM dan siapakah mereka yang pergi ke New York?
2.      Apakah keperluan YaPEIM untuk bersama dalam lawatan YAB Perdana Menteri ke New York sedangkan YaPEIM adalah agensi yang berteraskan kepada amal jariah dan bukanlah sebuah jabatan kerajaan?
3.      Menurut sumber lain, benarkah peruntukan untuk sumbangan daripada YaPEIM tidak sampai 10 orang penerima dalam lawatan ini iaitu hanya sebanyak USD 500 atau sekitar RM 2,000 seorang?
4.      Berapa banyakkah lawatan ke luar negara yang melibat YaPEIM bagi tahun 2013, 2014 dan 2015? 
5.      Berapakah kos setiap lawatan termasuk butiran terperinci dan kos keseluruhan?
Persoalan-persoalan mengenai perjalanan ke luar negara hanyalah merupakan persoalan asas bagi menilai keberkesanan keseluruhan perbelanjaan oleh YaPEIM samada ianya mencapai matlamat amal jariah.
Harus diingatkan bahawa imbuhan dan jawatan-jawatan yang dipegang oleh beberapa individu dalam YaPEIM dan perbelanjaan-perbelanjaan lain masih belum terjawab.
Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa siasatan akan dijalankan terhadap YaPEIM merupakan permulaan yang baik dan sepatutnya perkembangan hasil siasatan perlu dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
Bagi memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan, mereka yang terbabit sewajarnya diwajibkan cuti serta-merta dan tidak berhubung dengan mana-mana pegawai YaPEIM sehingga siasatan selesai.  
Selain daripada siasatan oleh pihak berkuasa, proses penambahbaikan perlu dilaksanakan segera bagi meningkatkan tatakelola dan keterbukaan pengurusan YaPEIM antaranya:-
1.      Struktur pengurusan dan pentadbiran YaPEIM dirombak termasuklah mereka yang dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah hanya boleh bertindak sebagai Pemegang Amanah dan dilarang memegang apa-apa jawatan lain dalam YaPEIM dan institusi-institusi yang berkaitan.
2.      Struktur anak-anak syarikat dan institusi milikan YaPEIM perlu disusun semula agar pertindihan peranan dapat dikurangkan sekaligus mengurangkan kos pengurusan. 
3.      Akaun tahunan YaPEIM dan institusi-institusi YaPEIM termasuk setiap butiran perbelanjaan perlu didedahkan kepada umum. Ini boleh dilaksanakan dengan menganjurkan perjumpaan tahunan dengan pencarum dan pencarum diberi ruang untuk teliti setiap perkara. Manakala kelulusan perbelanjaan yang besar perlu dipersetujui oleh pencarum-pencarum.
4.      Satu saluran pemberi maklumat (Whistleblower) perlu diwujudkan dimana mereka yang mempunyai kemusykilan dan maklumat salah laku mengenai tatakelola, sumbangan amal jariah dan perbelanjaan YaPEIM boleh tampil ke hadapan tanpa disekat atau diancam.
NOW hanya berperanan melindungi pemberi maklumat dan memantau perbelanjaan terutamanya yang melibatkan kepentingan orang ramai.
Saya yakin bahawa rakyat, pencarum dan mereka yang layak menerima sumbangan wajar mendapat keadilan dalam mencapai matlamat pembangunan ekonomi Islam dan amal jariah.
AKMAL NASIR - NOW






------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM pergi siasat YaPEIM??? Jangan jadi bodoh berlapis2. Aku tahu apa kerja SPRM waktu siasatan dibuat.

Depa pi ofis YaPEIM pun disambut dgn bunga manggar. Maklumlah kedua2 agensi milik kerajaan. Lps tu sembang pasal butir pelir hang aku sapa kecik sapa besaq. Lps tu jamu makan ayam dan nasi lemak. Kendian buat lawatan ke tandas dan landskap bunga cantik perkarangan pejabat kalau ada.

Habis tu.. doa selamat dan saling kentut mengentut sesama pegawai SPRM dan pegawai YaPEIM.

Besok kluar surat kabar. Ini sumer amal jariah sedekah pukimak apa lanchow.. HAPPY ENDING WIN-WIN SITUATION.

Dah berpuluh kali kene tipu dgn SPRM dan agensi2 kerajaan.. bila la nak sedar2???

Tanpa Nama berkata...

dah tau duit caruman kena rembat..buat pe nak carum lagi.kasi kuar duit main forex lagi bagus..

Tanpa Nama berkata...

BEWAK mana ada makan CICAK kan ????

Itu semua sedara lidah cabang kan

Lahanat

Tanpa Nama berkata...

Ini semua saja aja nak banding banding KONTOL kat hotel

Biasa lah nak banding Otak tak boleh ; semua jenis Otak BONGGAP kan.....


Melayu Melayu saja semua tu pon

Nak lahap FREE standard lah