Khamis, 3 Disember 2015

AWAL PEERMULAAN





 AWAL PERMULAAN


Hari ini  3 Disember 2015 aku di Kuala Lumpur. Cuaca molek walau pun sudah masuk musim hujan.  Cuaca molek seolah-olah bersama dengan aku. Nah - aku menulis ini untuk mengambil sempena tarikh 3 Disember. Aku masih ingat lagi 3 Disember itu - Senin 3 Disember 1974. Mustahil aku akan  lupa.


Bagini kesahnya - petang 3 Disember 2015 ini  pada jam 2:43  aku ingin mula  menulis kembali segala  ingat-ingatan aku. Aku ingin merakam apa yang telah aku lalui. 

Aku mahu melihat kembali air yang telah melintasi jambatan. Aku mahu melihat kembali rokok yang telah dihisap. Aku ingin melihat kembali hati yang telah parah. Aku ingin melihat kembali kekasih yang telah ditinggalkan. Aku mahu melihat kembali teman yang telah gugur. Aku mahu melihat kembali  perjuangan yang sedang diteruskan.

Telah banyak kali aku berjanji pada diri aku. Aku  telah berjanji pada kawan-kawan. Berjanji pada alam. Berjanji pada buku. Berjanji yang  aku akan merakamkan perjalanan hidup aku ini. Janji-janji yang belum aku tunaikan.

Nah! Petang 3 Disember 2015 ini aku pilih untuk memulakannya.  Aku hanya bermula. Aku sendiri tak pasti kemana arah tulisan ini. Kemana yang akan yang aku bawa. Malah aku sendiri belum ada Tuan Pengarang yang akan menyunting tulisan ini. Bayangkan tulisan Hishamuddin Rais tanpa disunting pasti penuh dengan ejaan yang salah. Kah kah kah.

Dimana agaknya ingin aku mulakan ingat-ingatan ini? Dimana wajib aku mulakan. Aku bertanya pada diri aku sendiri. Tidak ada jawapan. Aku  belum menemui jawapan. Aku sedang merayau. Jiwa aku telah lama meronta untuk memaksa aku menulis ingat-ingatan ini.

Lima ratus tahun dahulu  Tun Seri Lanang merakamkan Salalatul Salatin untuk jadi pedoman bacaan anak cucu cicit yang akan datang. Apakah aku juga berniat sama? 

Tapi yang aku tulis ini bukan kitab dari Atas Angin. Kitab yang ingin aku tulis ini hanyalah rakamam-rakaman jalan yang telah aku lalui.  Ingat ingatan yang akan aku tulis ini adalah  ingatan yang aku teringat. Ingatan-ingatan  yang terpahat lama dan menunggu masa untuk disurahkan.

Sebenarnya ada beberapa babak perjalanan hidup aku  yang telah pernah aku tulis.  Pernah aku surahkan. Ingatan tentang kota Baghdad. Ingatan tentang janji di kota Krakow Poland. Selalunya tulisan  sademikian aku bubuh nota kaki : Sebahagian dari tulisan kesah hidup yang belum disiapkan.

Mungkin akan aku ulangi kesah-kesah ini sekali lagi. Ini kerana kesah-kesah ini sentiasa berada dalam ingatan.  Cinta yang agong ialah cinta yang gagal. Mustahil aku akan melupakan cinta-cinta ini.

Dalam perancangn - aku ingin menulis 3 kitab. Kitab Pertama   Dari Kelahiran ke  ke Pelarian. 
Kitab Kedua: Dari Pelarian ke Pelarian
Kitab KeTiga : Dari Penjara Ke Penjara. 

Ini yang dirancang. Ini yang dimimpikan. Ini yang dicita-citakan.  Dalam filem Jemapoh watak Polis Bermotosikal berkata : angan-angan ada tapi tak pernah menjadi cita-cita. Maka ingatan aku ini bukan yang aku angan-angankan tapi yang aku cita-citakan.

Aku tahu menulis dengan teknoloji terkini amat senang. Tetapi menulis juga amat susah. Menulis  kitab pada tahun 2015 ini bukan saperti Tun Seri Lanang menulis dengan bulu ayam dan dakwat. Ini lima ratus tahun dahulu dunia ketika itu tanpa sms tanpa ringtone. Tanpa Old Town Cafe tanpa Cinema Paradiso. Tanpa gangguan Akta Baginda Queen. Tanpa sibuk turun ke jalan raya.

Tun Seri Lanang hanya menulis dan menulis. Yang menggangu hanya kokok ayam dan salakan anjing liar. Tun Seri Lanang tidak ada FB untuk dilayari.

Mafiz watak yang aku buat dalam filemn Jemapoh berkata : melintas saje bukit ini kita telah jadi orang lain.. Kita bukan kita lagi..

Nah, siapa saje aku menulis pengenalan ini maka aku telah menjadi orang lain  bukan orang itu lagi.  Menjadi orang lain ini membawa  tanggung jawab - aku bertangung  jawab untuk menyelesaikan kitab pertama aku.

( bersambung )


-------------------

6 ulasan:

Awanama berkata...

Tuan bukukan autobiography ni saja. Mcm Hillary Clinton buat tu. Jual dan khaskan penjualan kisah tuan utk santapan Dapur Jalanan.

Aku sudah lihat, org pandai2 yg ilmunya hebat. X ramai dpt mimpi jumpa rasulullah. Walaupun mereka rindu dan menangis separuh mati. Yg selalu bermimpikan rasulullah adalah mereka yg hidup susah dan ikhlas dgn kerja buat agama yg kecil2. Hatta guru muqaddam pun mampu hidup bermimpi jumpa rasulullah. Inilah nikmat ibadah yg ikhlas x mengharapkan balasan.

Jika tuan bersifat demikian, pasti dan pasti rasulullah menunggumu lebih drpd kami. Hatta tuan klem yg tuan x inginkan bertemu sekalipun, inilah nikmat hidup yg bakal tuan alami andainya niat dan ikhlas beriringan.

Awanama berkata...

Tahniah Mr. JANGGUT.
Lu nk kutuk gomen.. wa x kisah.. tu lu punya hal. tpi bila lu sangkut gambar polis dengan blog lu wa x stuju. Wa tau lu bengang tahap gaban bila lu pnh kena tahan lokap dulu. Lu pnh tdo, berak dalam lokap dulu. Tp x smua polis lu blh hentam dan x sama dengan tanggapan lu. Wa tau komen wa sblm ni lu xkn publish. At least lu baca.. lu paham.. Wa x kisah lu nk pakai bahse tahap gaban cmne pun.. at least stop la lu nk hentam smua polis. Kalau lu nk cakap kat wa "APSAL LU TERASE KE?", lu silap. Wa cakap mcm ni sb lu kna igt, smua polis x mcm yg lu igt. Lu publish gambar cmtu, mcm lu nk kasi smua org benci polis. Come on la bro.. patut makin panjang janggut lu.. makin cerdik bro.. tq

Awanama berkata...

3 Desember si MAT BAHALOL macam biasa jadi BACUL chabut tak jawab cerita cerita 1 Mat Dah Bahalol

Budak Kepala Otak itu di angkat jadi BEWAK oleh bangsa Bahalol nya sendiri yang Juta Juta jumlah nya

Sekarang semua papa kedana

Tak di sedari DAGIING BEWAK TETAP TAK HALAL tuk di masak Nasi Lemak

Kepala Otak betul...

Mek berkata...

Booking 3 kitab dengan tandatangan TT.

Awanama berkata...

TT,
aku doakan kau sehat dan buku kau selamat siap ditulis
untuk membentuk daya fikrah anak muda

Nazrio berkata...

Amennnnn
Aminnnn
Aminnn