Sabtu, 29 Ogos 2015

RADIO BANGSAR SIARAN TERUS MENERUS






IKUTI:





Radio Bangsar Utama


@R_Bangsar_Utama

https://www.facebook.com/radiobangsarutama

RADIO BANGSAR akan terus menerus membuat laporan BERSIH4 - melalui facebook dan twiter
semua warga dimana saja berada
akan dapat mengikuti perkembangan 
34 jam di kuala lumpur




-----

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk kali ke 4 rakyat pelbagai kaum dan agama telah datang ke kuala lumpur untuk sekian kalinya dalam program Bersih 4 sambil merintih dan merayu penuh santun terhadap pemerintah umno bn.

Mereka mewakili 28 juta penduduk yang suka atau tidak suka akan program Bersih ini menuntut macam2 perkara yang tidak sudi diperkenankan oleh pemerintah. Padahal tuntutan2 itu demi kesejahteraan semua rakyat juga.

Telah datang juga rakyat yang terpedaya dengan propaganda umno bn bahawa Bersih ini program komunis dap untuk mengambil alih tanah melayu ini dan membuang raja2. Padahal yang sebenarnya umno bn takut mereka jatuh dan terdedah segala kejahatan mereka merembat harta negara selama setengah abad dengan bantuan cina2 juga.

Kini mereka datang menyusup dalam kalangan rakyat untuk mengambil peluang yang mereka anggap perang sabil yakni menghapuskan komunis dap dan kuncu2nya. Belum pernah dalam sejarah tanah melayu ini mereka secara terang di khalayak ramai menunjuk aksi hendak menebas leher cina dap. Kelihatan mereka sangat2 berani dan sanggup melanggar undang2 demi mencapai cita2 jahat mereka. Ya, memang jahat kerana belum pernah orang membawa pedang dan mengancam hendak membunuh orang di tengah2 orang ramai. Adakah perbuatan mereka ini diizinkan oleh Allah dan RasulNya? Tok mupti sila jawab segera.

Demi Allah yang memegang nyawaku. Hari ini telah sampai masanya cabaran kamu di jalanan dan dalam blog2 itu aku sambut dengan hati lapang dan terbuka. Aku mencabar semua orang2 handal di kalangan kamu samaada mahaguru, guru mulia, guru utama, guru, para pendekar dan siapa sahaja. Sila bertarung dengan saya. Kalahkan saya. Saya datang dengan tangan kosong sahaja. Saya tidak ada pembantu dari kalangan mahkluk yang nyata dan tidak nyata yang ada di bumi ini. Saya datang bertemankan Allah SWT semata2.

Sebab aku mencabar kamu kerana aku tidak mahu kamu membuat huru hara dan menumpahkan setitik pun darah anah cucu bani adam yang hadir ke program Bersih 4. Akulah galang gantinya bagi rakyat kecik itu.

Pilihlah mana2 tempat tapi pastikan di khalayak ramai seperti tempat yang kamu beraksi dulu. Jika kamu gagal menewaskan aku, kamu mesti bersumpah akan meninggalkan amalan serta ilmu2 bertemankan iblis, syaitan dan jin. Amalan inilah yang menyebabkan kamu menjadi bongkak dan memalukan ummat melayu islam selama ini.

Kalau aku tewas. Anggaplah kamu sudah menang tapi jangan sekali2 kamu tumpahkan darah sesama makhluk walaupun dia kafir. Kamu jadikan semua yang datang itu saudara2 kamu. Kamu bergembiralah kerana dapat menewaskan aku yang mewakili rakyat yang lemah itu.

Cabaran pertarungan anak jantan antara aku dan orang2 berani yang hendak membuat kacau bilau kerana menyelamatkan umno bn di program Bersih 4 di kuala lumpur dengan ini dibuka dengan resminya bermula petang ini sabtu pukul 5 hingga tamat program Bersih 4 pada Ahad 30.Ogos 2015.

Tuan tt sila buka seluas2nya blog ini untuk menerima orang2 masuk membeli atas jualan saya. Tuan tt tiada kompromi dengan saya. Tuan hanya menghebahkan sahaja bahawa ada seorang hamba Allah hendak mencabar orang2 handal yang hendak menumpahkan darah komunis dap dan kawan2nya di program Bersih 4. Itu sahaja. Terima kasih. Wassalam.


Tanpa Nama berkata...

Selesai sahaja laungan merdeka dari lautan rakyat berbaju kuning pada jam 12 malam 31 ogos 2015 lalu maka selamat sudah program bersih 4 tanpa apa2 kekecohan melainkan satu dua budak bodoh yang dibayar rm45 sorang untuk membeli dan membaling mercon kepada lautan manusia itu.

Terima kasih kepada anggota2 keselamatan yang berhati nurani rakyat kerana penat lelah menjaga adek2, bapa2 dan saudara yang datang. Semua anggota yang awalnya berwajah tegang akhirnya kelihatan manis berseri2. Ada pula yang mendapat bunga tanda antara kita tetap bersaudara dan berkasih sayang. Tidak putus hubungan selama2nya walau baju kita tidak sama warna. Rakyat berjanji akan memberi lebih lagi kerja sama dan hormat andainya naik kerajaan baru. Kerja mereka sangat2 mudah kerana rakyat tidak mahu buat salah lagi.

Telah berakhir juga tempoh cabaran bertarung secara anak jantan antara saya dengan para handalan dari kalangan geng anti bersih itu. Terima kasih kerana tuan2 bersabar banyak2 sambil memberi laluan kepada tetamu kita yang datang itu.

Terima kasih juga tuan2 tidak menyambut cabaran saya. Macam2 fitnah boleh berlaku. Mungkin lebih banyak buruk dari baiknya.

Bersambung kerana hp atau blog koman ini tidak mahu menerima ulasan panjang2.

Tanpa Nama berkata...

Bersambung dari ulasan sebelumnya..

Kaedah pertarungan antara kita mudah sahaja. Tiada akta boleh tangkap kita. Tuan2 boleh bariskan seberapa banyak orang2 handalan dan juruslah saya dengan niat hendak menumbangkan saya dalam jarak 10 meter contohnya. Izinkan pula saya jurus tuan2 pula. Siapa yang tumbang dia kalah. Habis cerita.

Kalau saya kalah, tuan istiharlah bahawa tuan2 menang dan di pihak yang benar. Tuan2 berpestalah tapi jangan sekali2 sentuh anak cucu adam yang islam dan kafir itu. Mereka datang hendak buat buat benda baik demi anak cucu kita juga. Hormatilah hak2 mereka.

Kalau tuan2 kalah, tuan2 kena bertaubat tidak mahu lagi ambil makhluk2 ghaib sebagai khadam untuk menunjukkan kehebatan ilmu bela diri orang2 melayu. Walaupun makhluk ini mengaku islam dan berjubah, tuan2 kena berpisah dengannya sambil berkata, pergilah kau dari sini. Aku berpisah diri dari kau. Pergilah jaga urusan kaum kau sudahlah. Aku dan kamu pun tidak tahu apakah nasib kita depan Allah SWT nanti, buat apa kau menyebok kat sini?

Nabi kita ada beribu2 murid dari kaum jin yang memeluk islam. Tapi nabi kita tidak pernah mengambil mereka sebagai khadam. Hanya nabi dibantu para malaikat semata2. Ada dalam nas atau sejarah yang sahih.

Bersambung lagi kerana blog tt ini yang koman atau hp saya yang koman tak boleh tulis banyak2.

Tanpa Nama berkata...

Sambungan dari ulasan yang kedua tadi..

Kerana mengambil ajaran yang salah, ajaran bukan dari nabi maka manusia jadi sombong dan megah. Nabi tidak kebal. Tak payahlah hendak kebal. Luka dan berdarah itulah lambang kejantanan yang tuan2 bawa masuk ke syurga Allah nanti. Titisan darah pertama yang jatuh ke bumi itulah penghapus segala dosa dan mendapat pingat as syahid rahimullah.

Sudah beribu tahun makhluk2 ini datang berdamping dan perdajalkan orang melayu. Perdajalkan raja2 dan pembesar2 melayu. Dia duduk dengan kita kononnya hendak beri daulat dan kebesaran bangsa melayu. Padahal inilah makhluk2 celaka pandai menyamar yang bersepak2 di nusantara ini sebenar2nya membawa bencana dan penghinaan kepada bangsa melayu dan pribumi di indonesia.

Betapa ramai tok2 pawang di raja melayu yang menjaga daulat raja kita kononnya. Mereka selalu dihina dan diterajang oleh setan2 benua siam semasa dipanggil berubat oleh rakyat jelata. Ramai cabut lari dan sakit2 kena bedal dengan puak2 siam ini. Mujur kes2 isu ini saya setelkan dalam masa beberpa minit sahaja dengan izin Allah SWT.

Tentu tuan2 kata saya dah mula promosi jadi bomohlah pulak. Demi Allah saya bukan bomoh dan saya bersedia memberi ayat2 Allah untuk tuan amalkan dengan syarat tuan2 kena buang makhluk2 celaka itu selama2nya. Jangan kompromi dengan mereka walaupun mereka menjelma macam syeh atau mengaku islam. Saka2 dan makhluk inilah yang menjadikan bangsa kita otaknya bodoh nak mampus sampai sanggup pilih pemimpin2 jahat ini sebagai penaung. Tunduk dan patuh pulak secara membuta tuli kepada pemimpin2 syaitan ini buat apa? Ini bukan yang nabi suruh.

Saya tolong rakyat kerana bomoh2 handalan kita cabut lari. Tinggalkan rakyat menderita terlantar mati kerana tiada penolong lagi. Ada pula yang bercakap secara hina, kalau kena dengan siam, mesti cari siam juga. Hal inilah yang membuat saya mendidih. Saya bingkas bangkit lalu Dia izinkan saya tibai cukup2 setan2 itu. Dia memang jadi kain terbakar kerana saya menunggu 3 hari 3 malam di rumah, dia tidak berani datang menyerang balas dengan tombak dan lembingnya.

Bersambung lagi kalau tuan tt tidak menyampah dengan saya yang mula merapu2.

Tanpa Nama berkata...

Ini ulasan ketiga. Terima kasih tuan tt. Saya tidak kidnap blog tuan tapi ingin tuning balik kefahaman yang silap selama ratusan tahun ke atas bangsa melayu sehingga tuan tt pun pening dengan bangsa ini..

Ampun tuanku. Maafkan saya kerana membedal tuanku cukup2 dalam blog ini. Saya sayang tuanku. Saya mahu bawa balik tuanku jadi raja sebenar kepada bangsa melayu. Tuanku pemilik sebenar harta2 tanah berdaulat ini. Tapi tuanku seperti bukan manusia. Tuanku ambil sifat tuhan dan sangat2 biadap memaksa manusia2 menyembah tuanku lebih dari tuhan. Tapi bangsa kita terhina juga, tanah kita terjual juga, ekonomi kita hancur juga, kapir2 berpakat dengan menteri2 tuanku merembat juga, rakyat mrnjerit2 minta tolong tuaku buat pekak juga, tuanku sain kemahuan najib juga. Apa cerita ni tuanku? Jadi penakut mengalahkan haiwan ni kenapa? Saya tahu, tuanku rasa hebat kerana bertemankan jin2 dan syaitan2. Tuanku rasa ada daulat dan taat tidak berbelah bagi dari rakyat. Bertaubatlah dan buang semua makhluk2 celaka itu. Saya boleh bantu tuanku buang benda2 itu dalam 5 minit sahaja.

Saya hendak bawa balik tuanku ke alam nyata supaya tuanku mendapat daulat dan karomah sebenar dari Allah SWT. Tuanku mendapat hormat dan kasih sayang sebenar dari dari rakyat jelata. Tuanku akan jadi imam solat di masjid. Tuanku akan mendapat kesaktian hingga tuanku boleh memerintah makhluk. Wahai sungai, jangan engkau banjir. Sungai tidal akan banjir. Wahai dap, jangan kau perangi islam. Dap pun tidak berani khianat dengan islam.

Inilah hal baik yang saya nak jadikan amal jariah supaya kalau saya balik jumpa tuhan nanti tuanku tidak merayu2 kenapa engkau tidak betulkan aku...

Segala salah dan silap saya mohon banyak2 maaf dari semua pihak yang saya kecilkan hati. Mari kita bangun semula bersama rakyat agar bangsa kita benar2 membawa rakmat dan kasih sayang kepada semua makhluk seperti mana yang diperjuangkan oleh ghb sekarang ini.

Terima kasih banyak2 tuan tt. Wassalam