Isnin, 28 Mac 2016

HANYA SATU TUJUAN





MENGGALANG

BARISAN

BERSATU



'Memang Tun M pernah penjarakan kami, tetapi…'

SHAH ALAM – “Memang  Mahathir Mohamad pernah penjarakan kami, tetapi sekarang itu semua sejarah,” demikian ujar Menteri Besar Selangor,  Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, meskipun pernah dipukul, ditahan dan dipenjarakan di bawah bidang kuasa Mahathir, beliau sanggup mengetepikan semua detik hitam itu demi perjuangannya untuk rakyat.

Kata Mohamed Azmin lagi, berdirinya beliau di sisi Mahathir pada Kongres Rakyat 2016 hari ini sebagai bukti yang beliau sudah melupakan peristiwa lalu.

“Saya pernah digari, ditahan di penjara dan dipukul oleh enam orang anggota polis dan pada ketika itu,  Mahathir memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Itulah sejarah. Sejarah ajar saya untuk menghayati makna perjuangan rakyat. Kami mahu jadi orang yang lebih baik bukan orang yang lebih teruk daripada sebelumnya,” katanya ketika memberikan ucapan di Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Presiden Amanah, Mohamad Sabu turut berkongsi pengalaman ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pemerintahan Mahathir.

Menurut Mohamad, meskipun pernah ditahan di bawah ISA, namun hari ini beliau sanggup mengetepikan dendam silam demi selamatkan negara dan boleh sepentas dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya gementar berceramah di depan bekas pemimpin yang pernah memerintah negara 22 tahun.

"Dua kali saya ditahan ISA. Seperti kata-kata yang lain, kita bukan di sini bercakap untuk dendam,” katanya dalam kongres yang sama.

HANYA SATU

TUJUAN

SINGKIR NAJIB


------------

Tiada ulasan: