Jumaat, 3 Jun 2016

TERAJANG NAJIB DULU






JELAS

TERAJANG

NAJIB DULU

BARU BUAT

PRU14 - PASTI

TAK KENA TIPU

Rakyat boleh pilih Anwar, DAP jika mahu- Dr M
Landskap politik Malaysia menyaksikan pelbagai kelainan pelik mutakhir ini, dan yang terbaru organ DAP Roketkini menampilkan temubual eksklusif dengan Mahathir Mohamad.
Seperti dijangka, Mahathir dalam temubual tersebut terus menghujani kritikan terhadap Najib..
Beliau turut mengakui hak rakyat memilih sesiapa yang mereka mahu sebagai pemimpin, termasuk bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan,  Anwar Ibrahim.
Menurutnya, apa yang penting pada masa ini adalah menyingkirkan Najib dan kemudian mengembalikan semula proses demokrasi.
“Selagi mana Najib ada di situ, semua orang boleh bercakap, tentang reformasi atau apa saja. Tapi apa pun tak jadi. Buang Najib, kembali kepada demokrasi. Rakyat boleh buat pilihan mereka sendiri.
“Kalau Anwar keluar, tak kiralah. Kita balik kepada demokrasi. Rakyat akan pilih kerajaan yang bagaimana yang mereka mahukan. Apa jadi selepas itu, jika rakyat nak undi pilih Anwar, maka boleh pilih Anwar. Jika mereka memilih kerajaan yang akan membebaskan Anwar, maka itu hak mereka," katanya.
Katanya, selepas Najib diisingkirkan, kedaulatan undang-undang dan perlembagaan perlu dikembalikan, termasuk kebebasan bersuara dan berhimpun.
“Lepas tu kita akan ada pilihan raya umum, tanpa Najib. Terserahlah kepada rakyat. Kalau nak sokong reformasi, boleh teruskan.

----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Power tak power la penangan anak styling tun Razak nie, semua org politik jd ape2 tah skang ni, tun pun sgt objekif..tp yg lg best.. yg dulu ejek hina pakai tengkolok keris, ari now dia pakai dah mcm pengantin.. esok2 nak tgk ada tak yg pakai jubah main golf