Khamis, 4 Ogos 2016

CUKAI MINYAK LAGI






MENTERI KPDNKK WAJAR LETAK JAWATAN JIKA TIDAK TAHU KEWUJUDAN CUKAI MINYAK TERSEMBUNYI


Saya kecewa dengan kenyataan balas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Hamzah Zainuddin bahawa beliau tidak tahu mengenai cukai minyak tersembunyi dan harga minyak setiap bulan ditetapkan mengikut purata harga pasaran bulan sebelum itu.

Saya telah membawa isu cukai tersembunyi ini sejak tahun 2014 lagi apabila penetapan harga minyak yang dijual kepada pengguna (RON95, RON97 dan diesel) terdedah kepada keputusan politik yang menyebabkan rakyat sentiasa rugi. Isu ini mula-mula timbul bermula Julai 2014 apabila kerajaan tidak menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah sedunia jatuh merudum.

Sikap pentadbiran Najib yang mengambil kesempatan dengan mencukai rakyat secara senyap pada ketika harga minyak mentah jatuh merudum telah saya bawa di dalam Parlimen dan ke pengetahuan umum sejak 2014 lagi. Sebagai tindakbalas kepada desakan termasuk ugutan saya dan sahabat-sahabat untuk mengadakan demonstrasi pada 31 Disember 2014 sekiranya harga minyak tidak diturunkan selaras dengan kejatuhan harga minyak mentah; pentadbiran Najib memperkenalkan sistem apungan harga berdasarkan pasaran seperti yang ada sekarang.

Malah, saya turut disaman oleh Najib dan  Rosmah ekoran dari kritikan saya terhadap tindakan Perdana Menteri menghapuskan subsidi minyak yang saya sampaikan di dalam satu ceramah di Bandar Tun Razak mengulas dasar penetapan harga minyak pada ketika itu.

Oleh yang demikian, alasan  Hamzah Zainuddin bahawa beliau tidak tahu mengenai kewujudan cukai minyak tidak boleh diterima kerana KPDNKK sendiri tahu mereka berdepan dengan timbang tara dari pihak saya berkaitan apa-apa keputusan melibatkan harga minyak. Selain dari kenyataan media yang berterusan, saya juga telah mengemukakan banyak soalan di Parlimen mengenai cukai tersembunyi akibat dari dasar penetapan harga oleh kerajaan ini.

Jawapan beliau bahawa harga ditetapkan mengikut harga pasaran purata bulan lepas bukanlah satu jawapan kerana itu diketahui umum.

Isu yang saya timbulkan kini ialah kenapakah kerajaan melanggar formula yang ditetapkan mereka sendiri apabila kiraan berdasarkan formula (mengikut harga pasaran purata bulan Julai) menunjukkan harga RON95 bagi Ogos 2016 sepatutnya RM1.65 seliter; bukannya RM1.75 seliter yang ditetapkan KPDNKK.

Kewujudan harga tambahan 10 sen seliter yang dibayar oleh pengguna sekarang adalah bersamaan dengan cukai 10 sen seliter yang saya maksudkan sebagai cukai tersembunyi.

Isu ini adalah mudah dan jelas tetapi membawa kesan yang besar kepada sebahagian besar rakyat. Jika  Hamzah Zainuddin masih belum arif mengenai bidang tugas beliau dan perkara-perkara teknikal seperti ini setelah lebih setahun menjawat jawatan Menteri KPDNKK, beliau wajar meletak jawatan dan menyerahkan jawatan itu kepada seorang yang tahu mengenai perkara-perkara ini.

Jika beliau tahu, maka beliau wajar menerbitkan jadual pengiraan harga bulanan mengikut formula sejak sistem apungan harga diperkenalkan agar rakyat boleh diyakinkan bahawa mereka tidak dicukai secara senyap.
   
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN







----------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Bayangkan kita tak payah ada kerajaan .. dah tentu kita tak kena cukai .. betoi tak. Untuk tadbir negara ini kita ambik je KonSultan, bukan Sultan ye. Jawatan Sultan kita ambik Sultan Melaka, maintenance nya tak tinggi .. istana nya takat rumah teres je .. semua sekali RM2500 sebulan cukup. Gaji lebih RM2500 sebulan takyah BRiM.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Budak Bahalol jadi menteri apa lagi yang boleh di harap kan pun

Biar lah sampai masa tukar M.O.1. semua NAJIS aka TAIK aka SHIT di buang ke jamban


Baru ada pembangunan bangsa negara

Buat masa ini sabar dan sholat saja

Tanpa Nama berkata...

Kleptokrasi terlindung macam mana plak.Siapa dia MO 1? MO2? MO3?Bijak nyer DOJ, katanya "lu pikiaq sendri la siapa gerangannya MO"