Rabu, 8 Mac 2017

PERSOALAN NASIONAL - BABAK SATU




PERSOALAN NASIONAL
BABAK  SATU

Minggu lalu saya telah memulakan mukadimah tentang persoalan nasional. Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya apakah bendanya persolaan nasional ini. 

Untuk sambungan - minggu ini saya paparkan kembali mukadimah  minggu lalu:

Tulisan ini adalah mukadimah tentang keracunan negara. Mukadimah tentang  tembok berracun yang selama ini menggagalkan garis tepat tamadun bangsa di Tanah Melayu.

Saya menggunakan istilah Tanah Melayu kerana pada hemat saya inilah agenda  utama yang ingin saya rungkai secara tuntas. Pekara yang ingin saya rungkai ialah pekara tanah dan pekara Melayu. Wacana yang ingin saya buka ialah agenda tanah dan agenda Melayu.

Saya  wajib  memberikan satu latar yang maha luas untuk membuka wacana yang saya yakin amat-amat penting. 

Persoalan nasional ini memang telah lama bermain dalam fikrah. Tetapi akhir-akhiri ini ianya telah terkumpul dalam tasik  yang luas dan hanya menunggu masa untuk meledak pecah.  

Waduk fikrah saya telah memunggut pelbagai  kesah, pelbagai babak yang  terkini dan babak-babak yang belum bagitu jauh tertinggal untuk dilupakan. 

Contohnya - pembunuhan Altantuya dan keterlibatan Razak Baginda yang dibebaskan tanpa mahkamah menuntut diulang bicara.  Pembunuhan Kevin Morais dan pembocoran maklumat   dari Sarawak Report tentang bagaimana dikatakan Kevin ini terlibat dalam  usaha untuk mendakwa Najib.

Berita dunia tentang duit 2.6 bilion ringgit masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Juga berita duit yang dikatakan telah dirembat oleh Najib dari syarikat SRC International - anak syarikat 1MDB.

Semua babak-babak ini terkumpul dalam naratif sejarah tanah air. Kesah dan berita-berita ini  semuanya  menimbulkan satu persoalan hakiki. 

Soalan hakiki ini  yang saya tanyakan kepada diri saya sendiri: apakah Bani Melayu telah hilang kompas moralnya. Apakah Bani Melayu telah gagal melihat  yang benar  dan yang salah. Apakah Bani Melayu telah meninggalkan amal makrof nahi mungkar - ajaran agama mereka.

Lalu saya belayar jauh untuk mencari jawapan. Belayar jauh untuk bertemu dengan sebab musabab. Akhirnya saya merumuskan dibelakang semua ini  ialah persoalan nasional. Biar saya rungkai lagi sajelas mungkin apa yang saya maksudkan dengan persoalan nasional.

Najib terlibat dalam kes bunuh. Najib terlibat dalam kes mencuri duit tetapi  Bani Melayu masih menerima Najib sebagai pemimpin mereka. Najib masih menjadi Perdana Menteri. Ini pada hemat saya adalah manifestasi persoalan nasional.

Ahli parti  United Malays National Organisation yang berslogankan  Hidup Melayu secara sedar masih bersetuju untuk melantik Najib sebagai Presiden parti. Pada hemat saya sikap dan tindakan ahli Parti Ketuanan Melayu ini adalah manifestasi persoalan nasional.

Mahathir Muhamad  turun ke di wilayah Iskandar Johor. Mahathir memberi kritikan terhadap pembangunan diwilayah ini. Kemudian ditepi jalan Mahathir telah berdiri bergambar dipapan iklan -HARTANAH HAK MILIK KEKAL. Dari teori semiotik gambar Mahathir ini  adalah manifestasi persoalan nasional.

Pakatan Rakyat kini Pakatan Harapan telah membuat kajian tentang betapa perlunya parti ini menambah 3 ke 5 peratus  sokongan pengundi Melayu untuk berjaya ke Putrajaya. Ahli parti disaran oleh pucuk pimpinan  agar berkerja keras untuk mencari sokongan Melayu. Apa maknanya mencarai sokongan Melayu ini? Pada hemat saya mencari sokongan Melayu adalah manifestasi persoalan nasional.

Ingat atau tidak Projek 16 September 2008 sesudah PRU12 yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim.  Sila suburkan ingatan tentang bagaimana Ustaz Ahmad Awang yang kini penasehat Parti Amanah telah membocorkan  tentang jumlah ahli parlimen yang sudah cukup untuk berpaling tadah menyokong Pakatan Rakyat. 

Ingat atau tidak bagaimana senarai YB yang bersedia ‘melompat keluar Barisan Nasional’ untuk menubuhkan kerajaan baru  telah dilihat oleh Haji Hadi.  Pemimpin Pas ini  menolak Projek 16 September ini. Untuk saya penolakan Haji Hadi ini adalah manifestasi dari persoalaan nasional.

Ingatkan kembali bagaimana Pak Samad dari Bersih telah menjadi ahli parti DAP. Ingatkan kembali  tentang Profesor Aziz Bari pakar hukum hakam Perlembagan Malaysia telah juga menjadi ahli DAP. Baru baru ini Zaid Ibrahim bekas menteri dalam kabinet Dolah Badawi telah juga menjadi  ahli DAP. Kini parti DAP siang malam secara terang dan gelap telah cuba menjemput anak-anak muda Melayu - jantan dan betina - untuk menjadi ahli DAP. Kepada saya semua ini adalah manifestasi persoalan nasional.

Jamal Baju Merah telah menganjurkan satu  gerakan menentang Bersih. Jamal dan gerombolan Baju Merah untuk menunjukkan taring dan kekuatan telah berhimpun di Jalan Petaling.  Ketika konvoi Bersih5 bergerak Jamal dan kuncu-kuncunya telah menyerang dengan ganas penyokong Bersih. Tindakan Jamal dan Gerakan Baju  Merah ini pada hemat saya adalah manifestasi dari persoalan nasional.

Hasil dari langkah politik  Jamal  dan  gerombolan Baju Merah di Jalan Petaling telah menjemput  Huang Huikang  Duta Besar China Merah untuk muncul pada petang yang sama di Jalan Petaling. Pada hemat saya tindakan Duta China Merah ini adalah manifestasi persoalan nasional.

Pasti ramai pembaca akan tertanya-tanya -  apa sebenarnya  persoalan nasional ini?

Bertenang sabentar. Apa yang saya tulis diatas adalah contoh-contoh manifestasi  dari persoalan nasional. Bila saya mengatakan ini hanya manifestasi maka  saya wajib pula memperjelaskan apa makna manifestasi.

Sesuatu berlaku kerana sebab dan musabab. Tidak ada satu pun yang berlaku dalam dunia ini malah dalam alam ini  tanpa sebab. Dunia kita bergerak kerana tarikan matahari dan dan dan. Umat manusia bergerak membuat sesuatu untuk hidup. Orang gila melakukan sesuatu juga ada sebabnya - i.e kerana gila.

Dari segi pemahaman falsafah manifestasi ialah apa yang dapat kita lihat. Dibelakang - yang terpendam   yang mewujudkan manifestasi ini adalah sebab dan penyebab. Penyebab itu ialah inti atau zat - essence and form. Bentuk dan bingkai atau form and content. Justeru yang  muncul hasil dari zat  ialah manifestasi zat itu. Yang dilihat ialah bentuk. Yang tersirat ialah isi. 

Jika semua yang saya paparkan diatas tadi hanya manifestasi maka apa zatnya? Apakah dia  sebab musabab yang mewujudkan manifestasi ini.

Sebab musababnya induk kepada manifestasi yang kita lihat sedang berlaku dalam negara kita sekarang ini ialah kehadiran Yang Lain - The Other. Apakah  dia Yang Lain ini? Apakah  dia The Other ini?

Dalam konteks  Tanah Melayu - Yang Lain  ialah  Bani China dan Bani India. Dua kumpulan ini adalah Yang Lain  dalam fikrah pembudayaan Bani Melayu. Bani Melayu menganggap China dan India sebagai Yang Lain.

Semua garis politik. Semua tindakan politik. Semua babak politik. Semua dasar politik. Semua tindakan dan wacana politik, sosial dan ekonomi di Tanah Melayu semenjak kemasukkan  Bani China dan Bani India ke bumi Melayu sebenarnya disebabkan oleh Yang Lain - The Other.

Yang Lain ini menjadi penyebab. Yang Lain ini adalah sebab musabab kita di Malaysia ini bergerak saperti kita semua bergerak sekarang. Yang Lain inilah yang sedang melahirkan manifestasi yang kita lihat sekarang.

Justeru menjadi wajib untuk saya  memberi penjelasan apa sebenanrnya Yang Lain  dari segi teori dan pemahaman agar tulisan saya dapat memberi pencerahan kepada kita semua.

Kepada pelajar filem, teater, penulisan -  apa dia Yang Lain ini bukan sesuatu yang baru. Dalam filem, dalam teater, dalam nobel - kita akan bersua dengan Yang Lain.  Yang Lain wajib wujud untuk menolak terbuka naratif yang cuba dipaparkan.

Cuma dalam filem atau teater yang lain ini dikatakan protoganis dan antoganis. Protoganis akan bergerak sebagai jawapan kepada tindak tanduk antoganis. Antoganis ini adalah sebab dan penyebab. Antoganis ini ialah Yang Lain.

Kalau kita melihat filem genre Western atau di Malaysia ini dipanggil filem koboi dari Holywood maka Yang Lain ini cukup jelas. Red Indian atau Dayak  memainkan peranan  Yang Lain atau The Other.  Dayak ini menjadi antoganis yang menimbulkan masalah kepada para koboi yang ingin membuka tanah baru. 

Dari segi teori  Yang  Lain ini akan dibaca sebagai Pengganggu atau disruptor. Dalam setiap  filem kita akan bertemu dengan Si Pengganggu. Tidak ada filem yang tidak ada pengganggu. Naratif filem bergerak untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Si Pengganggu.

James Bond ajen M16 dari London bergerak kerana  ada Dr No sebagai ‘orang jahat’  atau agen KGB dari Russia atau Mister Goldfinger. 

Si Pengganggu ini bukan hanya wujud dalam filem Holywood. Cinta Awie kepada  Erra Fazira akan diganggu oleh Ziana Zain. Dalam konteks filem-filem Yusuf Haslam , Ziana Zain adalah Pengganggu atau disruptor atau Yang Lain atau The Other.

Jika semua wacana politik. Semua wacana  budaya dan semua wacana ekonomi  dalam Tanah Melayu ini wujud kerana adanya Yang Lain - Bani China dan Bani  India - maka apakah kesudahannya.

Dalam naratif James Bond - Dr No dan bilik makmalnya diledakkan dibabak akhir. Dalam You Only Live Twice James Bond telah memusnahkan Ernst Stavro Blofeld dari organisasi SPECTRE yang menjadi antoganis - pengacau dan pengganggu dunia kapitalis.

Justeru bagaimana dengan Yang Lain dalam konteks  persolaan nasional di Tanah Melayu? Pada hemat saya persoalan nasional kita masih belum selesai. Apabila saya menimbulkan wacana persolaan nasional  - ini memberi makna bahawa ianya belum tuntas dan belum selesai.

Saya yakin  saperti semua naratif pejalanan tamadun nagera bangsa - sama saperti dalam naratif filem - persoalan nasional wajib diselesaikan. Saperti seorang Matador - kita warga Malaysia wajib  berani menangkap tanduk lembu jantan untuk ditundukan sebagai jalan penyelesaian.

Untuk mencari jalan penyelesian kita wajib melihat kembali babak babak sejarah. Merungkai kembali bagaimana kita menjadi kita saperti hari ini. Boleh kah biduk lalu kiambang bertaut? 

Apa dia babak babak sejarah  yang wajib dirungkai?  Siapa dalam biduk dan dari mana datangnya kiambang? Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak sabauuuu aku nak tunggu!

Tanpa Nama berkata...

bro tt, lu belayar jauh kemana? lu kena ban keluar negara la bro..kenyataan lu mengenei madey itu gua sokong 100%.semiotik yg sangat dlm..kalo melayu bangsa johor tak faham, adalah la lebih baik duduk belajar ilmu hukum hakam dgn hadi rm90juta..kalo sultan tak faham,lebih baik jgn jadi sultan..gua nak tambah sikit, dlm gamba itu ada siti hasmah, ini betul2 mengenakan anak sultan ibrahim yg menhadiahkan jam mahal kpd siti hasmah..tanpa perlu suara terjerit2 spt najib, spt zahid komidi, madey sgt berani.si tua berwajah kucing berhati harimau sgt berbeza dgn najib zahid yg bersuara harimau tp didlmnya berhati kucing...gua confirm, para islamis, para penyokong2 hadi, para hafiz, para hafazan, takkan faham apa benda yg lu carutkan ni..artikel ini terlalu berat utk akal fikiran mrk dan lebih berat dari serban..lebih baik memantat dlm audi q7 dari susahkan otak..

Tanpa Nama berkata...

Wow! Holy shit this is well written sir. Merci. Tapi potong stim lah kena tunggu minggu depan pulak. Mcm najib tgh syok pastu nampak badak terus kepit.. Fak!