Rabu, 24 Oktober 2018

MERAKAM SEJARAH - WAYANG PAK DALANG




MERAKAM SEJARAH

WAYANG  PAK DALANG

Saya tidak berlaku adil jika saya tidak menulis dan bersurah babak ini. Malah saya tidak jujur kepada diri saya sendiri  dan kepada  anak semua bangsa yang  telah berjaya menjatuhkan Najib pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Babak-babak dibelakang tabir wajib saya lakar untuk diketahui umum. Saya lakukan ini agar satu hari  nanti bila anak cucu cicit kita membuka sejarah maka  mereka akan terserempak dengan fakta, surah dan babak latar yang membantu  kemenangan rakyat menjatuhkan Najib dan Rosmah.

Minggu lalu saya telah menulis tentang peranan media luar dan media barat yang  sama berusaha untuk  menjatuhkan Najib. Minggu ini saya akan buka satu lagi babak. Kali ini  projek filem dokumentri bikanan barat.

Tetiba satu petang dipertengahan tahun 2015  saya mendapat panggilan talipon  dari Steven Ng. Saya kenal sosok ini kerana peranan beliau membuka kesah Taib Mahmud menjarah balak di Sarawak. Steven ini terlibat dalam pembikinan dokumentri Inside Malaysia Shadow State. Dokumentri ini diterbitkan oleh Ngo Global Witness pada March 2013.

‘ Ada kawan dari London  nak jumpa malam ni.. boleh?’

‘ Sapa?”

‘ Jumpa dulu…. nanti cerita panjang..’

Bila nada sabagini maka saya faham apa yang akan saya hadapi. Saperti biasa saya ajukan Old Town Brickfeild.

‘ Tak boleh… mereka Mat Saleh… Hotel sebelah ada roof top bar. Tak ramai orang disana…’

Wow. Saya pun tidak tahu rupa-rupanya disebelah Old Town ada lagi tempat sulit.  Saya tahu hotel ini telah bertukar pemilik dan diperbaharui. Bar diatas bumbung ini tergelicir dari pengetahuan saya.

Jam 10.00 malam saya sampai ke Old Town Cafe. Steven menunggu dan terus membawa saya ke tempat yang dijanjikan.

Dalam bar saya diperkenalkan dengan Andy Stewart dan Alex Helen. Andy dalam lingkungan  50’an manakala Alex masih lagi anak muda.  Mereka berdua ini datang dari Global Witness.

Andy membuka surah menyatakan tujuan mereka datang untuk membuat dokumentri tentang 1MDB dan Jho Low. Bila nama Jho Low timbul maka saya teringat kepada Louise  Story dari The New York Times (NYT)

Andy membuka talipon pintarnya dan terus menayangkan beberapa klip Jho Low.  Ada potongan video Jho Low memberi dana bantuan kepada Yayasan Kanser. Klip Jho Low sedang bercanda-canda dengan Paris Hilton.  Ada klip Riza Aziz dengan Jho Low. Klip-klip ini tidak pernah saya  lihat.

‘Wow… intresting clip… where do you get it…’ Saya ingin tahu dari mana mereka dapat klip ini. 

‘Kami sudah buat penyelidikan panjang. Kami datang kesini untuk membuat dokumentri…’

‘ Ini projek siapa? Dana dari mana? Ini soalan wajib dari saya yang ingin tahu ini dan itu. Saya ingin tahu agar saya sedar  tangan dan kaki saya akan tenggelam dimana.

Andy menerangkan yang mereka dari Global Witness yang telah membuat dokumentri tentang Sarawak. Tapi dalam hal dana Andy tidak bersuara.

Saya graduan sekolah filem maka saya terus bertanya tentang konsep dokumentri, berapa panjang dan bila akan disiapkan. Untuk saya ini adalah asas. Pertanyaan saya ini hasil dari  ilmu yang saya dapat ketika belajar membuat dokumentri.

Sayang sekali soalan-soalan saya ini tidak pula mendapat jawapan yang tuntas. Saya hairan. Dari kehairan ini saya menjadi was was apakah saheh mereka  ini  pembuat dokumentri atau mereka ada kerja lain.

Was was dan curiga saya ini memiliki asas. Sesiapa sahaja yang memiliki kesedaran politik di era perang dingin akan terbaca bagaimana pembuat dokumentri telah menjadi ejen perisik yang ditaja oleh CIA. 

Mitos popular yang sering terdengar  ialah bagaimana tim dokumentri National Geography telah digunakan sebagai cara halal  untuk menerbus masuk  kepelusuk pendalaman sesebuah negara. Atas niat membuat filem dokumentri. Atau dengan tujuan kajian ilmu alam.

Tim dokumentri dari London ini selain dari membuat filem tentang Taib Mahmud ada juga menyebut Pussy Riot dan The Square.

Pussy Riot ini kumpulan pemusik punk yang ditindas di Rusia. Manakala The Square ialah dokumentri kesah perjuangan menjatuhkan Presiden Mubarak Mesir tahun 2011. Bila mendengar nama-nama  filem ini ditaburkan maka saya menjadi yakin terhadap Andy dan Alex. Saya  bersetuju untuk membantu.

Steven menjadi pengurus mencari watak-watak yang diperlukan. Saya juga mencari nama dan talipon sosok sosok yang mahu ditemui bual.  Satelah beberapa minggu  tim ini pulang ke London. Saya rasakan mereka telah mendapat ‘footage’ yang cukup. Maka pulang ke London untuk menyunting. Amin.

Tidak. Saya silap. Beberapa bulan kemudian mereka muncul kembali untuk membuat rakaman. Ini sesudah Deklarasi Rakyat diumumkan pada  4 March 2016. 

Kali ini juru kameranya diterbangkan dari Australia.  Ini menimbulkan persoalan kepada saya kenapa perangai membuat dokumentari ini sademikan. Berulang-ulang datang merakam. Pasti menjadikan kos bertambah.  Syak wasangka ini saya kebumikan. Saya terus membantu.

Disatu petang 26 March 2016 Zaid Ibrahim telah membuat program Selamatkan Malaysia di Shah Alam. Tetiba saya ternampak  juru kamera Andy ada datang ke  program ini. Saya mengelak dari bercakap dengan mereka. Saya sedar  geng Najib dan Habibul Rahman sentiasa mengintip.

Esok malam diprogram Rafiz Ramly di Pandan Indah saya ternampak juga tim ini. Saya perhatikan dari jauh. Saya sedar mereka datang secara ‘haram’ membuat rakaman ini. Jika Habibul Rahman tahu pasti mereka akan digodam.

Jangkaan saya tepat dan betul.  Jaringan kawan-kawan dari Jakarta memberi   tahu bahawa gambar muka  Andy dan Alex telah muncul. Mengikut maklumat mereka di sedang dicari. 

Bila saja maklumat ini sampai saya  hubungi Steven. Dengan pantas Steven menyelamatkan  mereka ke Singapura.

Beberapa bulan kemudian saya difaham tim ini datang lagi. Kali ini saya difahamkan  Alex menyewa rumah untuk jangka panjang. Nah! Was was saya makin menebal.

Tapi saya masih berharap dokumentri ini akan membantu kempen memburukan Najib dalam PRU14. Justeru saya terus membantu apa yang dapat. Saya memasang niat agar dokementri ini siap dan sempat ditayangkan sebelum PRU14.

Tup tup. Saya mendapat pesanan ringkas dari Steven. Footage dokumentri telah dicuri. Laporan dari Sarawak Report mengatakan bahawa tim dokumentri ini membuat risikan dan menjual maklumat rakaman kepada Najib. Cilaka.

Tapi saya sabar menunggu. Lebih setahun saya menunggu. Ini sama saperti saya sabar menunggu ledakan tulisan Louise Strory dalam  NYT. Tidak ada apa-apa berita sahen bila filem ini akan selesai diedit. Saya mendengar desas desus saman menyaman di London. Saya juga mendengar ada perebutan siapa pemilik filem ini.

Nasib punya nasib saya sampai ke London. Pada Julai 22 2018 saya menghubungi Andy di London. Dalam sebuah restoran Moroko di Kings Road London  Andy membuka surah. Tim asal telah dikeluarkan. Malah mereka telah dibuang. Andy dan tim asal tidak puas hati. Kini filem bukan lagi Andy yang mengarah. Louise Story dari  NYT telah mengambil alih.

‘ When the documentry be ready..” Saya bertanya bila dokumentri ini akan siap. 

‘ I have no idea..’ Andy tIdak tahu bila.

Untuk wartawan dan  pembuat dokumentri  dari London atau New York  - akidah dan niat mereka menulis tentang 1MDB atau  Najib atau membuat filem berbeza dengan saya. Untuk mereka ini peningkatan kerja. Dari pengarang naik keatas untuk menjadi ketua pengarang. DokUmentri dibuat untuk mendapat hadiah dan glamour. Nama nama nama - ini penting untuk mereka. Mereka mencari nama. Walhal saya mahu menjatuhkan kerajaan.

Saya memiliki akidah dan niat yang lain. Saya membantu pembuatan dokumentri ini  kerana saya memegang mazhab kiri yang mengajukan dasar united front - barisan bersatu.

Musuh kepada musuh saya ialah kawan saya. Wartawan barat atau pembuat dokumentri barat - antara saya dan mereka ada titik pertemuan. Saya mahu propaganda memburukkan Najib. Mereka  membuat dokumenteri untuk menaikkan nama mereka. Kerja mereka  berpotensi memburukan Najib. Disinilah titik pertemuan kami.

Akhir-akhir ini kita terbaca bagaimana pergaduhan Claire dari Sarawak Report dengan Tom Wright pengarang buku Bilion Dolar Whale. Dua pengarang Eropah ini  membuat buku tentang skandal 1MDB.  Claire Brown mengakui bahawa dirinya  pemecah berita - yang pertama membuat berita 1MDB.  Justeru mengikut Claire seharusnya  Tom Wright memberi kredit kepada Sarawak Report.

Untuk saya semua ini tidak penting.

Buku-buku ini dikeluarkan  sesudah PRU14. Sesudah kerajaan Pakatan didirikan. Untuk saya  yang penting buku, artikle, laporan berita atau dokumentri  wajib digunakan untuk mendobrak Najib. Sesudah  Najib jatuh untuk saya  semua ini hanyalah menangkap ikan dipasar Chow Kit. Saya tidak ambil pot.

Saya bertemu Andy di London sesudah kemenangan Pakatan Harapan. Saya nyatakan rasa kecewa kerana dokumentri gagal muncul sebelum PRU14. Andy tidak ada pilihan melainkan bersetuju dengan saya.

Saya juga tidak ingin masuk campur tentang kes saman menyaman. Atau  menyebelahi mana mana pihak. Untuk saya apa yang wajib saya lakukan telah saya lakukan. Apa yang perlu saya bantu telah saya bantu.
Kali ini Andy lebih terbuka berbanding  kali pertama kami berjumpa di Brickfeild.  Sambil menghirup teh daun pudina dalam suasana nyaman musim  panas di Kings Road  saya mengulangi pertanyaan.

‘ Where do you  get the fund?..’ Saya  ingin tahu siapa yang mengeluarkan dana untuk dokuemenrti ini.

‘ Soros… I pitch and got his support…’

‘ How much..’

‘ One million pound…’ Satu juta pound dari Pak Cik Soros ialah  bujet dokumentri. Ini  bermakna 5 juta ringgit.

Wow.  Rupa-rupanya dokumentri ini  adalah wayang tajaan Pak Soros.

Minggu ini saya mendapat pesana ringkas. Saya diberitahu wayang Pak Soros ini  akan ditayangkan pertama kali kepada dunia di IFC Greenwich Village New York pada 9 November depan. Pengarahnya  Sam Hokingson dan Louise Story kini menjadi penulis dan penerbit.

Sesudah wayang Pak Soros ini ada lagi ke kesah dibelakang tabir? Ada pasti ada. Tunggu minggu depan. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



---------------

3 ulasan:

Awanama berkata...

kah kah kah... ko tepat aku sokong.. buku buku dokomen dokumwn keluar lepas rakyat terajang najib tak relevan.

ini semua golongan kapitalis cilaka..

hidup sosialis.. kah kah kah

Awanama berkata...


mmg lain macam kengkawan united front nie yea... mengelodak perut bile dengar shiekh soros yg bekalkan duit... tp ape2 hal pun, depa punya pelaburan mmg lain macam... ceritany korang jgn memain dgn top2 guys m'sia... sekali dia haruk, ruyup semua... tahniah tok tt... lu antara malaysian king keybord worior... lu mmg top2 guys la...

Awanama berkata...

kahkahkah pembongak la kau tt, kau hirup teh daun pudina dalam suasana nyaman musim panas di Kings Road??? kahkahkah.. teh!???