Selasa, 15 Januari 2019

MAKAN PAU AYAM









GUA BILANG

RAMAI TAK CAYA

SIKALANG SATU

PROFESOR 

CAKAP

APA LU NAK KATA

Peralihan kuasa Mahathir-Anwar tidak ditangani dengan baik, kata pemerhati



PERALIHAN kepimpinan antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim tidak ditangani dengan baik walaupun berulang kali diberi jaminan oleh kedua-dua pemimpin itu, kata pemerhati politik.

Profesor Sains Politik Dr Bridget Welsh berkata wujud perebutan kuasa yang jelas antara penyokong kedua-dua pemimpin itu dan situasi itu boleh dilihat berdasarkan isu lompat parti yang berlaku antara parti dalam Pakatan Harapan.

“Perebutan kuasa ini dilaporkan dalam media dan didorong oleh sebahagian besar penyokong kedua-dua pemimpin itu. Mereka kurang percaya antara satu sama lain dan situasi ini menggugat kestabilan negara,” kata Welsh pada forum akademik bertajuk ‘Building a New Malaysia : Agendas and Aspirations’ (Membina Malaysia Baharu: Agenda dan Aspirasi).

Welsh yang merupakan profesor di Universiti John Cabot, Itali, berkata rakyat dan pertubuhan awam perlu memberi tekanan agar peralihan kuasa itu berjalan dengan aman.


Selain itu katanya, langkah itu bagi memastikan personaliti kedua-dua pihak bahawa peralihan itu tidak berat sebelah.

Katanya peralihan secara aman yang menyaksikan kedua-dua pemimpin tidak hilang kedudukan dalam Kabinet dan meyakinkan rakyat mereka boleh bekerjasama akan menjadi senario terbaik.

Tambahnya, senario kurang baik boleh berlaku apabila kedua-dua pihak membentuk pakatan politik dengan parti berbeza bagi mengumpul ahli Parlimen yang mencukupi untuk mengawal Parlimen dan membentuk kerajaan.

“Saya merasakan wujud pertikaian antara kedua-dua pihak dan mereka tidak mempunyai angka (jumlah ahli Parlimen) yang cukup untuk tidak bergantung antara satu sama lain. Sittuasi ini amat jelas dengan isu lompat parti yang sedang berlaku,” katanya.

Anwar dan Dr Mahathir berulang kali mengatakan mereka saling mempercayai dalam pelan peralihan kuasa apabila mereka membentuk Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Dr Mahathir berkata beliau akan menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam tempoh lima tahun pemerintahan.

Jaminan itu bagaimanapun tidak mengekang penyokong dan penganalisis untuk mempersoalkan pelan tersebut.

Ahli parti Bersatu pimpinan Dr Mahathir mahu perdana menteri itu kekal meneraju kerajaan sehingga hujung penggal manakala penyokong Anwar dalam PKR meragui Anwar akan berkuasa sebelum tempoh pilihan raya umum akan datang. – 14 Januari, 2019.    


GUA BILANG

MAKAN  PAU AYAM

JANGAN MAKAN

PAU ANAK IKAN

BAHAYA UNTUK

KESELAMATAN

NEGARA

KAH KAH KAH





------------------

Tiada ulasan: