Jumaat, 10 Mei 2019

BUKTI NAJIB TIPU









GUA UDAH BILANG

NAJIB TIPU 

TU PASAL KITA

SEDIA  TURUN

KE JALAN RAYA

SPR akan ambil tindakan dakwaan bantu BN pindah pengundi tentera


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji tuduhan beberapa pegawainya membantu Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berhubung pembinaan kem tentera untuk memindahkan pengundi bagi menambah sokongan di kawasan tertentu, kata pengerusinya Azhar Azizan Harun.

“Kita perlu melihat laporan penuh terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya,” katanya kepada The Malaysian Insight hari ini.

“Ia terlalu awal untuk memutuskan apa-apa sementara menunggu laporan itu,” kata Azhar, yang mengambil alih sebagai pengerusi SPR selepas PRU14 pada September 2018.

Laporan mengenai pertukaran tanah yang melibatkan Kementerian Pertahanan (Mindef), akan dibentangkan oleh menteri Mohamad Sabu di Dewan Negara esok.

Menurut laporan yang dilihat oleh The Malaysian Insight, SPR berpakat dengan Mindef untuk memindahkan pengundi tentera menjelang PRU14 tahun lepas.

Ini melibatkan pembinaan empat kem di Bera, Segamat, Paloh dan Hutan Melintang,

SPR ketika itu diketuai Mohd Hashim Abdullah yang memutuskan bersara dua bulan selepas pilihan raya 9 Mei tahun lepas yang menyaksikan perubahan kerajaan. Tempoh perkhidmatan Hashim pada asalnya dijangka berakhir pada Ogos 2020.

Semua pesuruhjaya SPR yang lain juga meletak jawatan.

Laporan itu berdasarkan audit khas oleh bekas ketua audit negara Ambring Buang yang ditugaskan oleh pentadbiran Pakatan Harapan menyiasat urus niaga meragukan di bawah pemerintahan sebelumnya, bermula dengan Mindef.

Dalam pilihan raya terakhir, reformasi pilihan raya Pakatan Bersih 2.0 mendapati pengundi tentera dipindahkan dan keluar dari tiga kawasan pilihan raya sebelum pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman menyatakan seramai 1,079 pengundi tentera dipindahkan ke kem Segamat di Johor, 1,234 ke kem Bera di Pahang dan 1,411 ke kem Hutan Melintang di Perak.

Segamat ketika itu dipegang oleh Dr S Subramaniam daripada MIC, yang merupakan bekas menteri kesihatan, tetapi gagal mempertahankan kerusinya pada PRU14.

Bera berjaya dikekalkan oleh Ismail Sabri daripada Umno, manakala kem Hutan Melintang di Bagan Datuk, bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi masih menjadi ahli Parlimen. – 8 Mei, 2019.


KALAU SAH

TIPU WAJIB

BATAL KERUSI

BUAT PRK

HAJAR PARTI

KETUANAN 

MELAYU

BIAR MAMPOOS

-------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maroh no TT..puasa tak? Kah kah kah..lu jilat atok apa lu tau...aljuburi pn nk jadi PM lu kene jilat lagi bro