Ahad, 15 September 2019

BOCORKAN LAGI




WOIT

KENG

BOCOR

SEMUA
 

Jho Low rapat dengan

Najib dan Rosmah, 

sering hadir majlis eksklusif


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa jawapan yang diberikan oleh Tuan Haji  Najib yang berbunyi “Jho Low tidak mempunyai keterlibatan dalam 1MDB" disediakan sendiri oleh ahli perniagaan dalam buruan itu.

Saksi kelapan yang juga bekas pegawai khas  Tuan Haji Najib,  Amhari Efendi Nazaruddin, 43, memberitahu mahkamah perkara itu ketika sesi soal balas yang dilakukan peguambela Tuan Haji Mohamad Shafee Abdullah.


Mahkamah juga diberitahu Jho Low rapat dengan Hajjah Rosmah Mansor dan Tuan Haji Najib kerana sering dilihat dalam majlis-majlis peribadi mereka yang sangat eksklusif.

Shafee: Apa yang menyebabkan kamu membuat kesimpulan bahawa Jho Low dan Rosmah rapat?

Amhari: Dari segi majlis. Sebahagian daripada majlis-majlis ini, saya tidak mahu menyamaratakan kehidupan peribadi seseorang, tetapi untuk beberapa majlis peribadi yang dianjurkan Tuan Haji Najib dan Hajjah Rosmah pada tahun-tahun awal, saya akan lihat Low di sana juga. Ia sangat eksklusif.

Shafee: Berapa ramai orang yang menghadiri majlis tersebut?

Amhari: Sekitar 100 orang.


SLAMAT

DIRI

BIAR 

NAJIB

REPUT
--------

Tiada ulasan: