Rabu, 6 November 2019

ANWAR DAPAT JEMPUTAN DARI PRINCE CHARLES







MAKIN

JELAS

MAKIN

TERANG

‘Saya ada pengalaman, jadi mereka mahu saya terus jadi PM’


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa beliau masih adalah calon terbaik untuk menerajui negara buat ketika ini.

Beliau mendedahkan ini semasa wawancara dengan akhbar Financial Times, di Bangkok, baru-baru ini.

Ditanya sama ada beliau berpendapat dirinya adalah calon terbaik untuk mentadbir Malaysia, beliau menjawap: "Buat masa ini, mungkin."

Mahathir juga menafikan terdapat rancangan supaya beliau berundur tahun depan.

“Tidak, sebenarnya tiada tarikh atau tempoh tertentu yang dinyatakan, sebaliknya keputusan untuk mengundurkan diri bergantung kepada beberapa masalah yang Malaysia hadapi ketika ini.

“Saya ada pengalaman menyelesaikan kemelut kewangan, jadi mereka mahu saya untuk (terus pikul tugas sebagai perdana menteri) bagi merungkai isu terbabit sebelum meletakkan jawatan,” katanya.

Pada September lalu, Anwar, 72, memberitahu Bloomberg bahawa beliau menjangkakan dirinya akan menggantikan perdana menteri berusia 94 tahun itu sebelum 2020.

Diminta untuk mengulas berhubung spekulasi bahawa beliau tidak akan berundur sama sekali, Mahathir menjawab dirinya cukup teliti untuk membuat tidak membuat kesilapan sekali lagi dalam memilih penggantinya tetapi berkata beliau akan menunaikan janjinya.

“Saya buat banyak kesilapan melantik pengganti... Jadi saya tidak mahu buat silap lagi kali ini.

“Sesiapa pun akan rasa berdebar apabila hendak menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada penggantinya,” katanya


ANWAR

CAKAP PADA

BLOOMBERG

DIA  DIJEMPUT 

OLEH

PRINCE CHARLES

BERCUTI

KE ISTANA

BALMORAL

KALAU LU TAK

CAYA LU GI

TANYA 

PRINCE CHARLES

I REST MI KES
KAH KAH KAH
------------

2 ulasan:

Arymanchino berkata...

Kah..kah..Tun Madey kata dia amat teliti utk pilih calon pengganti.Kah..kah..dah tentu bukan Abg Non yg Tun Madey nak.Takan Tun nak bagi org yg takde tertib yg suka masuk ikut pintu belakang..

I berkata...

TM terlalu percaya pada tuan penasihat sekelilingnya hingga silap memilih penggantinya... harap tak buat kesilapan kali ini...