Sabtu, 28 Mac 2020

PARA PAKAR BUKITKAN KEPAKARAN







PARA PAKAR

BUKTIKAN

KEPAKARAN 

BERKORBAN

UNTUK NEGARA

UNTUK BANGSA

WHO pilih Malaysia kaji ubat Covid-19

PUTRAJAYA – Malaysia merupakan salah sebuah negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menguji keberkesanan ubat yang dapat merawat pandemik Covid-19 dikenali Rendesivir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perbincangan perkara itu dengan WHO akan dilakukan malam ini.

Kata Noor Hisham, Malaysia merupakan antara negara pilihan WHO kerana keupayaan yang dimiliki Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutamanya dalam bidang penyelidikan tempatan dan antarabangsa.

“Kita baharu sahaja mendapat panggilan daripada WHO yang menyatakan hasrat menjalinkan kerjasama dengan Malaysia bagi penyelidikan ubat Rendesivir ini.

“Sebenarnya saya tidak dapat kongsi banyak maklumat tentang perkara ini lagi kerana perbicangan dengan lebih mendalam pada malam ini sahaja. Malaysia antara pilihan WHO.

“Jika semuanya berjalan dengan lancar, kita akan mulakan penyeldikan secepat mungkin, antara lokasinya adalah Hospital Sungai Buloh juga hospital lain-lain yang merawat pesakit Covid-19,” katanya kepada pemberita pada sidang media harian berkaitan Covid-19 hari ini.

MGF040320_PC-JANGKITAN-COVID_04Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, antara usaha KKM dalam menangani Covid-19 termasuk menjalankan ujian pada kit ujian pantas (RTK) dari Korea untuk mengesan Covid-19.

Jelas beliau, sekiranya ujian itu mendapati RTK berkesan untuk mengekang Covid-19 dengan menepati ketepatan tinggi, pihaknya berhasrat untuk membeli sejuta kit itu.

Noor Hisham berkata, sebelum ini KKM mencuba kit jenama lain dari China namun tahap ketepatannya rendah dan tidak memuaskan hati.

“Ujian ini dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mungkin malam ini kita sudah boleh tahu keputusannya.

“Setakat ini, makmal kami mempunyai kapasiti untuk memproses 7,100 kes sehari. Jika capai ketepatan tinggi, kita akan mula pesan sebanyak 200,000 unit terlebih dulu,” ujarnya. –MalaysiaGazette


 KAMI 

ORANG AWAM

SENTIASA  SABAR

MENUNGGU
-------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro tt..gua sangsi dgn saranan WHO..mcm ne msia bole layak jadi tapak ujian dn penghasilan vaksin covid kalo menteri kesihatan yg mempunyai berangkai2 klinik memberi fakta auta dan palsu mengenai bidang kesihatan?para maloan2 yg dilihat ganas pula mencerca para pakar yg bertahun2 menghabiskan masa pembelajaran dlm bidang kesihatan..

cikminah berkata...

Wah!!!!!.....bangganya jadi guinea pigs. KIHKIHKIH.

panglimo potaseh berkata...

WHO sangat yaking dengang GAYA perubatang kita ..ayok ..datok doktor haji uzTaT Fadilah, Ya Alim Mail Kamus, usTaT Debat, tunjukkan Ayer dan Kismis Magik tuang tuang.

Tanpa Nama berkata...

Nape pilih Mesia. Nape tak pilih China atau Singkapore ke. Dorang lagi hebat kepakarannya. Gua bimbang kita jadi guinea pigs je. WHO cares or not?