Rabu, 22 Julai 2020

KARONA DAN PERANAN DAULAH





KARONA DAN 

PERANAN DAULAH

Dunia kita hari ini dalam keadaan huru hara.  Muka depan berita tidak ada yang mententeramkam jiwa.   Buka akhbar, buka kaca tv, buka laman dan portal internet – semua membawa berita resah lagi gelisah.  Bukan hanya kita di Malaysia yang merasa resah gelisah. Seluruh dunia juga sedang berhadapan dengan suasana sama saperti yang kita alami. Amin.

Perang  beterusan di Afghanistan, Syria,  Iraq, Yaman, dan Libya. Sesekali terbaca berita letupan dan pembantaian oleh Al-Qaeda atau Bako Haram.  Di Amerika Orang Hitam mati dibunuh polis menimbulkan kemarahan. Suasana  marah ini menjemput orang ramai turun ke jalan. Kemarahan ini merebak ke London, Paris, Melbourne dan Berlin. 

 Di Hong Kong China Merah mula menunjukkan kuku besi.  Di Lautan Sunda China Merah mula  nak tunjuk gagah.  Amerika secara tepat menjawab perangai samseng China Merah. Trump menghantar  dua armada  perang  -  USS Ronald Reagan dan USS Nimitz  masuk ke  perairaan Pilipina. Ini bertujuan untuk memberi amaran kepada China merah -  jangan klim  Laut Sunda  sebagai milik China Merah. Amaran Amerika kepada China Merah  jangan bikin kacau dan bikin huru hara  dalam   negara Asean. Amin.

Kegelisahan suasana tegang di Lautan Sunda ini  ditambah gelisah oleh berita Covid-19. Hari ini Selasa 21 Julai 2020 – angka serangan Karona hampir mencecah 15 juta. Dari data Organisasi Kesehatan Dunia (WHO ) menunjukkan seramai 14,348,858 warga dunia telah serang Karona. Seramai 603,691 warga dunia pelbagai  bangsa telah tewas. Di Amerika seramai  143, 834 telah mati. Di United Kingdom  seramai 45,132  mati.  Di Brazil seramai  80,251. Di Malaysia angka kematian  seramai 123.  

Kelmarin diberitakan beberapa kluster Karona baru telah mucul. Satu kluster ditemui  di sebuah restoran di Brickfiled, Sepang, Kluang, Kucing  dan di Terangganu. Berita berita ini membawa  gelisah.

 Kemudian kita  terbaca berita Antonio Guterres Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  telah  memberi amaran dan ingatan kepada  warga dunia.  Mengikut laporan akhbar The Guardian London pada  18 Julai 2020  bekas  Perdana Menteri Portugal ini telah memberi ingatan dan amaran kepada semua pemimpin dunia tentang bahaya bahaya yang sedang dihadapi oleh anak semua bagsa – warga dunia.

Dalam ucapan Tahunan Yayasan Mandela di  Johannesburg Afrika Selatan  Guterres telah menyarankan agar Bank Dunia dan IMF ( International Monetary  Fund ) melakukan perubahan radikal. Saranan ini dibuat kerana  keadaan  ekonomi dunia yang sedang   huru hara.

Mengikut pandangan Guterres bekas  Perdana Menteri dari Parti Sosialis  Portugal   sikap – meniaga macam biasa – tidak boleh lagi dijalankan.  Serangan Karona membawa impak yang memerlukan perubahan radikal  untuk umat dunia.

Serangan Karona  hari ini menunjukkan betapa rapuhnya pertahanan kesehatan dunia yang selama ini telah tidak dipedulikan.  Yang dikejar selama ini  hanya untung, laba dan keuntungan maksima.

Keadaan sekarang jelas menunjukkan sistem kesehatan  tidak mencukupi, kegagalan membantu pada mereka yang memerlukan bantuan, jurang  structural ekonomi yang jelas. Keadaan buruk ini diburukkan lagi dengan pencemaran alam dan pemanasan dunia. Sekali harung segala malapetaka ini datang sarentak.

Antonio Guterres berkata :… the pandemic was exposing “fallacies and falsehoods everywhere: the lie that free markets can deliver healthcare for all. The fiction that unpaid care work is not work, the delusion that we live in a post-racist world, the myth that we are all in the same boat.”
Ekonomi bebas  telah berbohong dan menipu tentang keupayaan  sistem ekonomi kapitalis menjaga kesehatan untuk semua. Hari ini makin ramai warga dunia kecewa dan melihat  pemerentah  dan kuasa elit politik status quo sebagai satu ilusi. Pandangan ini   dimenifestasikan oleh  gerakan  #Me Too dan #Black Lives Matter. 
Mengikut padangan pemimpin PBB ini ketidak adilan yang wujud dalam Dunia Ketiga hari ini semuanya  hasil  peninggalan kolonialisma. Amin.
Ucapan yang radikal saperti ini pernah kita dengar satu ketika dahulu dari Bung Karno, dari Burhanuddin Helmi , dari Che Geuvera , dari Ho Chi Minh, dari Mao Zedong, dari Ahmed Ben Bella, dari Patrice Lumumba atau dari Fidel  Castro. Ini ucapan jujur isi hati warga dunia yang menuntut keadilan. Ini ucapan perjuangan anak tanah jajahan yang sedang menentang kolonialisma  lebih dari 50 tahun dahulu.
 Kenapa hari ini ucapan sademikain diulang ucap.

Jawbanya: Ucapan radikal saperti ini  muncul kembali kerana ekonomi kapitalisma telah gagal.  Covid-19 telah menunjukkan dengan jelas betapa rapuhnya sistem ekonomi kapitalisma.   Serangan Karona ini telah membuka mata warga dunia untuk menilai kembali  sistem ekonomi kapitalis  yang kita guna pakai selama ini.

 Sistem kapitalis gagal. Maka  peranan daulah muncul ke hadapan. Selama ini kaum pemodal,  politikus kanan dan intelektual pemikir kanan  amat meluat dan benci jika daulah memainka apa apa peranan yang utuh dalam mengendalikan ekonomi negara.

Mazhab kanan ini mahu daulah memiliki peranan yang amat amat minima. Untuk mazhab ini daulah dilihat sebagai menggangu perjalanan ‘free flow ‘ ekonomi kapitalis.  Ajaran dan pandangan fikrah  kaum kanan ini   hanya mahu  daulah menjadi orang tengah.  Menjadi orang tengah antara  pemodal dengan pekerja. Orang tengah   ketika pemaju melakukan rompakan tanah orang kampong. Menjadi orang tengah  ketika gaji murah dikenakan kepada kaum buruh.

Daulah jangan campur tangan. Hanya jadi orang tengah.

Virus Karona  telah merobek dan memperlekehkan pandangan ini. Malah Korona telah membuktikan bahawa ajaran ini adalah karut marut dan wajib dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Lihat bagaimana Trump wakil kapitalis  numero uno dunia telah mengeluarkan dana rangsangan ekonomi negara sebanyak 2 trilion dolar pada bulan March  dua bulan sesudah Karona meyerang.  Ini juga tidak cukup. Pada Julai ini Trump akan menambah dana ransangan ekonomi lagi. Bukan 3 juta bukan 300 juta tapi 3 trilion dollar.

Tak ada  tip tak ada  top. Senyap menikus lagi tak heboh. Semua  Ahli Dewan Kongress tanpa segan silu  angkat tangan bersetuju. Kelulusan dasar dana yang paling pantas dalam sejarah Kongress  Amerika Sarekat.  

Semua  yang dicadangkan  dan mahu dilakukan oleh Presiden Trump ini adalah satu pengkhianatan  terhadap falsafah , akidah, ajaran,  dan rukun ekonomi kapitalis. Perbandingan dalam ajaran Islam – dana  ransangan ekonomi Presiden Trump ini  -  samalah saperti   makan satay daging babi, minum arak kemudian  bezina  sambil terkencing dalam Masjid.

Pada minggu lepas di Brussel Belgium  27 pemimpin negara Kesatuan Eropah sedang berdebat tentang jumlah dana untuk bantuan rangsangan ekonomi. Bukan.  Mereka bukan berdebat sama ada daulah wajib berperanan atau tidak.  Yang dibincangkan ialah berapa banyak dan siapa dapat apa dari jumah  1.8 trilion pound.

Pada satu ketika dahulu jika ada ahli Parlimen, atau ahli Kongress atau mana-mana Parti Politik atau intelektual pemikir yang mencadangan dana bantuan untuk rakayat  maka Si  Polan ini kan dikutuk habis-habisan oleh media.  Kalau sistem sula masih ada maka sosok ini akan disula.

Kita di Malaysia – Perdana Menteri Muhyiddin Yassin  telah mencadangkan 250 bilion ringgit untuk rangsangan ekonomi. Kemudian  ditambah  10 bilion ringgit lagi untuk membantu  Industri Kecil Sederhana. Dana sebanyak ini digunakan untuk sebahagian gaji pekerja yang hilang kerja dan membeli makanan yang diperlukan untuk warga miskin.

Sepuluh tahun yang lalu  jika ada  sosok pemikir  intelektual atau  parti politik yang mencadangkan dasar  milik negarakan punca punca ekonomi  kepada United Malays National Organisation atau  kerajaan memainkan peranan lebih luas  dalam ekonomi negara maka sosok ini akan  dicap subersif komunis  anti  nasional.  Wajib dihantar ke kem Kamunting  untuk diubah suai fikrah.

Hakikatnya apa yang berlaku hari ini semuanya adalah   ciri dan pola ekonomi sosialisma. Sistem ekonomi dimana daulah memainkan peranan utama. Bukan kaum pemodal. Bukan towkay. Bukan cukung. Pemodal, towkay, tuan tanah dan cukung memiliki akidah untuk mengaut  keuntungan. Keuntungan maksima. Manakala daulah bekerja  melabur untuk kesejahteraan dan kebajikkan  rakyat. Dari ini jelas terbukti bahawa sistem ekonomi sosialisma  adalah sistem ekonomi penyelamat umat manusia. Amin.

Betulkah apa yang dutulis oleh Hshamuddin Rais ini? Atau ini hanya satu propaganda sosialis komunis ateis?

Sebenarnya   ciri ciri dan pola sistem  sosialisma yang mula diguna pakai hari ini telah pernah diguna pakai di Ameriaka Sarekat. Dimana?  Biar betul ?  Betul. Di Amerika Sarekat.

Ramai pemikir  ekonomi  mazhab kanan hari ini cuba melupakan fakta ini. Kerana kegilaan mereka menyembah kaum kapitalis maka fakta apa yang berlaku pada  Zaman Meleset – Great Depression 1929  ini cuba ditenggelamkan.

Dalam tahuan-tahun 30’an  ekonomi Amerika Sarekat jatuh muflis. Ekonomi dunia mengikut sama.   Seramai 15 juta  atau 25% tenaga  kerja  warga Amerika  hilang kerja.  Zaman meleset ini melarat dari tahun 1929  hingga  ke perang  dunia  ke dua. Ketika ini Presiden Amerika  ke 32 ialah  Franklin Delano Roosevelt (FDR). Sosok  FDR ini menjadi  Presiden (1933-1945) pada  ketika zaman meleset sedang melanda dan mengamok di Amerika dan dalam dunia.

FDR mengajukan dasar ekonomi baru. Apa yang dikatakan The New Deal atau Perjanjian Baru FDR.  Ketika ini FDR tidak ada pilihan. Ekonomi telah runtuh. Kaum buruh Amerika tersusun kuat. Kesatuan buruh kompak dan melawan. Parti Komunis Amerika berpengaruh.  Rakyat mahu perubahan.
Ombak rakyat Amerika, ombak kesatuan buruh, suara Parti Komunis dan suara intelektual kiri kuat bergenaung  mengasak politik Amerika. Ketika ini ombak kiri sedang mengampoh dari Harlem New York hingga ke studio di Holywood. Maka FDR  untuk selamat  telah mengajukan  Perjanjian Baru.  FDR mengambil ciri ciri sistem ekonomi sosialis.

FDR mengarah - semua  pekerja yang hilang kerja akan mendapat batuan dari kerjaan. Mereka mendapat dana bantuan bukan untuk satu minggu atau untuk satu bulan atau satu tahun. Bantuan dana daulah akan diberikan sahingga sosok ini kembali bekerja.

FDR mengambil dasar ekonomi Keynesian. Dasar ini memperluaskan lagi peranan daulah dan  ekonomi negara. FDR melakukan projek dan program dimana dana daulah dilabur. Langkah FDR ini telah berjaya menghalang dan menumpulkan kemarahan rakyat yang semakin kuat  menyokong ombak kiri. Rakyat Amerika dan ekonomi Amerika selamat.

Peranan daulah menjana ekonomi ini berterusan salepas perang hingga ke tahun 70’an. Tetiba muncul Milton Friedman pemenang Hadiah Nobel Ekonomi 1976. Imam Kapitalis baru dari  membawa ajaran perdaganan bebas.  Peranan daulah diketepikan. Ajaran  ini dinamakan Chicago School berkembang dari Universiti Chicago. Induk falsafah ajaran Imam ini  ialah kesetian kepada pemegang saham.

Ajaran baru ini  melupuskan New Deal FDR. Malah garis  Chicago School ini melonjak berjaya dengan sampainya Ronald Reagan dan Magaret Thatcher. Apa sangkut pautnya FDR, Reagan dan Thatcher dengan Malaysia. Ada. Ketika Thatcher sampai ke No 10 Jalan Downing , ketika Reagan masuk ke Rumah Puteh Mahathir Muhamad sampai ke Seri Perdana.  Pencerahan akan disambung minggu hadapan.(TT)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Manakala di Sabah pula kedengaran kerajaan pimpinan Shafie Afdal mula goyang apabila adun2nya mungkin merubah haluan dan rasa. Saperti biasa arah tujuan mrk adalah atas kepentingan rakyat semata2. Bukan sebab duit. Bukan bukan bukan. Bro lu takde berita ternow ke atau Jeng Jeng Jeng. Berita menyusul ke? Camna ngan Shafie Afdal sebagai calun PM dan integrasi semenanjung ngan Sabah/Sarawak? Shafie adalah pilihan terbaik? atau terbalik? Ini bukan saje tanya, gua tanya sungguh2. Boring lah tak abis2 cerita Janda Baik, pau, pisang terjulur dan Abam.