Jumaat, 31 Julai 2020

SUASANA MENAKUTKAN







UTAMAKAN

KEPENTINGAN

RAMAI

BUKAN 

KAUM PEMODAL

Kebimbangan gelombang kedua Covid-19 jejas pemulihan premis makanan


MALAYSIA kini berdepan kebimbangan gelombang kedua Covid-19, dengan premis makanan muncul sebagai kluster baharu koronavirus selepas mereka yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) melanggar kuarantin untuk makan di tempat umum. 

Pemilik premis makanan memberitahu The Malaysian Insight keadaan ini mencetus kebimbangan pelanggan sekaligus mengurangkan keuntungan kira-kira 10% hingga 15%, seminggu selepas kes Covid-19 di sebuah restoran di Bricfields, Kuala Lumpur diumumkan. 

Menurut mereka, pihaknya cuba sedaya upaya untuk mematuhi prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa, namun mereka tiada cara untuk menghalang golongan yang melanggar perintah kuarantin. 

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura Ho Su Mong berkata, terdapat segelintir kedai kopi tradisional yang berdepan isu itu sejak beberapa bulan lalu, terutamanya di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. 

“Demi keselamatan pelanggan, pemilik premis tidak benarkan mereka memasuki premis, namun sekiranya mereka berdegil, apa yang kami boleh buat?

“Kami harap kerajaan boleh menyediakan prosedur komprehensif untuk mengendalikan isu ini kerana kami mengalami kerugian antara 10% hingga 15%,” katanya. 

Kluster restoran Brickfields diumumkan pada 19 Julai, melibatkan dua warga India yang disahkan positif Covid-19. 

Satu lagu kluster premis makanan ialah PUI kluster Sivagangga di Kedah, yang bermula selepas pemilik restoran melanggar perintah kuarantin di rumah selepas kembali ke Malaysia dari India pada 13 Julai. 

Beliau disahkan negatif pada ujian saringan di lapangan terbang, namun disahkan positif beberapa hari kemudian. 

Gambar seorang wanita makan di tempat umum dengan memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu turut tular di media sosial, hingga mencetuskan kemarahan umum. 

Wanita berkenaan yang baru pulang dari luar negara, bebas Covid-19 pada ujian saringan pertama namun disahkan positif pada ujian kedua. Wanita berkenaan bersama anak lelakinya menjalani rawatan pada 17 Julai.

Ho berkata pemilik restoran tidak berani untuk mengambil mudah SOP Covid-19 kerana bimbang tindakan pihak berkuasa. 

“Persatuan turut mengingatkan ahli agar mematuhi SOP.

“Namun ada premis yang kecil kekurangan pekerja, jadi mereka hanya meninggalkan buku rekod untuk pelanggan tulis butiran mereka sebelum masuk. Sekiranya pelanggan sengaja berikan maklumat salah, ia akan berikan masalah kepada pemilik premis,” katanya.

Ho berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan pada 10 Jun, kedai kopi tradisional terpaksa mengurangkan jumlah meja dan kerusi untuk penjarakan sosial. 

Presiden Malaysia Koo Soo Restaurants and Chefs Association Wong Teu Hoon berkata berikutan kekurangan pelancong asing, perniagaan restoran Cina yang besar hanya mula pulih pada kadar 65% hingga 70% ketika PKPP berbanding perniagaan biasa. 

“Sekiranya berlaku gelombang kedua, kami tidak rasa kami mampu bertahan,” kata Wong. 

Beliau berkata sejak PKPP dikuatkuasakan 10 Jun lalu, ada segelintir perniagaan yang leka dengan SOP Covid-19. 

Ho mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat umum bermula 1 Ogos.

“Masalah bukan hanya pada pemilik perniagaan, tetapi juga pelanggan yang degil. Sebagai contoh, sudah dinyatakan satu meja hanya boleh duduk enam orang, masih ada yang mahu duduk tujuh orang,” kata Wong. 

Mengenai mereka yang melanggar perintah kuarantin di rumah, beliau berkata ia sudah pasti akan menjejaskan perniagaan kerana orang ramai takut untuk makan di luar. 

“Mereka ini sangat pentingkan diri sendiri, mereka tidak sepatutnya makan di luar ketika dikuarantin. Sebagai pemilik perniagaan, kami cuba lakukan yan terbaik dan memastikan mereka tidak dapat curi-curi masuk.”

Wong dan Ho turut bersetuju dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan semula kuarantin wajib di pusat kuarantin kepada mereka yang masuk ke negara ini.

Selepas gambar beberapa individu melanggar perintah kuarantin di rumah dan makan di restoran tular di media sosial, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob pada 21 Julai mengumumkan bermula 24 Julai mereka yang memasuki negara ini perlu menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin dan bukan di rumah sebagaimana sebelum ini. – 31 Julai, 2020.


GARIS  TINDAKAN

KERAJAAN

WAJIB TEPAT

DALAM USAHA

MELAWAN

KOBID

AMIN

UTAMAKAN

 RAKYAT

BUKAN 

UTAMAKAN

PERNIAGAAN

Tiada ulasan: