Ahad, 25 Oktober 2020

MASIH ADA JALAN KELUAR



 

MASIH ADA 

JALAN KELUAR

Perikatan cuba

 dapatkan 

pembangkang sokong

 Belanjawan,

 kata sumber

KERAJAAN Perikatan Nasional cuba memeterai perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan ahli Dewan Rakyat pembangkang untuk menyokong cadangan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan ketika ia mempunyai majoriti tipis di tengah pandemik Covid-19, kata sumber.

Usaha itu digerakkan ketika ia juga cuba mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan perintah darurat, Jumaat lalu.

Sumber di Putrajaya memberitahu The Malaysian Insight cadangan itu dikemukakan kepada beberapa wakil rakyat pembangkang untuk menyokong usul Belanjawan 2021, yang dijadual dikemukakan untuk perbahasan pada 6 November.

The Malaysian Insight difahamkan walaupun Putrajaya memohon kuasa di bawah perintah darurat, yang boleh menggantungkan Parlimen, rundingan untuk mendapatkan sokongan terhadap cadangan Belanjawan masih berjalan.

Langkah itu dirasakan perlu sekiranya Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak memberi perkenan untuk mengisytiharkan darurat.

Raja-Raja Melayu dijadual membincangkan cadangan Perdana Menteri Muhyiddn Yassin “dalam masa terdekat”, kata Istana Negara. 

Pertemuan itu akan berlangsung hari ini.

“Ya, ada usaha untuk mendapatkan sokongan dalam hal ini,” kata seorang ahli Parlimen kepada The Malaysian Insight, dengan syarat tidak dinamakan.

Seorang lagi sumber berkata Belanjawan 2021 akan dibentangkan sebagai “belanjawan perpaduan” untuk mendapatkan sokongan semua wakil rakyat bagi “menangani pandemik Covid-19”.

Dalam sistem Parlimen Westminster seperti di Malaysia, perjanjian keyakinan dan pembekalan diperlukan oleh sebuah kerajaan yang tidak mempunyai sokongan majoriti untuk memastikan rang undang-undang perbekalan atau usul percaya diluluskan di dewan perundangan.

Mereka yang memeterai perjanjian itu sama ada akan mengundi menyokong atau tidak mengundi bagi memastikan usul bagi pihak kerajaan lulus.

Ia bagaimanapun tidak menyekat mereka daripada membangkitkan hujah yang bertentangan atau membantah dalam hal yang lain selain daripada dua perkara itu.

Seorang ahli Dewan Rakyat pembangkang memberitahu perjanjian untuk mendapatkan sokongan itu antara lain melibatkan jaminan peruntukan kawasan Parlimen adalah sama untuk semua wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang.

“Antara cadangannya ialah menambah peruntukan kawasan Parlimen kerana ahli parlimen pembangkang dapat lebih rendah berbanding ahli Parlimen kerajaan,” kata sumber.

Senator Liew Chin Tong dari DAP berkata Muhyiddin masih ada pilihan selain mengambil jalan darurat.

“Ada banyak cara untuk kerajaan berfungsi dengan baik dalam sebuah demokrasi berparlimen.

“Kalau pun anda tidak mempunyai majoriti, anda masih boleh mentadbir sebagai kerajaan minoriti dengan perjanjian ‘confidence and supply’ (keyakinan dan pembekalan) bersama parti-parti lawan,” tulis Liew semalam.

Bekas ahli Parlimen Bukit Bendera dan Kluang berkata kerajaan boleh memeterai perjanjian itu dengan pembangkang untuk mendapatkan sokongan terhadap usul belanjawannya “tanpa perlu membeli ahli Parlimen”.

Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menulis panjang lebar tentang bagaimana perjanjian itu mustahak ketika wabak melanda Malaysia.

“Asas kepada bil “keyakinan dan pembekalan” (confidence and supply) ini adalah untuk manfaat rakyat. Bagi polisi ini untuk dilaksanakan dengan baik di Malaysia, ia adalah tolak ansur yang perlu dilakukan untuk manfaat rakyat.

“Jalan ini sudah tentu tidak mudah; ia bukan satu seruan untuk menerima kerajaan hari ini atau bersetuju dengan cara kerajaan ini berfungsi dan bekerja.

“Tetapi, negara kita sedang menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku dalam menangani Covid-19 yang telah menjejaskan hidup setiap lapisan masyarakat,” tulisnya dalam rencana di Malaysiakini.

Ahli Parlimen Muar juga menggesa peruntukan yang sama diberikan kepada semua ahli parlimen sebagai ganti sokongan itu, supaya mereka dapat berkhidmat di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan sokongan melalui jalan ini sukar mendapatkan kerjasama parti pembangkang secara menyeluruh.

Seorang sumber Perikatan memberitahu ahli Parlimen mengikut arahan ketua whip parti masing-masing dalam menentukan pendirian di Dewan Rakyat.

“Kita bagaimanapun tidak pasti bagaimana usaha ini boleh berjaya kerana Parlimen kita menggunakan sistem whip.

“Kita tidak pasti bagaimana ahli Parlimen pembangkang boleh bersetuju dengan usul Belanjawan 2012 kerana ia akan dianggap menyokong kerajaan (crossing the floor),” kata sumber yang maklum mengenai usaha itu.– 25 Oktober, 2020.

BINCANG 

BINCANG

DAN BINCANG



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila semua kata ya,ada sorang akan kata tak. Bila semua lurus ada sorang jalan bengkok. Bila semua ikut depan,atau kadang2 atas,kahkahkah, akan ada seorang nak dari belakang. Cipta konflik tak perlu, maki press sampai bawa kamera,cemburu kejayaan rakan juang sendiri. Paranoid. Haha. Lucu betul kelakuan gangguan narsistik. Sebenarnya tiada konspirasi lagi. Hanya kita.Semua tunggu kobit memamah macam anai anai makan kayu.

cikminah berkata...

Dalam keadaan yang bahya COVID19 ni, pembangkang takda pilihan. Antara rakyat dan kuasa, mana patut diutamakan.... ?
Bila COVID19 dah settle, gasak koranglah nak berbunuhan. Ada aku kisah... ?