Rabu, 16 Jun 2021

CADANGAN MASUK AKAL



 CADANGAN

MASUK AKAL

AMIN

JIKA MUHYIDIN

TERUS GAGAL

MAKA LANGKAH

TERBAIK 

WAJIB DIAMBIL

AMIN 


Lantik PM baharu, mohon Ku Li kepada Raja-Raja Melayu

TENGKU Razaleigh Hamzah memohon Raja-Raja Melayu memilih seorang perdana menteri yang baharu untuk mengetuai kerajaan yang boleh menyelamatkan negara daripada krisis penularan Covid-19 kerana Dewan Rakyat bermasalah untuk memainkan peranan itu.

Dalam keadaan tersebut, Raja-Raja Melayu bertanggungjawab untuk memainkan peranan mereka, katanya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Kenyataan Tengku Razaleigh dibuat menjelang persidangan khas Raja-Raja Melayu membincangkan keadaan negara sekarang pada petang nanti.

“Peranan ini timbul selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di hadapan Raja-Raja Melayu yang memilih baginda mewakili Majlis Raja-Raja Melayu. Peranan ini wujud selaras dengan Sumpah Jawatan itu.

“Tanggungjawab ini memerlukan pemilihan seorang pemimpin tanpa kepentingan peribadi, parti politik mahu pun pertimbangan peribadi,” katanya dalam kenyataan itu.

Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong itu antara lain menyebut tentang peranan institusi itu untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keamanan negara.

Tengku Razaleigh, yang juga ahli Parlimen 11 penggal sejak 1974, berkata Dewan Rakyat tidak boleh menentukan perdana menteri walaupun ditauliahkan oleh Perlembagaan Persekutuan kerana pada masa ini ia tidak berfungsi secara menyeluruh.

“Sebahagian daripada wakil rakyat mempunyai kepentingan kewangan (sama ada secara terbuka atau pun secara senyap) dan hilang kelayakan mengikut Akta Majlis Parlimen (Kestimewaan dan Kuasa) 1952,” katanya.

Dewan Rakyat juga kini dalam keadaan tergantung dan tiada pihak mempunyai majoriti untuk membuat keputusan, tambahnya.

Ketiga, katanya lagi, terdapat anggota Dewan Rakyat yang tidak menepati peruntukan Perlembagaan dengan pemilihan mereka dan ini merupakan penipuan terhadap perlembagaan.

“Tidak terdapat peruntukan di dalam perlembagaan atau mana-mana undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya. – 16 Jun, 2021.


SOKONGAN

TERHADAP 

MUHYIDIN MAKIN

MEROSOT

AMIN

INI BAHAYA

UNTUK NEGARA

AMIN

KOBID MENYERANG

EKONOMI MEROSOT

PM GAGAL

 BERGERAK

 AMIN

INI CAMPURAN

 KIMIA 

UNTUK MELEDAK

AMIN 



1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Lantik PM baru tak de masalah ..tapi sapo dio ..Kutti Kerala ko ..Najib ko .. Zahid kot ..atau Sudara Abam ..agak2 Azmin boleh tak ..atau Boi Mukriz ..ado tak chalon lain ..