Khamis, 17 Jun 2021

SUARA BAKAL PM KITA

 

 INI SUARA

CALON PM

AMIN 



Jangan politikkan titah Tuanku, kata timbalan presiden Umno

TITAH Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen bersidang secepat mungkin tidak perlu dipolitikkan kerana ia menyinggung kebijaksanaan institusi Raja, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Katanya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu segera melaksanakan titah Seri Paduka Baginda itu, yang mahu hal ehwal pengurusan pandemik Covid-19 dan perisytiharan darurat dibahaskan di Parlimen segera.

“Saya menyeru dengan tegas agar titah dan hikmah SPB YDPA diterjemahkan segera. Mempolitikkan titah baginda tidak akan membantu pemulihan pantas negara ini.

“Apa jua alasan untuk melengahkan pembukaan Parlimen bukan sahaja tindakan anti demokrasi, tetapi menyinggung kemuliaan dan kebijaksanaan institusi Raja yang bebas dan berada di atas politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan juga berkata kerajaan Muhyiddin tidak usah berdolak-dalik lagi mengenai persidangan Parlimen.

“Kerajaan wajar memanggil persidangan Parlimen segera. Jangan berdolak-dalih dengan alasan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak bertitah bulan berapa Parlimen harus bersidang,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata titah Yang di-Pertuan Agong tidak menyebut tarikh atau tempoh tertentu bila Parlimen harus dibuka semula.

Sebaliknya, Parlimen memang sudah dekat hendak dibuka, katanya, merujuk kenyataan Muhyiddin yang membayangkan Parlimen bersidang pada September apabila pelan pemulihan negara memasuki fasa ketiga.

“Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan perlu diadakan (sidang Parlimen) pada bulan berapa tapi secepat mungkin, Perdana Menteri juga berkata bulan September akan diadakan sidang Parlimen.

“Sekarang kita sudah hampir penghujung Jun, ada Julai dan Ogos dan September sudah hampir dan kita pasti akan ada sidang Parlimen,” katanya, dalam wawancara anjuran lidah rasmi PAS Harakah malam tadi.

Menurut Mohamad, pelan pemulihan negara yang diumumkan oleh perdana menteri bukan satu kepastian, sebaliknya tertakluk kepada pelbagai syarat termasuk kes jangkitan yang berkurangan dan pertambahan jumlah orang yang disuntik vaksin.

Fasa ketiga pelan pemulihan yang dijangka dapat dicapai pada hujung Ogos menetapkan kes jangkitan Covid-19 diturunkan sehingga bawah 2,000 sehari, sementara 40% penduduk sudah menerima dua dos suntikan vaksin dan sistem kesihatan awam berada di tahap selesa.

Namun kata Mohamad, Parlimen tidak perlu fasa dan syarat untuk dibuka.

“Ia adalah medan sebenar segala usaha pemulihan diperdebat dan dibincangkan,” katanya.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun awal hari ini memberitahu The Malaysian Insight beliau menunggu ketetapan tarikh persidangan daripada Muhyiddin selaku ketua majlis iaitu mesyuarat Dewan Rakyat. – 17 Jun, 2021.

 

HANYA SATU KES

BAWA LARI

DUIT 10 JUTA

AMIN

BERBANDING

DENGAN  KES

 1MDB NAJIB

DAN

KES ZAHID

AMIN



1 ulasan:

Anom-my berkata...

Bro TT, lu orang Nogori takkan tak tahu. Tok Mat sebelum jadi MB N9 pun memang asal daripada keluarga kaya, berada dan bangsawan. Kalau takat RM10 juta tu, memang tak hairan Tok Mat ada dalam simpanan. Kawan gua jual rumah kat area PJ pun RM12 juta. Lagi seorang kawan gua jual rumah kat area Shah Alam RM 11juta. RM10juta tu setakat harga sebuah rumah Semi-D di tengah Kuala Lumpur je. Gua punya rumah pun dah berharga RM2juta. Lagi Lima tahun mesti naik ke harga RM5juta. So, apo nak diherankan.