Sabtu, 31 Julai 2021

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

 


JANGAN KLIM

KERAJAAN GAGAL

AMIN

LAKUKAN SESUATU

AMIN

BERCAKAP SENANG

BUAT SUSAH

AMIN








Orang muda #Lawan pemimpin bobrok


SEMUA jalan sekitar Dataran Merdeka disekat menjelang protes orang muda di tengah ibu kota pagi ini bagi mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR), sebuah gabungan pergerakan masyarakat sivil dan aktivis muda, juga mendesak pembukaan sepenuhnya sidang Parlimen dan moratorium automatik pinjaman.

Kesemua tuntutan yang bertujuan mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung rakyat disebabkan sekatan pergerakan mencegah Covid-19 yang berlanjutan dari tahun lepas.

Lebih seribu aktivis berpakaian serba hitam turut membawa bendera hitam, plakad dan sepanduk tertulis pelbagai desakan seperti “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Kerajaan Pembunuh”, merujuk kepada lebih 8,000 orang yang hilang nyawa kerana Covid-19.

Ada juga yang membawa “jenazah putih”, simbol mereka yang terbunuh kerana Covid-19, lima “jenazah putih” juga diletakkan di jalan berhampiran Dataran Merdeka. – 31 Julai, 2021.










3 ulasan:

Arymanchino berkata...

Dulu aku pun hadir himpunan baju kuning 2-3x.Tiada salah budak2 tu berhimpun.Tp sbb PKP ni budak2 ni sudah jadi xde otak sbb bahayakan nyawa keluarga dan org2 lain.Mcmane blh jadi bodoh mcm tahi lembu.Aku harap klu budak2 bodoh ni d jangkit Covid campak aje mereka dlm sungai supaya xjangkit org lain.Aku harap frontliner jgn rawat berok2 ni klu d hantar ke hospital.Anak muda mcm ni lebih pergi mampus..

Arymanchino berkata...

Kerajaan gagal kepale bapak dia.Siape yg sebar Covid?Bukan kah mereka yg ingkar SOP.Curi rentas kawasan,curi2 solat dlm gelap,curi balik kg.Ni berkumpul ramai2.Siape yg membunoh?Bukan kamu semua yg berbunoh sesame sendiri sebarkan Covid.Beratus bilion kerajaan keluarkan duit utk selamatkan nyawa rakyat tp kamu semua yg haramjadah ni rosakan kesihatan org ramai.Elok lah kamu mampus semua..

Tanpa Nama berkata...

Memang sifat orang muda..berani,bertenaga,darah panas..'full of bravado'....tapi...akal pendek pun sifat orang muda juga...sorry ye gais..
Kalo pun berjaya buat #KerajaanGagal jatuh..dan #Mahia/muhyudinLetakJawatan..then what?...nak buek camno?..guanno?..gapo?..cuba habaq mai....
PH ambik aleh kerajaan?..
ABAM jadi PM?......
Mampoos Malaysia dibuat nya...