Selasa, 29 Mac 2022

NAFI ERTINYA ADA - INI CARA MEMBACA MEDIA MALAYSIA

 

KJ nafi aplikasi MySejahtera akan dijual kepada syarikat swasta

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) tidak akan menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Menteri Kesihatan itu berkata, pada 26 November tahun lalu kerajaan memutuskan aplikasi MySejahtera kekal menjadi hak milik kerajaan.

Katanya, KKM dilantik sebagai pemilik utama aplikasi tersebut bagi pengurusan kesihatan awam di negara ini.



PAC pertimbang buka siasatan kes aplikasi MySejahtera

TERDAPAT soalan yang belum terjawab mengenai pembangunan, pemilikan dan hubungan aplikasi MySejahtera antara syarikat terbabit, menyebabkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen untuk mempertimbangkan siasatan berhubung perkara itu, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

“Terdapat beberapa isu yang perlu dijelaskan mengenai rancangan kerajaan untuk mengambil alih aplikasi MySejahtera,” kata seorang anggota PAC.

Antara isunya ialah percanggahan bagaimana pengambilalihan ini akan dilakukan.

“Dari satu pihak, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menaytakan aplikasi MySejahtera belum dijual kepada pihak ketiga, tetapi sebaliknya, hak proprietari aplikasi tersebut telah dijual daripada pemaju kepada syarikat lain.

“Jadi, siapa yang bertanggungjawab?” kata ahli PAC itu.

Ahli PAC terlebih dahulu perlu membincangkan isu itu dengan pengerusi jawatankuasa, Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh, sebelum memutuskan untuk memulakan siasatan.

Seorang lagi ahli PAC yang enggan namanya disiarkan berkata jawatankuasa itu setakat ini hanya mendengar pendapat kerajaan mengenai MySejahtera dan perlu menghubungi syarikat terbabit, Entomo Malaysia Sdn Bhd dan MySJ Sdn Bhd, untuk menjelaskan situasi itu.

“Lebih-lebih lagi apabila MySJ nampaknya dikaitkan secara politik kerana salah seorang ahli lembaga pengarah adalah ahli parti kerajaan (Perikatan Nasional),” kata ahli PAC itu, merujuk kepada Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Megat Najmuddin Megat Khas.

Dua daripada pengasas bersama Entomo turut menganggotai lembaga MySJ - Raveenderen Ramamoothie dan Anuar Rozhan - yang juga pemegang saham dan pengasas KPISoft, nama Entomo sebelum ini dan syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera.

Isu itu timbul selepas laman web berita kesihatan CodeBlue melaporkan transkrip mesyuarat PAC pada 8 Mac dengan pegawai dari Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pertemuan itu, mengenai topik berbeza - susulan kerajaan kepada saranan PAC untuk pelancaran vaksin Covid-19 - mendedahkan maklumat baharu yang mengejutkan tentang MySejahtera.

Telah didedahkan bahawa aplikasi itu dibangunkan tanpa kontrak yang sewajarnya, dan pembangunnya telah menjual hak proprietari dan perisian kepada syarikat swasta lain, MySJ, menimbulkan persoalan tentang pemilikan MySejahtera dan data peribadi berjuta-juta pengguna.

Turut didedahkan bahawa antara lembaga pengarah MySJ ialah bekas ketua pegawai eksekutif Sapura Shahril Shamsuddin dan bekas pemimpin Umno yang menyertai Bersatu Megat Najmuddin.

Kini diketahui bahawa aplikasi tersebut dibangunkan oleh KPISoft Sdn Bhd, yang kemudiannya menukar namanya kepada Entomo Malaysia Sdn Bhd.

Mesyuarat PAC diberitahu oleh pegawai MOF pada mesyuarat itu bahawa aplikasi itu kini berada di tangan MySJ, syarikat yang diluluskan kabinet pada 26 November tahun lepas untuk “menerima” “sistem” aplikasi MySejahtera yang dibangunkan oleh KPISoft.

Pengerusi PAC Wong dalam mesyuarat itu mempersoalkan mengapa dan adakah perlu bagi kabinet melantik MySJ melalui rundingan terus.

Beliau juga menegaskan bahawa sejak diketahui bahawa KPISoft telah membangunkan aplikasi untuk kerajaan atas dasar CSR (tanggungjawab sosial korporat), “mereka tidak sepatutnya mengenakan bayaran dan …jika kita membenarkan juga mereka mengenakan bayaran, mereka tidak sepatutnya menjual sistem MySejahtera kepada syarikat lain”.

Wong berkata dalam transkrip mesyuarat itu bahawa walaupun syarikat ingin menjana wang, PAC bimbang dengan “jenis proses” yang digunakan.

“Jika anda ingin mendapatkan kontrak kerajaan, jangan melalui jalan belakang,” katanya dalam transkrip mesyuarat PAC.

Semalam, CodeBlue turut melaporkan dokumen mahkamah yang mengesan penjualan hak harta intelek dan perisian untuk aplikasi MySejahtera daripada KPISoft (Entomo yang dinamakan semula) kepada MySJ.

Ia mendedahkan bahawa Entomo menjual hak pelesenan kepada MySJ pada harga RM338.6 juta.

Entomo juga telah mencadangkan agar MySejahtera terus dijalankan melalui kontrak perkhidmatan perkongsian awam swasta (PPP) dengan kerajaan selama 15 tahun dengan jumlah RM138.9 juta setahun, atau sejumlah RM2.08 bilion.

Menurut CodeBlue, yang memperoleh maklumat daripada fail mahkamah, 81.4% daripada MySJ dimiliki oleh syarikat lain, Revolusi Asia Sdn Bhd, yang mana 88% dimiliki oleh pengasas Entomo.

Ahad lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan penjualan aplikasi MySejahtera kerajaan kepada syarikat swasta tanpa tender terbuka. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kemudiannya menjawab bahawa kerajaan tidak menjual aplikasi itu dan KKM masih pemiliknya. KKM juga telah membentuk Jawatankuasa Pemandu MySejahtera yang dipengerusikan oleh Khairy untuk mencorak pengurusan dan hala tuju aplikasi itu, dan mengkaji pengambilalihan aplikasi itu oleh kerajaan.

Berikut ialah garis masa yang menunjukkan perkara yang diketahui setakat ini tentang pembangunan MySejahtera:

27 Mac 2020 - KKM bersetuju untuk membenarkan KPISoft Sdn Bhd (kini Entomo Malaysia Sdn Bhd), membangunkan MySejahtera secara CSR. Tempoh CSR berlanjutan sehingga 31 Mac 2021.

Sebelum memilih KPISoft, KKM telah menerima 11 cadangan daripada pelbagai syarikat, menurut jawapan yang diberikan oleh pegawai KKM pada mesyuarat PAC. KPISoft akhirnya dipilih oleh sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada KKM dan agensi lain, dan dipengerusikan oleh MKN.

Mei 2020 - KPISoft memaklumkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia tentang pertukaran namanya kepada Entomo Malaysia Sdn Bhd pada Mei 2020.

6 Oktober 2020 - Entomo menandatangani perjanjian lesen lima tahun MySejahtera kepada MySJ Sdn Bhd pada harga RM338.6 juta. Kontrak lesen sehingga 31 Disember 2025.

November atau Disember 2020 - Entomo mencadangkan model PPP untuk kerajaan menggunakan MySejahtera untuk kontrak 15 tahun sehingga Disember 2026 dengan kos tahunan RM138.9 juta (RM2.08 bilion dalam tempoh 15 tahun).

21 Mei 2021 - Seorang pemegang saham MySJ, P2 Asset Management, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan surat bersetuju untuk memeterai kontrak perkhidmatan dengan MySJ. Ini, kata P2, adalah sama seperti surat lantikan (LOA).

(Secara berasingan, P2 Asset Management menyaman MySJ, Entomo dan seorang lagi pemegang saham MySJ Revolusi Asia Sdn Bhd, berhubung dengan LOA dan penamatan perjanjian jualan saham yang terhasil yang telah menjejaskan pegangan ekuiti plaintif dalam MySJ.)

21 September 2021 - Perdana menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah mula membayar pembangun aplikasi MySejahtera mulai 1 April 2021, selepas tempoh CSR. Kuantum itu akan diputuskan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (Mampu), bersama Kementerian Kesihatan (KKM), Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Kementerian Multimedia dan Komunikasi (KKMM), Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

26 November 2021 - Kerajaan memutuskan bahawa aplikasi MySejahtera adalah hak milik kerajaan Malaysia dan KKM ialah pemilik utama aplikasi tersebut. Ia juga memutuskan bahawa KKM akan menubuhkan jawatankuasa rundingan harga bagi perkhidmatan perolehan dan pengurusan bagi aplikasi itu, untuk tempoh dua tahun. Kerajaan bersetuju untuk mengadakan rundingan terus dengan MySJ, kini pemegang lesen untuk aplikasi itu.

1 Disember 2021 - PAC Parlimen dalam laporan mencadangkan kerajaan mengambil alih MySejahtera tanpa menanggung sebarang kos, kerana ia dibangunkan sebagai inisiatif CSR.

8 Mac 2022 - Pada pendengaran PAC, Kementerian Kewangan (MOF) dan pegawai KKM memberitahu jawatankuasa itu bahawa kerajaan memutuskan pada 26 November tahun lepas untuk mengadakan rundingan terus dengan MySJ bagi menguruskan aplikasi itu, tertakluk kepada prosedur usaha wajar oleh KKM.

Seorang pegawai MOF juga memberitahu PAC bahawa tiada kontrak yang sesuai untuk pembangunan aplikasi itu, yang berada di bawah bidang kuasa Nacsa atau MKN pada 2020.

27 Mac 2022 - Khairy menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta dan KKM ialah pemilik utama aplikasi tersebut. Tiada wang dibayar kepada pembangun aplikasi KPISoft sepanjang tempoh CSR. Kini, KKM sedang berunding untuk perolehan dan penyelenggaraan aplikasi untuk tempoh 2 tahun.

28 Mac 2022 - Khairy memberitahu sidang akhbar bahawa KKM sedang berunding dengan MySJ untuk membayar “jauh lebih rendah daripada RM300 juta”. – 29 Mac, 2022.

BETUL TAK

APA TUKAR TIUB

CAKAP

AMIN

KALAU DINAFI

ERTINYA ADA

AMIN

KES MY SEJAHTERA

KHAIRY NAFI JUAL

PADA KAPITALIS

KAH KAH KAH

KINI TERBUKTI

PENJUALAN

SEDANG RANCAK

DI BINCANG

AMIN

INGAT CARA 

MEMBACA MEDIA

MALAYSIA

AMIN

TUKAR TIUB

BERANI LANGGAR

BERITA TEPAT

KHALAS

AMIN

Tiada ulasan: