Jumaat, 25 Mac 2022

PERGI BERAMABUS KE TEMPAT LAIN

 



Lim persoal berapa banyak universiti dirujuk sebelum wajibkan BM untuk pelajar asing

AHLI Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan Putrajaya mengenai berapa banyak universiti yang dirujuk sebelum keputusan dibuat untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai keperluan baharu bagi pelajar antarabangsa.

Beliau mahu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad menjelaskan perkara ini.

“Bahasa baharu hanya boleh dipelajari apabila ada minat yang cukup untuk dalami bahasa itu, atau apabila orang ramai melihat keperluan untuk menggunakan bahasa itu, terutamanya apabila mereka pulang ke negara asal mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Ismail Sabri berkata pelajar asing akan diwajibkan mempelajari Bahasa Malaysia apabila mereka mendaftar di universiti di Malaysia.

Beliau berkata Noraini telah bersetuju supaya subjek itu diwajibkan kepada semua pelajar asing di negara ini.

Lim berkata sebarang keputusan penting seperti ini perlu berunding dengan institusi pengajian tinggi tempatan.

“Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya menjalankan tinjauan untuk melihat kewajaran pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai syarat wajib bagi pelajar antarabangsa.

“Bolehkah Noraini dan Ismail memberi jaminan bahawa dengan mewajibkan Bahasa Malaysia kepada pelajar asing, ia tidak akan menjadi kontraproduktif dan menjauhkan pelajar antarabangsa daripada mendapatkan pendidikan tinggi di Malaysia?

“Daripada menjadikannya satu keperluan, kerajaan sepatutnya menyediakan insentif khas untuk pelajar antarabangsa mempelajari bahasa itu semasa mereka berada di Malaysia,” tambahnya. – 25 Mac, 2022.

NAK BELAJAR

DI CHINA WAJIB

BAHASA MANDRIN

AMIN

NAK BELAJAR

DI AMERIKA

LULUS TOFEL

AMIN

NAK BELAJAR

DI BELGIUM

LULUS PERANCHIS

AMIN

NAK BELAJAR

DI MALAYSIA 

WAJIB LULUS

BAHASA MELAYU

AMIN

TAK MAHU BELAJAR

PERGI BERAMBUS 

KE TEMPAT LAIN

AMIN

DI UK CAKAP 

INGGERIS

DI SAUDI

CAKAP ARAB 

DI FRANCE CAKAP PERANCHIS  

DI TANAH MELAYU

 CAKAP MELAYU

KHALAS

YB YANG 

BERCAKAP

INI  FASEH 

ATAU TAK FASIH

BAHASA MELAYU 

SAJE TANYA

 JANGAN MARAH

 KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: