Selasa, 26 April 2022

MELAYU HILANG KOMPAS

 




Najib popular kerana rakyat sudah hilang rasa malu, kata Rasuah Busters

NAJIB Razak sudah tentu tidak akan popular walaupun telah disabitkan bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram serta berdepan banyak lagi pertuduhan jika rakyat dapat membezakan mana satu yang betul dan tidak, kata pengasas gerakan antirasuah.

“Kita sudah tidak ada rasa malu.

“Mengiktiraf kebaikan seseorang itu tidak salah, tetapi menjadikan orang yang telah disabitkan bersalah seperti Najib popular, itu kita perlu renungkan,” Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters Nurhayati Nordin memberitahu The Malaysian Insight.

Nurhayati berkata dalam hal ini Najib tidak harus dipersalahkan kerana bekas perdana menteri itu mempunyai keberanian untuk terus muncul di hadapan khalayak ramai meski dilabelkan sebagai memalukan negara.

“Walaupun tidak boleh menyalahkan sekumpulan kecil pemimpin yang mengambil kesempatan ketika rakyat sedang terbeban dengan masalah ekonomi, kita sendiri sepatutnya ada kesedaran,” kata aktivis berusia 47 tahun itu, ketika ditanya pendapat beliau mengenai populariti Najib semasa pilihan raya negeri di Melaka dan Johor baru-baru ini.

Bekas peguam itu berkata bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia bahawa rasuah mesti diperangi dari segenap penjuru, pendidikan dan kempen antirasuah perlu diperhebat hingga ke peringkat akar umbi.

Rasuah Busters katanya sedang menggiatkan usaha untuk mengikis toleransi rakyat Malaysia terhadap jenayah rasuah.

Nurhayati menambah, kebanyakan rakyat kini sudah hilang rasa malu dan seperti tidak kisah dengan rasuah.

“Sikap ini perlu ditangani. Di Rasuah Busters, kami menyedari rasa malu ini perkara mustahak, oleh itu kami menekankan nilai moral.

“Disabitkan bersalah oleh mahkamah kedua tertinggi di Malaysia bukanlah satu kebanggaan dan rakyat perlu sedar yang mereka tidak perlu mempopularkan Najib.

“Rakyat kena tanya pada diri sendiri kenapa mesti popularkan orang yang ada imej sebegini.

“Kita tak sepatutnya menyokong tindakan tidak bermoral yang melingkupkan negara, kerana hanya perasuah memilih pemimpin  terpalit rasuah,” katanya.

Pada 28 Julai 2020 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC). 

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan diselesaikan.

Najib selain itu berdepan pelbagai pertuduhan berkait skandal 1Malaysia Development Berhad.

Selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan terpalit kes rasuah 1MDB, ahli Parlimen Pekan itu tampil dengan kempen “Malu Apa Bossku” bagi memulihkan imejnya dalam kalangan orang Melayu. – 26 April, 2022. 

MELAYU HILANG

KOMPAS NILAI

AMIN

AMAL MAKROF

NAHI MUNGKAR

TAK JALAN

AMIN

KENAPA JADI

MACAM INI ?

AMIN

JAWABNYA

THE OTHER

YANG LAIN

AMIN

APA MAKNA

THE OTHER

YANG LAIN

AMIN

MAKNANYA

OK NAJIB MENCURI

DIA MELAYU BUKAN

THE OTHER IAITU

CHINA

NAJIB MELAYU

BUKAN CHINA

KHALAS

Tiada ulasan: