Rabu, 25 Mei 2022

SYARIKAT GERMAN PUNYA KERJA

 




Segera selenggara, naik taraf kemudahan hostel, universiti, kata ahli Parlimen DAP

AUDIT dan siasatan bebas perlu segera dibuat ke atas semua asrama dan kemudahan universiti negara bagi mengenal pasti kerosakan, kata Ahli Parlimen DAP Dr Kelvin Yii.

Beliau turut menggesa Kementerian Pengajian Tinggi segera mengeluarkan dana bagi membaiki kemudahan dan peralatan yang membahayakan keselamatan pelajar.

Komen Ketua Pemuda DAP itu berkata demikian berikutan kematian pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berusia 21 tahun, yang didakwa kerana renjatan elektrik di kampusnya di Sintok, Kedah.

“Saya gesa Kementerian Pengajian Tinggi beri peruntukan secepat mungkin dan ketepikan segala birokrasi bagi agar penyelenggaraan dan penaiktarafan semua kemudahan di asrama universiti dan kemudahan lain dapat dilakukan segera dan tiada lagi insiden tragis seperti itu tidak berulang lagi,” kata ahli Parlimen Bandar Kuching itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lepas, pelajar perakaunan Vinosiny Sivakumar, 20, ditemui mati di dalam biliknya pada Sabtu di kampus UUM di Sintok, Kedah.

Vinosiny, yang memakai cermin mata, ditemui di atas lantai. Komputer ribanya masih terbuka di atas meja, dia memakai fon kepala tanpa wayar. Sekeping kek yang telah dimakan separuh juga ada di atas mejanya.

Polis Kedah berkata renjatan elektrik berkemungkinan menjadi punca kematian, namun masih menunggu laporan bedah siasat untuk menentukan punca sebenar.

Yii berkata kejadian seperti itu boleh dielakkan sekiranya penyelenggaraan di universiti dilakukan dengan sewajarnya.

“Maut kerana keadaan yang boleh dielakkan sepatutnya tidak berlaku. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk melindungi kebajikan dan keselamatan pelajar kita yang merupakan masa depan negara kita,” katanya.

Yii menyeru semua pihak berkuasa berkaitan yang terlibat dalam kes Vinosiny mempercepatkan siasatan yang diperlukan dan telus dengan keputusannya.

Selain itu, Yii turut mengingatkan satu lagi kejadian lebih kurang sama di beberapa universiti, yang juga kerana penyelenggaraan yang lemah.

“Malangnya, ini bukan kes terpencil kerana terdapat satu lagi insiden yang berlaku lebih kurang seminggu selepas kes di kampus Universiti Malaya di Lembah Klang.

“Kebakaran berlaku di bilik asrama selepas pihak pengurusan UM didakwa gagal membaiki kipas rosak yang pelajar telah pun buat laporan,” katanya.

Beliau berkata pada 2015, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadu tentang gangguan bekalan air yang kerap.

Pada 2021, kebakaran berlaku di asrama UUM, di mana punca disyaki kabel elektrik lama telah rosak tetapi tidak dibaiki.

Pada April 2022, seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) berusia 22 tahun maut selepas terjatuh dan disyaki memanjat balkoni usang yang tidak diselenggara ketika cuba mengutip pakaiannya dari ampaian.

“Semua ini menunjukkan isu yang lebih besar mengenai keselamatan dan penyelenggaraan di semua asrama pelajar dan kemudahan universiti yang telah diabaikan sejak sekian lama. Berdasarkan banyak maklum balas daripada pelajar, ia bukan satu rahsia betapa kurang banyak kemudahan tersebut diselenggara dan banyak hanyalah bom masa dan kemalangan yang menunggu untuk berlaku,” kata Yii. – 25 Mei, 2022.

AL FATIHAH

INI PASTI

SYARIKAT GERMAN

YANG BINA SINTOK

AMIN

SYARIKAT MELAYU

BUMIPUTERA

TAK TIPU HAL

WIRING

AMIN

KOMPENI MELAYU

BUBUH SIMIN

BUKAN HANYA 

PASIR

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah sepanjang jalan projek terbengkalai projek melayu semua, makan makan berak berak tak basuh, hancur segala kah kah kah