Selasa, 10 Mei 2022

TANDA MALAPETAK CUACA

 



Taburan hujan rendah mulai 14 Mei, elak pembakaran terbuka

KUALA LUMPUR – Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain susulan monsun barat daya dijangka bermula pada 14 Mei ini.

Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini dan keadaan ini menyebabkan taburan hujan yang rendah.

Monsun ini akan berterusan sehingga pertengahan September 2022, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Semasa monsun barat daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

Walau bagaimanapun, hujan lebat beserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.

Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya semasa Ogos hingga Oktober.

Oleh itu, tambahnya, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.


Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini. 


INI TANDA JELAS

 MALAPETAKA

CUACA

 SUDAH SAMPAI

AMIN

KITA WAJIB LAWAN

TAPI MELAWAN

BUKAN HANYA

KITA SAJA

AMIN

KITA WAJIB

BERSAMA WARGA

DUNIA LAWAN

MALAPETAKA

CUACA

AMIN

MALAYSIA 

BERSENDIRIAN

TIAK AKAN BERJAYA

AMIN

HANYA TINDAKAN

SECARA GLOBAL

AKAN BAWA HASIL

KHALAS

AMIN

Tiada ulasan: