Rabu, 29 Jun 2022

LU INGATN WARGA EMAS TAK KUAT BERJUBO



Warga emas hadapi 17 tuduhan rogol, amang seksual fizikal 2 beradik perempuan

SEORANG warga emas dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di Butterworth hari ini atas 17 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik perempuan antara 2014 hingga 2021.

Ashaari Ibrahim, 74, yang merupakan guru mengaji al-Quran kepada dua kanak-kanak itu yang kini berumur 13 tahun dan 11, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Norhayati Mohamad Yunus.

Di hadapan Hakim Noor Aini, tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu (adik) yang ketika itu berumur tujuh tahun.

Dia dituduh melakukan semua perbuatan itu di rumahnya (tertuduh) di Perai, Pulau Pinang antara 1 Januari 2018  dan 31 Disember 2020.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam dan serahan dokumen.

Sementara itu, di hadapan Hakim Norhayati, tertuduh didakwa atas 11 pertuduhan iaitu tujuh rogol dan empat amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak yang ketika itu berumur lima tahun (kini 13 tahun).

Ashaari dituduh melakukan semua kesalahan itu di rumah sama  antara 1 Jan 2014 hingga awal Mac 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1)(e) Kanun Keseksaan bagi kes rogol yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi semua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, dia didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017  yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman tidak menawarkan ikat jamin kerana terdapat sekurang-kurangnya 10 lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa tertuduh.

“Jika tertuduh dibenarkan ikat jamin, ada kemungkinan dia boleh mengganggu mangsa, dan ini boleh menyebabkan mangsa enggan tampil memberikan keterangan kepada polis. Oleh itu, saya merayu supaya tiada jaminan diberikan,” katanya.

Ashaari yang tidak diwakili peguam merayu supaya dibenarkan diikat jamin atas alasan isterinya tidak sihat.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes. – Bernama, 29 Jun, 2022.

S

LU INGAT

WARGA EMAS

TAK KUAT 

BERJUBO

KAH KAH KAH

NGANG MESTI

NGANG

KAH KAH KAH

SUTUT PASTI

SUTUT

KAH KAH KAH 

KHALAS

 LU TAK CAYA

 LU TANYA 

TUAN HAJI SENIK 

KAH KAH KAH 

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini kat mana? Negeri mana? Johor yang terkenal dengan menjubo..kikiki