Rabu, 3 Ogos 2022

KATAK GAGAL SELAMATKAN DIRI


Mahkamah putuskan undang-undang antilompat parti P Pinang sah

MAHKAMAH Persekutuan hari ini memutuskan undang-undang antilompat parti kerajaan negeri Pulau Pinang adalah berperlembagaan.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Perkara 14A perlembagaan negeri tidak terbatal kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

“Pada pandangan kami, responden (Dewan Perundangan Negeri) berhak menggubal undang-undang untuk menentukan kelayakan keahlian,” katanya hari ini.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan seseorang Adun hendaklah mengosongkan kerusinya jika dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, beliau menyertai parti politik lain.

DUN dan speakernya mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan negeri Pulau Pinang adalah terbatal kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan.

Ini selepas empat Adun Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam), dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) memfailkan tiga writ saman pada 2020 terhadap DUN dan speakernya untuk mencabar usul diperkenalkan pada Oktober 2020 supaya mereka mengosongkan kerusi dan pilihan raya kecil yang akan diadakan.

Zulkifli dan Afif dipecat daripada PKR pada 2020 manakala Khaliq dan Zolkifly adalah ahli Bersatu.

Minggu lalu, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang antilompat parti melalui undi belah bahagian dengan majoriti lebih dua pertiga.

Speaker Azhar Azizan Harun berkata 209 ahli Parlimen menyokong rang undang-undang itu manakala 11 tidak hadir. – 3 Ogos, 2022.


 KAH KAH KAH

WOIT

KATAK KATAK

CUBA SELAMAT

DIRI

KAH KAH KAH

TAPI GAGAL

MELESET

 AMIN

TAHNIAH PENANG 

LEBIH AWAL 

DARI FEDERAL

KHALAS

Tiada ulasan: