Ahad, 28 Ogos 2022

LOMPAT SI KATAK LOMPAT


Ketapi umum masuk PBM

AHLI Parlimen Lahad Datu Mohammadin Ketapi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama hari ini mengumumkan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohammadin yang sebelum ini keluar Parti Warisan (Warisan) dan Bersatu berkata beliau menyertai PBM setelah menilai perlembagaan parti yang menjadi teras penubuhan iaitu memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dalam situasi politik tanah air yang tidak pernah berlaku sebelum ini, saya berpendapat bahawa penyatuan kuasa-kuasa rakyat dari kedua-dua wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak adalah penyelesaian untuk masalah kestabilan politik,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Presiden PBM Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau dan Presiden Penaja Parti Kuasa Rakyat Kamarazaman Yaakob.

Mohammadin berkata PBM yang diasaskan di Sarawak jelas menampilkan barisan pemimpin yang mempunyai rekod khidmat baik kepada rakyat dan tidak terlibat dengan mana-mana skandal penyalahgunaan kuasa.

Pada 29 Okt 2021, Mohammadin mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi Ahli Parlimen dan Adun Bebas, sebelum menyertai Bersatu pada 26 Nov 2021 namun bertindak keluar parti itu pada 28 Jun lepas.

Sementara itu, Kamarazaman mengumumkan Parti Kuasa Rakyat akan menjalankan kerjasama strategik dengan PBM selain sebulat suara bersama-sama menyokong kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atau kerajaan hari ini. – Bernama, 28 Ogos, 2022.


LOMPAT KATAK

LOMPAT

AMIN

INI LOMPAT

AMAT BIJAK

AMIN

LOMPAT SEKARANG

SEBELUM ADA

UNDANG UNDNAG

IBRAHIM ALI

DI GAZETKAN

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni berudu baka mana