Selasa, 30 Ogos 2022

MAKAN JJULAP SEMBELIT


Ahmad Zahid disiasat di bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap  Ahmad Zahid Hamidi berhubung rakaman video ucapannya pada taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu lalu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, siasatan ke atas bekas Perdana Menteri itu dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Siasatan ke atas Ahmad Zahid dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Setakat ini pihak polis telah menerima sebanyak 12 laporan polis dan siasatan masih dijalankan,” kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid dengan mendakwa dalam ucapannya,  beliau secara terbuka dengan niat yang jelas mencaci, menghina dan memfitnah Badan Kehakiman Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Najib Nazak.

Laporan polis itu dibuat Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan yang meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab memuat naik video taklimat Ahmad Zahid dan penganjur majlis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya mengesahkan menerima laporan polis berhubung perkara tersebut. 

SUDAH JATUH

DITIMPA TANGGA

KAH KAH KAH

TELACAK TAIK

AYAM CANDU

KAH KAH KAH

SEMBELIT MAKAN

JULAP

KAH KAH KAH

TERCIRIT DITENGAH

JALAN

KAH KAH KAH

APA PUNYA NASIB

KAYU REBAH

BANGLA BERANI

BERAK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: