Rabu, 5 Januari 2022

PEMANASAN DUNIA & REMBAT BALAK

 




Mangsa banjir di Johor, Pahang meningkat malam ini

JUMLAH mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara  (PPS) di Johor dan Pahang meningkat  malam ini berbanding petang tadi manakala Negeri Sembilan, Melaka serta Sabah mencatatkan penurunan.

Bagi Selangor dan Terengganu, jumlah mangsa banjir kekal seperti pada sebelah petang. 

Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan berkata jumlah mangsa banjir meningkat  kepada 5,923 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 5,588 orang petang tadi dengan jumlah PPS yang masih beroperasi di tujuh daerah kekal 81 melibatkan 1,585 keluarga.

“Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,311 orang, Tangkak (601), Mersing (540), Kota Tinggi (131), Kluang (120) dan Muar (118)  dan Batu Pahat (102).

“Ketika ini hanya Batu Pahat yang mengalami hujan manakala Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing pula mendung sementara di Tangkak dan Muar cuaca cerah,” katanya dalam kenyataan. 

Di Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir sedikit meningkat malam ini, kepada 2,308 orang berbanding 2,265 orang pada petang tadi dan sebanyak 37 PPS beroperasi di lapan daerah iaitu Raub, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. 

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dan Sungai Serting di Padang Gudang, Bera masih lagi melebihi paras bahaya seperti pagi tadi, namun mula menunjukkan trend menurun pada malam ini. 

Di Negeri Sembilan, data terkini menerusi aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 1,628 individu membabitkan 448 keluarga dengan 15 PPS dibuka setakat malam ini berbanding 1,666 individu (462 keluarga) dengan 16 PPS petang tadi.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,771 mangsa daripada 472 keluarga pada pukul 8 malam ini berbanding 2,155 mangsa daripada 565 keluarga pada pukul 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 11 kawasan di Jasin.

“Seramai 318 mangsa daripada 92 keluarga ditempatkan di enam PPS di Alor Gajah, 1,154 mangsa daripada 300 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Melaka Tengah serta 299 mangsa daripada 80 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Jasin,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Di Sabah jumlah mangsa banjir di negeri ini sedikit menurun dengan 3,365 mangsa dari 1,331 keuarga malam ini berbanding 3,377 mangsa banjir daripada 1,330 keluarga petang tadi, menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

Sekretariat itu memaklumkan satu PPS iaitu Dewan Kampung Kiabau di Telupid telah ditutup manakala 30 PPS masih dibuka di enam daerah terjejas banjir terletak di utara serta pantai timur di negeri itu.

Daerah Kota Marudu kekal dengan mangsa banjir paling ramai dipindahkan dengan 2,659 mangsa daripada 1,115 keluarga di 14 PPS, diikuti Pitas (307 mangsa, 127 keluarga, empat PPS), Telupid (216 mangsa, 49 keluarga,  tujuh PPS).

Sandakan (46 mangsa,  tujuh keluarga, satu PPS), Beluran (38 mangsa, 10 keluarga, satu PPS), dan Daerah Kecil Paitan (99 mangsa, 23 keluarga, tiga PPS).

Tiga kejadian tanah runtuh di Daerah Ranau menjejaskan Jalan Bongkud, Jalan Stadium Ranau dan Jalan Timbau-Melinsau. Tiga lagi kejadian dikesan di Kinabatangan iaitu di Ladang SLDB Sukau, Kampung Sagaliud Seberang dan Kampung Wariasan.

Di Selangor, aplikasi Info Bencana JKM merekodkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di Daerah Kuala Langat kekal 40 individu iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (25 mangsa) dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam kekal di tahap bahaya sejak pagi tadi dengan ketinggian paras air pada 3.1 meter setakat 8 malam.

Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat yang berada di paras amaran petang tadi kini di tahap waspada dengan ketinggian paras air pada  3.1 meter setakat pukul 8 malam dan dalam trend menurun.

Di Terengganu, kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir  kekal 19 orang daripada lima keluarga di dua PPS di Kemaman pada malam ini.

“PPS Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor menempatkan sembilan orang daripada tiga keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga menempatkan 10 orang daripada dua keluarga.

“Pasukan penyelamat membuat pemantauan di kawasan pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar dijangka setinggi 3.7 meter malam ini,” katanya. – Bernama, 4 Januari, 2022.


HUJAN BANJIR

REMBAT BALAK 

PEMANASAN DUNIA

 SEMUA

KAIT BERKAIT

AMIN

TOWKAY CHINA

RASUAH POLITIKUS

MALAYU 

AMIN

TOWKAY CHINA

GUNA NAMA SULTAN

UNTUK REMBAT

 BALAK

AMIN

ORANG KAMPUNG

DAPAT BALA BALAK

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini semua cerita "KEPALA" je Isham,

China rembat balak guna Kepala Agong,
Politikus bagi kebenaran sebab nak kan Kepala Agong,
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kata balak hanyut sebab Kepala Air,
Tapi rakyat bukan bodoh, rakyat tahu mereka ni semua hanyalah Kepala Bana.