Isnin, 10 Januari 2022

SEBUAH LAGI PARTI BARU

 


Puak pro Azmin dalam Bersatu sertai PBM kerana kurang peluang, kata pemerhati

BEBERAPA pemerhati politik berpandangan adalah lebih mudah mana-mana ahli Parti Bangsa Malaysia (PBM) dipilih sebagai calon atau memegang jawatan besar dalam parti yang baru ditubuhkan itu daripada kekal bersama Bersatu.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa walaupun beberapa ahli PBM adalah individu yang rapat dengan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin, namun mereka tidak dapat menjangka kelangsungan politik mereka bersama Bersatu.

Mereka boleh dianggap sebagai pembelot daripada parti lain, jika mereka adalah wakil rakyat dan berisiko untuk tidak dicalonkan semula di kerusi yang mereka menangi dalam parti baharu.

Semalam, dalam perhimpunan agung khas pertama PBM, ahli Parlimen Julau Larry Sng dipilih sebagai presiden manakala Haniza Mohamed Talha sebagai timbalannya.

Sng dan Haniza kedua-duanya adalah bekas ahli PKR yang sealiran dengan kem Azmin.

Pada 2021, Azmin bersama-sama 10 ahli Parlimen PKR dan beberapa Adun meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu dan Perikatan Nasional.

Kerajaan Perikatan Nasional baru sahaja ditubuhkan berikutan kejatuhan Pakatan Harapan pada tahun sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Ilham Center, Hisommudin Bakar berkata peluang untuk bekas ahli PKR untuk bertahan dalam Bersatu adalah tipis kerana ramai yang tidak diberi peluang untuk mengembangkan kerjaya mereka.

Beliau menambah PBM juga memerlukan sekutu yang kuat jika mahu kekal relevan dalam kancah politik negara.

“Ruang untuk mereka berkembang sangat terhad. Sesetengah ahli Parlimen atau Adun mungkin tidak dipilih sebagai calon semasa pilihan raya akan datang.”

“Untuk kelangsungan politik mereka sendiri, mereka membentuk atau menyertai PBM untuk kekal relevan tetapi mereka perlu menyelaraskan diri dengan gabungan yang kuat kerana jika tidak, mereka tidak akan berpeluang untuk menang,” katanya.

Ditanya sama ada lebih baik PBM menyertai Barisan Nasional, Hisommudin berkata BN mungkin teragak-agak untuk menerima PBM.

“BN tidak akan menerima PBM tanpa mengira risiko. Sng adalah ahli Parlimen di Sarawak dan beliau mengetuai PBM, BN sudah mempunyai GPS sebagai rakan kongsi mereka di negeri ini. Menerima PBM mungkin mengecewakan GPS.”

“PBM mesti mengatur strategi dengan teliti. Individu dalam parti ini membawa banyak beban dan bukan mudah untuk mereka meyakinkan pengundi,” tambahnya.

Ahli Geostrategi, Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia senada dengan Hisommudin.

Beliau berkata dengan kekal dalam Bersatu ramai puak pro Azmin mungkin akhirnya tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Dalam Bersatu ada ahli asal dan ahli yang digelar sebagai ‘pendatang’. Mereka menyertai hanya selepas Bersatu keluar PH untuk membentuk kerajaan bersama BN dan PAS.”

“Mereka tahu mereka tidak akan dapat bertahan jika mereka kekal dalam Bersatu oleh itu mereka berpindah dan mewujudkan parti baharu.”

Bagaimanapun, seperti Hisommudin, Azmi berkata mereka dalam PBM akan merasa sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka ikhlas menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Seperti yang kita tahu, rakyat pada masa kini tidak menerima katak politik. Tidak kira siapa yang anda sertai, rakyat tidak akan menerimanya. Ia berlaku dengan jelas dalam pilihan raya negeri Melaka.”

“Mereka memerlukan gabungan untuk mengekalkan mereka, tetapi persoalannya ialah siapa yang akan menerima mereka,” katanya.

Beberapa ahli lain dalam PBM ialah ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon, Adun Buntong Sivasubramaniam Athinarayanan, Adun Sementa Dr Daroyah Alwi, Adun Malim Nawar Leong Cheok Keng dan Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong.

Sivasubramaniam, Daroyah dan Yong kesemuanya merupakan ahli Bersatu sebelum ini selepas meninggalkan parti masing-masing. Sivasubramanim dan Yong menang atas tiket DAP manakala Daroyah bersama PKR.

Manakala Choong dan Leong kekal sebagai wakil rakyat bebas. Choong bersama PKR manakala Leong bertanding pada pilihan raya umum lalu atas tiket DAP.

Zuraida sebelum ini memberitahu bahawa beliau bersedia mempertimbangkan sebarang tawaran untuk menyertai salah satu parti politik baharu.

Bagaimanapun ahli Parlimen Ampang itu berkata beliau belum menerima sebarang tawaran sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, sumber memberitahu portal berita FMT Zuraida akan meninggalkan Bersatu untuk bersama PBM, sebuah parti berbilang kaum yang bertujuan memperjuangkan “Malaysia yang sederhana”. – 10 Januari, 2022.



KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI

PARTI POLITIK

KAH KAH KAH

SEMUA INI

HASIL PRU14

AMIN

BILA 

GEROMBOLAN

BOLEH

 DIKALAHKAN

MAKIN RAMAI 

INGIN MENCUBA

SEKALI LAGI 

KHALAS

PARTI MANA

MEMBAWA UMAT

KE  JALAN RAYA

 PARTI ITU 

KITA SOKONG

KHALAS

Tiada ulasan: