Khamis, 19 Mac 2026

INI KERJA ZIONIS TEMPATAN


INI BUKTI

DI MALAYSIA ADA

 ZIONIS TEMPATAN

AMIN

MADAFAKA BUDAK

SETIA AMERIKA

KHALAS


Kapal tentera AS berlabuh di Butterworth untuk 'tujuan logistik', dipercayai dalam perjalanan sertai perang terhadap Iran


Ketika Presiden Donald Trump terus membidas sekutu Washington kerana enggan menyertai Amerika Syarikat dan Israel dalam perang terhadap Iran, kehadiran dua kapal tempur AS di Malaysia baru-baru ini mencetuskan persoalan mengenai pendirian Putrajaya dalam konflik yang kini memasuki minggu ketiga.

Pada Ahad, seorang jurugambar Pulau Pinang, Sherwynd Kessler, menerbitkan gambar dua kapal tempur pesisir (LCS) – USS Tulsa dan USS Santa Barbara – sedang berlabuh di Terminal Kontena Butterworth Utara, kira-kira 5,600 km dari Teluk Parsi.

Kedua-dua kapal itu merupakan aset tentera laut AS dan pernah dikerah menjalankan operasi menghapus periuk api di Teluk Parsi sebelum perang.

Seorang jurucakap tentera laut AS mengesahkan kepada CNN tentang kehadiran kedua-dua kapal itu di Pulau Pinang, sambil menyifatkannya sebagai "singgahan logistik ringkas".

“Tentera AS sering berlabuh di Malaysia sebagai sebahagian daripada operasi kami, menandakan kerjasama ketenteraan yang erat dan berpanjangan antara Amerika Syarikat dan Malaysia,” katanya kepada CNN, namun enggan mengulas mengenai operasi yang bakal ditugaskan kepada kedua-dua kapal tersebut.

Walaupun bukan sesuatu yang luar biasa bagi kapal perang AS berhenti di pelabuhan Malaysia, kali ini ia menimbulkan persoalan mengenai pendirian pentadbiran Perdana Menteri Anwar bin  Ibrahim dalam perang AS-Israel terhadap Iran.

Beberapa hari selepas Anwar menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) bersama Trump pada Oktober lalu, Putrajaya memeterai memorandum persefahaman dengan Pentagon mengenai kerjasama pertahanan, di samping rancangan mengadakan perjanjian dua hala mengenai komunikasi dan perkongsian maklumat.

Ia diikuti dengan jemputan melawat Pentagon kepada Menteri Pertahanan Khaled Nordin daripada rakan sejawatnya Pete Hegseth, antara watak utama kempen pengeboman AS-Israel ke atas Iran yang telah mencetuskan konflik serantau yang meragut beribu-ribu nyawa orang awam, dan lebih tiga juta penduduk di seluruh Timur Tengah kehilangan tempat tinggal.

Terdapat kebimbangan bahawa sebarang penglibatan Malaysia, walaupun dari jauh, boleh ditafsirkan Tehran sebagai tindakan membantu musuhnya, sesuatu yang boleh mengancam kepentingan di Timur Tengah memandangkan amaran Iran untuk menyasarkan mereka yang bersekongkol dalam kempen AS-Israel.

Serangan peluru berpandu dan dron menyasarkan sekutu Washington, termasuk UAE, Arab Saudi, Qatar dan Bahrain, setakat ini mengganggu aktiviti perdagangan dan penerbangan di rantau itu, seterusnya melumpuhkan ekonomi negara Teluk.

Semalam, Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani, mempersoalkan kerajaan negara Islam yang berdiam diri susulan serangan AS-Israel terhadap Tehran.

"Konfrontasi hari ini, pada hakikatnya, adalah antara Amerika dan Israel di satu pihak, dan Iran yang beragama Islam serta pasukan pembebasan di pihak yang lain. Maka anda berada di pihak yang mana?” katanya.

Kapal tempur kemungkinan besar menuju ke Teluk

Sementara itu, Kessler, pemerhati penerbangan yang mengesan kehadiran dua kapal tempur itu, dipetik CNN sebagai berkata bahawa beliau belum pernah melihat kapal-kapal itu berlabuh di situ sebelum ini.

Dalam catatan Instagramnya, Kessler berkata kapal-kapal itu masing-masing ditempatkan di Bahrain dan Jepun, dan dibina "untuk menjalankan misi yang merangkumi langkah menghapus periuk api, peperangan permukaan dan rondaan keselamatan maritim".

Menurut CNN, AS sebelum ini mengumumkan akan mula menggunakan kapal LCS bagi menggantikan empat kapal penghapus periuk api di Teluk Parsi yang telah dihentikan operasinya tahun lalu.

Ini bermakna kemungkinan besar kedua-dua kapal itu sedang dalam perjalanan menyertai armada AS di Teluk, di mana kapal-kapal yang membawa kargo minyak kepada AS dan sekutunya kini tidak dapat meneruskan pelayaran selepas Iran mengetatkan pertahanan di Selat Hormuz, sebuah laluan sibuk yang membawa kira-kira 20% minyak mentah keluar dari Timur Tengah ke dunia.

Sekatan Iran itu menjadi punca harga minyak dunia melonjak sejak minggu lalu, dengan pengguna di AS dan Eropah kini dibebankan dengan harga petrol dan diesel tertinggi sejak tercetusnya perang Ukraine pada 2022.

AS sebelum ini berkata Iran telah memasang periuk api di sepanjang Selat Hormuz, dan Trump hari ini membidas negara anggota Nato dan sekutu Barat kerana enggan menyertai AS untuk menyekat Iran di laluan penting itu.

KURANG HAJAR


KURANG HAJAR

ATAU TAK MASUK

DI HAJAR

KHALAS

BERITA BAIK UNTUK UMAT MANUSIA


BERITA AMAT

BAIK UNTUK

WARGA ARAB

AMIN

BERITA BAIK

UNTUK 

WARGA DUNIA

AMIN

HANCURKAN 

AMERIKA

HAPUSKAN ISRAEL

KHALAS


Iran dakwa serang tapak AS, Israel di seluruh Asia Barat

ISTANBUL: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Rabu mendakwa melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu berat pelbagai kepala ledak ke atas tapak ketenteraan Israel dan Amerika Syarikat (AS) di seluruh Asia Barat, ketika ketegangan terus memuncak di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi.

"Semua pangkalan AS di rantau ini, pusat perhimpunan tentera dan pusat sokongan tempur milik entiti Zionis (Israel) disasarkan dengan peluru berpandu pelbagai kepala ledak, termasuk jenis Kheibar Shekan, Emad dan Haj Qassem," menurut IRGC dalam satu kenyataan.

IRGC mendakwa pusat sokongan tempur Israel di Acre, Haifa, Tel Aviv dan Beersheba telah musnah dalam serangan berkenaan.

Selain itu, IRGC menyatakan pihaknya turut menyerang pangkalan AS di Kuwait, Iraq, Qatar, Jordan, Bahrain, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan peluru berpandu pelbagai kepala ledak serta dron jitu.

Sementara itu, Rumah Putih memaklumkan pada Rabu bahawa tentera AS menenggelamkan "lebih 120 kapal tentera laut" milik Iran.

Aset-aset berkenaan "kini berada di dasar laut hasil tindakan Angkatan Tentera Amerika Syarikat," kata jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt kepada pemberita.

Sambil menyifatkan ia sebagai "berita baik buat rakyat Amerika," beliau menambah bahawa perkara itu juga merupakan "suatu perkembangan positif bagi sekutu kami di rantau itu."

Leavitt menegaskan pendirian Presiden AS Donald Trump mengenai usaha Iran memperoleh senjata nuklear dan menegaskan bahawa Tehran "tidak boleh memiliki senjata nuklear secara kekal."

Beliau juga turut menyatakan tidak akan "meramal atau menolak sebarang pilihan pada masa hadapan" terhadap Iran.

Ketegangan serantau terus memuncak memandangkan Israel dan AS meneruskan serangan bersama ke atas Iran sejak 28 Februari, yang setakat ini mengorbankan kira-kira 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, sehingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global serta sektor penerbangan.



DR. SAM BAWA GARIS TENGAH BUKAN JEMAAH UNCLE SAM


DR. SAM BAWA

GARIS TENGAH

BUKAN JEMAAH

UNCLE SAM

KHALAS

Unknown commented on 
"DR SAM BAKAL PM MALAYSIA ?"

Dr.sam ini ahli jemaah uncle sam ker? Mana kopiah, tasbir, jubah, slippar dan kafiyeh? Kakakaka..dari berangan nak jadi jenin baik tukar pakaian dulu. Kakakaka..

DUNIA KITA HANYA TRANSIT


DUNIA KITA INI

HANYA TRANSIT

AMIN

Unknown commented on
 "MUKA MAFIA KORPORAT 
DAPAT DILIHAT"

Ayat-ayat baru, ada masuk kamus dewan bahasa dan pustaka tak? Apa saja kamu sentuh akan kehancuran nanti, pekerjaan apa saja kamu buat akan menemui jalan buntu kerana ego terlalu tinggi kah kah kah padahal dunia ini hanya pinjaman sementara kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI





PAGI INI

KHAMIS 19  MAC 2026

PUASA HARI KE 29

PERANG HARI KE 20


MINYAK OOOH MINYAK
KAH KAH KAH – Berita baik untuk syarikat minyak – dalam tiga minggu ini  syarikat minyak mendapat keuntungan berbilion dolar. Yang parah orang ramai.

Perang berterusan. Iran TOLAK GENCATAN SENJATA . Trump gelabah. Setanyahu lesap – kah kah kah. Ini keadaan  dan tanda amat baik untuk keruntuhan ekonomi kapitalis Amerika.

ISLAMIK REPUBLIK IRAN telah menunjukkan pada dunia bahawa di bawah GARIS ISLAM – Iran telah membuktikan keunggulan teknologi senjata. Keunggulan bala tentera Iran. Keterampilan pimpinan politik dan militer Iran.

IRAN NEGARA   SELANATN GAGAH BERANI BANGUN MELAWAN -  ISRAEL DAN AMERIKA  - dua negara ini yang terkuat – yang memiliki senjata nuklear – tapi negara  IRAN  TIDAK GENTAR malah kini menjadi contoh untuk diikuti oleh semua negara SELATAN  yang anti Amerika – anti imperialis  dan anti kapitalis.

Rakyat dunia KAGUM DENGAN IRAN – anak muda GenZee kini melihat Iran sebagai negara contoh. Anak muda dari London Paris New York Melbourne  Berlin – turun ke jalan raya – bersetia kawan dengan IRAN.

NEGARA  ARAB BARUA AMERIKA akan mengalami perubahan – satu politik baru akan muncul – Raja dan kaum feudal Arab  akan di humbankan ke dalam TONG SAMPAH SEJARAH.

Sejarah menunjukkan kaum feudal ini amat setia  menjadi Barua dan Budak Suruhan Amerika dan Zionis Israel.

ZIONIS ISRAEL INI SEDANG  TERDESAK – tapi awas !!! AWAS DENGAN ZIONIS TEMPATAN – mereka juga bersedia jadi barua dan alat kepada Amerika  dan Israel. 

NOTA ; Dua buah kapal  PENYAPU PERIUK API milik Navy Amerika telah berlabuh di Butterworth. Mereka baru selesai bertugas di Teluk Parsi. 

INI TANDA ZIONIS TEMPATAN MEMBERI LALUAN KEPADA  KAPAL INI. Amin

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Langit biru berawan putih yang nipis. Kemarin hujan gagal. KL & KL Sentral berkabus.

Di Pintu Masuk gua dengar suara How Wow – gua dengar juga suara Terkukur. Cengkerik senyap. 

Di lorong masuk  gua dah ternampak Emak dan keluarga Siti datang menyongsong. Haha  Ibu Itam pun ada sama. Dia menyalak tapi nak datang sama makan.

Pagi ini ramai yang datang makan. Jantan Putih pun ikut sama. Jantan putih ini jantan baik. Dia  dan Siti mengekor gua hingga ke Wakaf Ketiga 

Jantan Putih bermain dan  bergurau dengan Tak Tak. Sesekali agak kasar – mungkin tergigit lalu menjerit – kah kah kah.

Pulang ke Wakaf Pertama Jantan Baik dah menunggu. Pagi ini Tiong Laki Bini tidak muncul. Maka Siti, Jantan Putih dan Jantan Baik  dapat Friskies   banyak – kerana yang lain dah lesap kenyang makan nasi.

Hari ini akan panas. Tak Taka dah berjemur di balkoni  – tapi gua harap petang tak hujan. Pasti  banyak Bazar Ramadan dah tak niaga lagi – hari hari akhir bulan puasa.’

BILA RAYA? Gua harap HARI SABTU – baru cun! Amin

BRO 
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

Memerang  mandi di Sungai Beruas
Ambil parang dari  sawah
Perang Iran terus meluas
Perang dunia akan pecah

Baju lusuh perlu di seterika 
Kurnia hadiah Radin Galuh
Iran  gagah lawan  Amerika
Dunia melihat sebagai contoh 

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

SELAMAT BERPUASA