Jumaat, 6 Januari 2023

AWAS ! ADA DALANG NAK BEBASKAN NAJIB



Siapa dalang di sebalik pendakwaan terhadap pemimpin UMNO? – Puad

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Puad Zarkashi mempersoalkan siapakah dalang di sebalik pendakwaan terhadap pemimpin-pemimpin parti itu seperti  Najib dan Zahid..

Beliau berpandangan, banyak pendakwaan termasuk terhadap Najib dan Zahid meragukan.

“Persoalannya siapa dalang? Sebab itu Perdana Menteri kena segera melakukan ‘reformasi institusi’,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd. Puad mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Najib melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Berhubung keputusan tersebut, beliau memberitahu, pendakwaan tidak diteruskan kerana pegawai penyiasat sendiri mengaku siasatan tidak lengkap.

“Kalau kes Shahrir gugur, maka dakwaan terhadap Najib,  Rosmah Mansor dani Mohamed Shafee Abdullah menggunakan kaedah sama iaitu Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA) / LHDN juga patut gugur,” katanya. 

WOIT

SOALAN YG

WAJIB DITANYA

APAKAH ADA

RANCANGAN

SEDANG DIATUR

UNTUK BEBASKAN

NAJIB & ROSMAH

KHALAS

1 ulasan:

Amier The Hero berkata...

TT.. den dah koba awal², BN umngok ada pgg kuaso ajo sikit - ini sumo akan jadi. Tapi TT heboh dgn kemah bosar kemah kocik sumo eh kan. Kemah bosar, makno eh BN ado masuk sebahagian gomen. Budak tadika pun dah maklom pangai umngok bn ni sumo eh. Meh den bgtu TT, sebotul eh.. rakyat dah bosan dah muak dgn ceghito² org politik. Tu psl rakyat diam ajo dah, jgn silap kato diam sbb suko nuar jd PM yo.. tapi dah muak dah maleh nak layan. Dgn kato mudah.. tadah ajo la. Semburit ke.. rasuah ke, lantak korang la. Rakyat skrg tgh hompeh puleh cari rezeki.. cari tolo ayam nak buek makan!!! Kah kah kah kah kah kah..