Rabu, 4 Januari 2023

DASAR TEPAT


Pemeriksaan kesihatan ke atas pengembara asing diperketat, kata PM


PEMERIKSAAN kesihatan ke atas pengembara asing yang memasuki negara akan diperketatkan bagi membendung penularan Covid-19, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu susulan kebimbangan terhadap lonjakan kes Covid-19 di China dan keputusan negara berkenaan untuk membuka semula sempadannya selepas hampir tiga tahun ditutup akibat pandemik.

“Jemaah menteri memutuskan tanpa ragu bahawa masalah kesihatan rakyat adalah hal yang utama.

“Soal pelancongan atau pertumbuhan ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan mengawal dan merawat rakyat daripada wabak dan jangkitan termasuk Covid-19.

“Kita ambil keputusan yang sangat tegas dalam hal ini dan tidak akan bertolak ansur,” kata perdana menteri pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Anwar dalam pada itu menegaskan Malaysia tidak akan mendiskriminasi pelancong dari mana-mana negara.

“Sekarang kita tidak ambil pendirian untuk mendiskriminasi mana-mana negara kerana kalau kita lihat umpamanya kadar jangkitan di China yang diuar-uarkan, ia tinggi dan kita juga tahu kadar kematian di Amerika Syarikat akibat Covid-19 juga tinggi, dan begitu juga beberapa negara lain.

“Kita ambil tindakan menyelamatkan rakyat kita, jadi sesiapa saja yang masuk harus dipantau dan dikenakan syarat sama,” katanya.

Menurut Anwar berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri sekitar 336,000 pelawat dari China, yang majoritinya pelancong, memasuki negara sepanjang tahun lepas.

Pada Disember sahaja jumlah pelawat dari China adalah seramai 53,000 orang, katanya.

“Kita tidak melihat lonjakan jangkitan yang mengaitkan mana-mana negara. Jadi, saya nak jelaskan hal ini dari segi angka yang diperolehi.

“Tetapi ini tidak bermakna kita harus beri kelonggaran kepada mana-mana negara termasuk China.

“Kita harus pantau menurut keperluan dan kepentingan kita,” jelasnya. – 4 Januari 2023. 

 

DASAR TEPAT

DULUKAN

KESEHATAN

 RAKYAT

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang baik kena sokong lah, booster kena sampai bila, kah kah siapa Cui Bono? Sapa untungnya sapa dapat komisen lagi? Virus tak nampak mata, kalau kapal LCS yang boleh lihat pun dighaibkan walauan pasti lebih tahu kah kah kah amin

Tanpa Nama berkata...

Dasar tak penting, kerja dan hasil penting tak ? Kalau polis ada jahat, rogol orang adu rogol pun kena rogol, rompak samun macam penjenayah apa macam polis ini? Kenapa begitu ramai pemimpin polis saban hari keluar face book sosial media promosi diri tapi tiada tindakan? Adakah kerana isu bangsa agama orang kita? Atau tindakan tak cukup menakutkan perasuah penjenayah? Apa pun semakin teruk dah sekarang, orang mula takut masuk balai, ada juga cakap poket pecah masuk balai, kena pau siang malam kah kah kah adakah orang kita beriman takut syurga neraka atau kiblat kepada RM saja? Saja tanya jangan marah kah kah kah tuckbeer