Sabtu, 18 Februari 2023

PROJEK BEBASKAN ZAHID



Peguam Zahid hantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara

PEGUAM Ahmad Zahid Hamidi telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan beliau daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), September lalu.

Sumber, ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa representasi itu berkemungkinan untuk pertimbangan Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan rayuan pendakwaan.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 26 September lalu di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Zahid yang kini timbalan perdana menteri.

Pada 23 September 2022, Hakim Mohd Yazid Mustafa membebaskan Zahid, 69, yang juga presiden Umno, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Pengurusan kes rayuan itu diadakan hari ini di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron, yang kemudiannya menetapkan satu lagi pengurusan kes pada 31 Mac ini sementara menunggu representasi itu dipertimbangkan.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohd Yazid berkata mahkamah mendapati notasi ‘Z” dan ‘ZH’ yang tertera dalam lejar Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) tidak mencukupi untuk membuktikan Zahid menerima wang atau suapan itu.

Beliau juga berkata tiga saksi utama pendakwaan iaitu bekas pengarah (UKSB) Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti.

Zahid mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menerima rasuah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai OSC di China dan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Zahid didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesalahan terbabit di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 hingga Mac 2018.

Dalam petisyen rayuan difailkan 29 Disember lalu, pendakwa raya selaku perayu mengemukakan 14 alasan tertumpu kepada dapatan fakta dan undang-undang yang dibuat oleh Hakim Mohd Yazid terhadap persoalan sama ada berlakunya pemberian dan penerimaan wang secara rasuah dalam kes itu. – Bernama, 17 Februari 2023.

APA INI

PROJEK NAK

BEBASKAN ZAHID

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan berdiri kerana Zahid, nak patah tulang belakang kah kah kah mesti lah nak bebas, mesti nak NENAS, siapa rak mahu tapi jangan ceroboh ladang NENAS orang sudah, Tanya Senik dia pandai tengok NENAS orang kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Mereka nak kerajaan yang pimpinan bawah orang korup orang curi orang rasuah, kah kah kah tak boleh ubah, tak boleh buat baik, kalau pencuri nak mencuri jugak kah kah walau perkara baik susah terima, rasuah berleluasa TT tapi semua ok saja, sebab yang dapat untung sementara kah kah kah