Selasa, 16 Mei 2023

SAHIH - ALLAH AGENDA KEMPEN

 


Kerajaan kaji arahan penggunaan kalimah Allah, 3 perkataan lain, kata Saifuddin

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji serta mengemas kini satu arahan yang lebih menyeluruh bagi menangani isu penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan lain oleh orang bukan Islam, kata menterinya Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata langkah itu selari dengan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, serta bagi penyeliaan dan kawalan yang lebih berkesan terhadap bahan penerbitan yang menyalahi peruntukan undang-undang.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021 bercanggah dengan keputusan Kabinet pada 19 Mei 1986 dan arahan pentadbiran yang kemudiannya dikeluarkan oleh KDN pada 5 Disember 1986.

“Oleh yang demikian, KDN mengambil langkah mengkaji dan mengemas kini satu arahan yang lebih menyeluruh bagi menangani is penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘baitullah’, ‘solat’, dan ‘Kaabah’ agar selari dengan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia serta penilaian dan kawalan yang lebih berkesan terhadap bahan-bahan penerbitan yang menyalahi peruntukan perundangan yang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas kerajaan semalam dilapor menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill, yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan.

Dalam keputusannya, Hakim Nor Bee berkata arahan KDN pada 1986 yang melarang perkataan ‘Allah’, ‘baitullah’, ‘solat’, dan ‘Kaabah digunakan masyarakat bukan Islam adalah “tidak sah” dan “tidak rasional”.

KDN dan kerajaan memfailkan notis pemberhentian rayuan menerusi Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu.

“Pemohon (menteri dalam negeri dan kerajaan) tidak berhasrat untuk meneruskan dengan notis rayuan yang difailkan pada 12 Mac, 2021 dan menolak keseluruhan rayuan ini tanpa arahan mengenai kos,” kata notis yang dilihat The Malaysian Insight.

Mengulas perkara ini, Saifuddin berkata hakim membuat keputusan berdasarkan pendekatan secara pentadbiran dan tidak menyentuh penggunaan kalimah Allah.

“...serta ia konsisten dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur lawan Menteri Dalam Negeri pada 2014.

“Bersangkutan dengan hal ini, keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan permohonan rayuan itu adalah dibuat mengikut ‘case by case basis’ tanpa menjejaskan fakta bagi setiap satu kes yang sedang dalam tindakan mahkamah,” jelasnya.

Beliau selain itu menegaskan KDN komited dalam urusan mempertahankan dan melindungi kepentingan Islam, orang Melayu dan institusi beraja di Malaysia, khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah selaras Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

“KDN sekali lagi menegaskan Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sungguhpun setiap individu berhak menganut dan mengamalkan agamanya, namun dia masih tertakluk kepada undang-undang persekutuan/negeri yang boleh mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam.” – 16 Mei 2023. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KES INI MAKIN

BERAT BUKAN

KERANA NILAI

KAH KAH KAH

TAPI KERANAN NAK

DIGUNA  UNTUK

KEMPEN PRN

AMIN

LARANG SANA

LAARNG SINI

TAK MASUK AKAL

AMIN

KERNA ITU

TUAN HAKIM

KATA : TAK

 MASUK AKAL

TIDAK RASIONAL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: