Selasa, 6 Jun 2023

SAMSENG NAIK KE MATA


Ketua Polis Pulau Pinang terima 6 keping 'duit mayat', nota amaran

KETUA Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mendedahkan Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin baru-baru ini menerima ugutan jenayah dalam bentuk enam keping ‘duit mayat’ dan sekeping nota amaran.

Beliau berkata nota itu yang diterima pada 1 Jun lepas melalui perkhidmatan Pos Malaysia meminta polis Pulau Pinang menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen di negeri itu.

“Satu laporan polis dibuat mengenai surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang… turut dinyatakan melalui surat layang itu nota berunsur ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Pulau Pinang dan akan membakar kedai serta balai polis jika amaran berkenaan tidak diendahkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM)  memandang serius perkara itu dan operasi melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat. 

Beliau berkata siasatan kes itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“PDRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengugut serta mengancam pegawai PDRM dalam menjalankan tugas memerangi kegiatan haram serta jenayah di negara ini,” katanya. – Bernama, 5 Jun, 2023.

SAMSENG

DAH NAIK

KE MATA

AMIN

KERANA

ADA POLITIKUS

YANG PILIHARA

SAMSENG

AMIN

UNTUK DUIT 

DAN

DANA POLITIK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: