Isnin, 31 Julai 2023

KEJAYAAN POLITIK JALAN RAYA



Selangor batal permohonan bina PJD Link

KERAJAAN Selangor memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan projek kontroversi Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link), kata Amirudin Shari.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar sementara Selangor itu berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan penilaian impak yang dikemukakan, terutamanya dari segi laporan impak sosial.

“Pentadbiran ini tidak berpuas hati dengan pelan yang dikemukakan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri Selangor tidak berhasrat untuk meneruskan cadangan ini dan memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan lebuh raya PJD Link,” katanya.


Amirudin juga berkata keputusan itu dibuat dengan prinsip supaya pembangunan di Selangor mencapai keseimbangan antara kemampanan, kemajuan ekonomi negeri serta tidak membawa kemudaratan kepada rakyat. 

Beliau berkata cadangan pembinaan lebuh raya itu awalnya mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri pada 12 November 2017, yang kemudian dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 3 September 2020 dan diberi ruang untuk kajian dijalankan dengan melibatkan penduduk di kawasan Petaling Jaya.

“Seterusnya, cadangan ini dibentangkan kepada Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan pada 12 November 2021 melalui Memorandum Jemaah Menteri untuk kelulusan bersyarat supaya cadangan ini memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Pemaju menandatangai perjanjian dengan kerajaan Perikatan Nasional pada 5 April 2022, dengan syarat syarikat berkenaan melaksanakan secara penuh Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) dan Kajian Penilaian Impak Trafik  (TIA) sebelum perjanjian diaktifkan.

PJD Link ialah lebuh raya berkembar sepanjang 25.4km, yang akan bermula selepas Plaza Tol Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Lebuhraya SPRINT, Damansara dan berakhir di Persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.

Projek itu dirancang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas enam lebuh raya utama yang saling berhubung iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint.

Cadangan projek itu mendapat bantahan penduduk Petaling Jaya, berkata lebuh raya itu tidak akan menyelesaikan masalah lalu lintas, tetapi akan menyebabkan bunyi bising dan pencemaran alam sekitar.

Penduduk sebaliknya mahu sistem pengangkutan awam yang komprehensif, dan menggesa kerajaan dan pihak berkepentingan bekerjasama untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Selangor. – 31 Julai 2023.


TAHNIAH

WARGA PJ

AMIN

TAK PUAS HATI

TURUN JALAN RAYA

AMIN

TULIS SURAT

BINCANG BINCANG

TAK BAWA HASIL

AMIN

JALAN RAYA

BAWA JAYA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kuasa troll vs kuasa jalanan

Rakyat tak perlu turun Padang Nak jatuh Kan Brother Anwar Bin Ibrahim cukup kuasa troll saja menyebabkan PH melingkup..

Kah kah kah ..