Jumaat, 27 Januari 2023

BUNG MOKHTAR AKAN DIREHATKAN ?


Kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette ditetapkan untuk sebutan 27 Mac

PROSIDING membela diri Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk sebutan pada 27 Mac ini susulan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Pasangan itu menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-duanya membela diri atas tiga pertuduhan tersebut.

Peguam M. Athimulan mewakili Bung Moktar memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob bahawa pengurusan kes terhadap rayuan itu di Mahkamah Rayuan telah ditetapkan pada 22 Mac sementara menunggu rekod rayuan yang masih belum siap.

“Sehubungan itu, kami mohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes ini untuk pihak-pihak memaklumkan mengenai perkembangan kes di Mahkamah Rayuan. Kami juga mohon kehadiran kedua-dua anak guam pada sebutan kes seterusnya dikecualikan,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mengesahkan perkara itu dan tidak membantah permohonan pembelaan untuk kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan pada sebutan kes seterusnya.

Rozina menetapkan sebutan semula kes itu pada 27 Mac ini untuk pihak-pihak memaklumkan perkembangan kes di Mahkamah Rayuan dan membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan.

Bung Moktar, 63, yang berkerusi roda kerana mengalami keretakan pada bahagian kaki hadir ke mahkamah bersama Zizie Izette, 44.

Pada 3 Januari lepas Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan Bung Moktar dan isterinya untuk menggantung perbicaraan membela diri sementara menunggu rayuan mereka dilupuskan di Mahkamah Rayuan. 

Pada 2 September 2022 Mahkamah Sesyen memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – Bernama, 27 Januari, 2023.

WOIT

KALAU DAH

PAKAI

 KERUSI RODA

ITU TANDA

PATUT DIREHATKAN

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasa biasa tangguh tangguh tangguh jatuh rayu rayu rayu sampai Baginda Queen mangkat kah kah tapi kes tak selesai selesai lagi, sebab ada lubang ada longgar lohe begitu lah undang undang kafir, tapi lagi senang nafi nafi tidak mengaku salah, kalau mengaku terus jatuh hukum masuk tapi siapa untung? Kena bagi makan lagi, berak kena panggil indah water pam lagi susah woit kah kah kah