Jumaat, 24 Oktober 2025

PROJEK GAGAL TRUMP

Trump kenakan sekatan 'besar-besaran' terhadap minyak Russia akibat perang Ukraine

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengenakan sekatan terhadap dua syarikat minyak terbesar Russia.

Beliau juga menyifatkan rundingan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin bagi menamatkan perang di Ukraine tidak membawa perubahan.

Kesatuan Eropah (EU) turut mengumumkan satu lagi pusingan sekatan baharu bagi menekan Russia supaya menamatkan pencerobohan berterusan selama tiga setengah tahun terhadap jirannya yang pro-Barat itu.

Trump sebelum ini menangguhkan pelaksanaan sekatan terhadap Russia selama beberapa bulan, namun kesabarannya berakhir selepas rancangan untuk mengadakan sidang kemuncak baharu dengan Putin di Budapest gagal.

"Setiap kali saya bercakap dengan Putin, perbualan kami berjalan dengan baik, tetapi akhirnya tidak membawa ke mana-mana," kata Trump ketika menjawab pertanyaan wartawan AFP di Pejabat Oval.

"Mereka benar-benar tidak membawa ke mana-mana."

Namun, Trump menambah bahawa beliau berharap sekatan "besar-besaran" terhadap gergasi minyak Russia, Rosneft dan Lukoil, itu tidak akan berlarutan.

"Kami berharap perang ini dapat diselesaikan," katanya di sisi Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Mark Rutte.

Sementara itu, EU bersetuju melaksanakan langkah baharu bagi mengurangkan hasil minyak dan gas Moscow susulan perang berkenaan, menurut jurucakap bagi Presiden Majlis EU dari Denmark.

Pakej berkenaan – yang ke-19 daripada EU sejak pencerobohan Kremlin pada 2022 – bertujuan mengekalkan tekanan terhadap Russia berikutan usaha damai Trump yang semakin lemah serta peningkatan serangan Moscow.

Sekatan itu diumumkan beberapa jam selepas serangan udara Russia semalaman di Ukraine mengorbankan tujuh orang – termasuk dua kanak-kanak – serta memusnahkan sebuah tadika.

SEKATAN

EKONOMI PADA

RUSIA IALAH

PROJEK GAGAL

KAH KAH KAH

AMERIKA DAH

SEKAT CUBA

SELAMA 60 TAHUN

AMIN

SATU HAMPEH

TAK JADI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: